You are on page 1of 12

PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA DEFINISI Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang

tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

KONSEP Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara

TUJUAN PERLEMBAGAAN DIWUJUDKAN 1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama. Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa lain turut digalakkan. Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang sewajarnya.

2.

Memperuntukan kuasa kerajaan dan rakyat Memperuntukkan kuasa kepada pemerintah secara berkawal ke arah kemakmuran negara. Mempertuntukkan kuasa kepada rakyat secara terkawal seperti kebebasan asasi.

3.

Sumber rujukan untuk penggubalan undang-undang. Melicinkan pentadbiran, perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN. Mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa membuat akta dan enakmen. Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah tugas Parlimen, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri

CIRI PERLEMBAGAAN CIRI-CIRI UMUM Semua negara mempunyai perlembagaan dan ada cirri-cirinya yang tertentu. Pertama, kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. Ia membolehkan rakyat mengetahui apakah hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara. Kedua, unsur-unsur tanggungjawab. Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat, segala permintaan rakyat adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan melalui saluran-saluran yang betul. Ketiga, perwakilan dipilih melalui pilihanraya oleh rakyat bagi mewakili mereka di dalam sidang-sidang Parlimen.

Keempat, pembahagian kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan yang penting, sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Kelima, kerajaan terbuka dan tidak dirahsiakan. Perkara-perkara yang tidak sulit diumumkan agar rakyat dapat bertindak. Perbincangan di parlimen diumumkan menerusi media massa seperti belanjawan negara dan pembuatan dasar-dasar baru.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis yang berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Ia menjamin kestabilan politik, perpaduan rakyat, kemajuan negara serta sistem pemerintahan yang cekap dan sistematik. Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia: (a). Pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi (b). Agama Islam adalah agama rasmi tetapi kebebasan amalan agama-agama lain dibenarkan. (c). Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