You are on page 1of 26

1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 1.

1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. 1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikansenivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat ekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina

kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanakkanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanakkanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan

melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk

menjadi penyatu pelbagai elemen (c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan. TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAKKANAK 4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. 4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media (a) Alatan Asas Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. (b) Gambar Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. (c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. 4.2 PENGALAMAN DERIA Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanakkanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. 4.2.1 Cara Belajar 4.2.1.1 Belajar Secara Visual

Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar. 4.2.1.2 Belajar Secara Auditori Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru. 4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on. TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK 5.1 KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. 5.2 PENGERTIAN KREATIVITI Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. 5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam

mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.) TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher (a) Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. (b) Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk

merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Laura H. Chapman 3 kaedah diperkenalkan : (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap

bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Calvin W. Taylor (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. (b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan. (e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan

dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. 5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini

kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. (b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan

Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. 5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. (b) Masa Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. (c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan

komitmen yang ditunjukkan (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. (g) Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. TOPIK 6 ESTETIKA DAN KANAK-KANAK 6.1 DEFINISI ESTETIKA - perkataan Greek iaitu aisthetikos merujuk kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan persepsi deria. - Bagi Bates (2000), - satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan. - Gazalba (1978) - satu cabang ilmu normatif yang membawa nilainilai kecantikan dan kebaikan. - Lankford (1992) satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk. - Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik enghasilan karya seni. - Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik. - Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya. 6.2 PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN Konsep Relativist- Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu

pada satu-satu masa.Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang. Konsep Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya. 6.3 ESTETIK DAN KANAK-KANAK - perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa - Lowenfeld (1975) perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian denagn kretaiviti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh factor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya. 6.4 TINDAKBALAS ESTETIK- tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam. (a) Kualiti Literal atau Imitanionalism - keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistic penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik. (b) Kualiti Rekaan atau Formalism -kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya. (c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi -menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea penonton yang mengamati karya.

6.5 MERANSANG PERKEMBANGAN DAN TINDAKBALAS ESTETIK KANAK-KANAK - Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka. - Peranan guru (a) Memilih Karya Berkualiti -mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya. (b) Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik - mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja. (c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis -memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita. (d) Mempamerkan Budaya -mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya. 6.6 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran -menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. (b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual - membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru. (c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain - murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. (d) Meningkatkan Keupayaan Pemikiran - pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka. TOPIK 7 APRESIASI SENI

DEFINISI DAN KONSEP - Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya - Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. - Seabolt (2001) - aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni - aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni. - Johari Abdul Hamid, 2004-Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan seniman. KATEGORI APRESIASI SENI - Walter dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea - Dewey dan Otto Krash - pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, - Ecker (1966) kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks. Peringkat Analitikal (a) Kenal Pasti (Identification)- Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya. Peringkat Penerangan (a) Penerangan Literary (Literary Description) Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya

Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal. (b) Penerangan Teknikal (Technical Description) Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya. (c) Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lainlain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain. TOPIK 8 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT), MULTIMEDIA DAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) Definisi ICT - Senn (1998) Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik. - Abd. Razak et al., (2000) Teknologi maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat. - Keperluan ICT dalam P&P Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Meningkatkan motivasi pelajar. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning).

Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat dengan mudah dan pantas. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Meningkat kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tutorial a)Pembelajaran ekspositori. b) Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya. c) Latihan dan latih tubi yang turut dikawal oleh sistem. Kelebihan Mewujudkan konsep pembelajaran individu. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan sendiri. Meningkatkan motivasi pelajar. Proses pembelajaran berjalan tanpa penyeliaan atau penyeliaan minimum. Keburukan Kesilapan pemilihan perisian yang bermutu mengakibatkan pembaziran. Menghalang penggunaan kemudahan alatan ICT yang lebih produktif. Menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari Penerokaan (eksploratori) - pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi ( inkuiri penemuan ) Kelebihan Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing. Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran

Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar. Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran. Keburukan Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu. Aplikasi Computer Aided Design (CAD) merupakan alat aplikasi yang mampu digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kelebihan Pelajar mampu memberikan tumpuan di dalam aktiviti pembelajaran asli. Guru boleh mengemukakan masalah yang akan mencabar minda pelajar. Pelajar akan dapat meningkatkan tahap kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran mereka. Keburukan Tanpa penerangan dan pengawasan yang baik dari guru, pelajar berkemungkinan untuk gagal dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar yang pelbagai kecerdasan sukar untuk di disatukan. Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran mungkin sukar untuk dikawal. Komunikasi membolehkan pelajar bertukar maklumat dengan sesiapa sahaja di dunia. Kelebihan Mampu melaksanakan pembelajaran kolaboratif. Mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari serata dunia. Keburukan Pelajar dikhuatiri akan leka berkomunikasi sesama mereka

tanpa memberikan perhatian terhadap objektif pembelajaran mereka. Kos pembelajaran yang tinggi. Masa yang diperlukan bagi suatu proses pembelajaran lama dan mungkin membosankan. Pendekatan Persekitaran ICT - konsep pembelajaran belajar melalui membuat (learning by doing) dan perseorangan (individual). - penyepaduannya dengan rangka pengajaran berteraskan multimedia. - Internet dan WWW yang menjadi tulang belakang kepada lambakan maklumat memastikan pembelajaran yang dijalankan benar-benar bermutu dan efektif MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Definisi Multimedia Hofstetetter (1995)- Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Schurman (1995)- Multimedia ialah kombinasi manipulasi, pengga bung jalin dan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam suatu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer. empat komponen utama iaitu: Pertama, komputer dijadikan alat untuk mengkoordinasikan apa yang dilihat, didengar dan seterusnya berinteraksi dengannya. Kedua, perlunya hubungan untuk menghubungkan kesemua maklumat. Ketiga, alat perhubungan diperlukan untuk maklumat jaringan. Keempat, terdapat kaedah untuk mengumpul, memproses dan mengkomunikasikan segala idea dan maklumat. Peranan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran - Jamalludin dan Zaidatun (2000) Menerusi multimedia, dokumen dapat dihubungkan secara global. Ianya dapat dilihat menerusi formatnya yang interaktif

dan merangsangkan, komunikasi maklumatnya yang efektif, pengekalan informasinya yang berkesan, pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membenarkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri - Kurshan (1991) Kelebihan dan keberkesanan aplikasi multimedia dalam pendidikan juga turut dapat dilihat berdasarkan peningkatan motivasi pelajar, reka bentuk pembelajaran yang menepati cita rasa pelajar, sumber maklumat yang multisensori, menggalakkan kebolehan metakognisi pelajar, mewujudkan proses pembelajaran yang aktif serta susunan dan gaya pembelajaran yang ditentukan sendiri oleh pelajar. - McGloughlin (1997) Pengintegrasian multimedia di dalam pembelajaran berasaskan web mampu meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi, kos pembangunan yang rendah, meningkatkan kebolehcapaian dan meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. - Kulik (1985) Penggunaan multimedia juga telah menurunkan purata masa pembelajaran secara berkesan sebanyak 80 peratus dan sekaligus meningkatkan tahap pencapaian pelajar. Kategori/Elemen Multimedia 1. Teks Teks adalah perkataan yang boleh difahami oleh pengguna. Merangkumi muka taip , font , ruang putih , serif ( Times Roman , Calistro dll ) , Scans serif ( Arial , Verdana dll) , dekoratif ( font unsur sastera lama Lucida Handwriting dll) 2. Grafik Grafik adalah gambar atau ilustrasi. (a) Resolusi Ia adalah darjah kualiti paparan grafik pada peranti output dan peranti input. (b) Penggunaan Grafik dalam Aplikasi Multimedia (c) Format Utama Fail Imej Digital GIF , BMP , PICT , JPEG

(d) Sumber-sumber Grafik Scanner , kamera digital, Laman web ( enjin pencari ) 3. Audio Audio adalah bunyi yang dapat didengar tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. 4. Penggunaan Audio dalam Aplikasi Multimedia (i) Menarik perhatian (ii) Mampu menarik dan menumpukan perhatian pengguna. (iii) Meningkatkan pemahaman dan membantu pengguna mengingati mesej yang disampaikan (iv) Ia mensimulasikan deria dalaman pengguna seterusnya menyampaikan mesej dalam bentuk yang lebih menarik. (v) Dapat mempengaruhi emosi dan cara berfikir (vi) Untuk mengilustrasikan idea yang kompleks dan dapat meningkatkan konsentrasi penonton. (vii) Penggunaan Audio Dalam Aplikasi Multimedia Terdapat tiga cara utama penggunaan audio: (i) Sebagai muzik latar belakang Fail audio yang dimainkan akan mewujudkan mood untuk persembahan tersebut. Akan menghasilkan keseronokan dan keinginan (ii) Sebagai kesan bunyi Bunyi akan memberi perhatian dan arahan kepada pengguna, pada butang dan transisi untuk menekankan pada perubahan skrin. Kesan-kesan bunyi ini bersaiz kecil tetapi mempunyai kesan yang menarik. (iii) Sebagai suara latar Merupakan bahan sokongan penyampai. Digunakan seminimum mungkin dalam persembahan kerana ianya boleh mengganggu. Konsep Audio Analog dan Digital (a) Format Fail Audio mp3, wave, MPEG , RA / RM 5. Animasi

Nota Padat Perkembangan seni kanak-kanak


Nota Padat Perkembangan seni kanak-kanak

Reads: 1,465 Uploaded: 05/11/2010 Category: School Work > Study Guides, Notes, & Quizzes Rated:
0 5 false false 0

jennis1981
Ads by Google

Kuala Lumpur Map


Find Kuala Lumpur Map online and get driving directions.

maps.701panduan.com # Suami Anda Pancut Awal


Elak Pancutan Awal 1-3 Jam. Belian Online Segera! RM120.00

www.SuamiPerkasa.com Cara Buat Duit Dari Rumah


Nak Pitam Tengok Duit Masuk Akuan RM300-500 Sehari Automatik!

www.IncomeSegera.com

Share & Embed


Link / URL: Embed Size & Settings:

http://w w w .scribd.com/doc/31194091/Nota-Padat-Perkembangan-seni-kanak-kanak

Width: Height:

(auto) 300
1

Auto

Start on page: Preview View:

Scroll

<a title="View Nota Padat Perkembangan seni kanak-kanak on Scribd" href="http://w w w .scribd.com/doc/31194091/Nota-Padat-Perkemb

More from this user

1. 14 p. Nota Padat Perkembangan seni ka... From: jennis1981 Reads: 1,451 2 p. Topik 9 Komunikasi Dlm Kesihatan From: jennis1981 Reads: 163 3 p. Topik 10 Profesional Pendidikan... From: jennis1981 Reads: 229 2. 6 p. Nota Padat PSV From: jennis1981 Reads: 2,234 6 p. Nota Padat PK From: jennis1981 Reads: 2,304 14 p. 1. Bagaimanakah Teori Konstrukt... From: jennis1981

Reads: 1,792 3. 10 p. Bahagian a 1. Nyatakan Fungsi T... From: jennis1981 Reads: 1,023 4 p. Pengukuran dan Penilaian dalam ... From: jennis1981 Reads: 3,150 20 p. BM Tahun 1 bab2 Kenali saya_2 From: jennis1981 Reads: 128 4. 13 p. BM Tahun 1 Bab 2 Kenali saya From: jennis1981 Reads: 202

Add a Comment

Submit
1 4gen

melatiict read this about 14 hours agoLearn more about Readcast.

sagmay81 read this about 23 hours agoLearn more about Readcast.

800113045017 read this about 24 hours agoLearn more about Readcast.

aliceambrose read this 1 day agoLearn more about Readcast.

taj1062 read this 2 days agoLearn more about Readcast.

hayati binti zakaria read this 3 days agoLearn more about Readcast.

mamie565 read this 3 days agoLearn more about Readcast.

nurul_amiruddin read this 3 days agoLearn more about Readcast.

asyrafgengsta read this 4 days agoLearn more about Readcast.

haizahoum read this 4 days agoLearn more about Readcast.

sameryj read this 4 days agoLearn more about Readcast.

sema_omr read this 5 days agoLearn more about Readcast.

MrSyaz read this 6 days agoLearn more about Readcast.

Baiyed read this 06 / 09 / 2010Learn more about Readcast.

minsan523 read this 06 / 08 / 2010Learn more about Readcast.

Search Books, Presentations, Business

You might also like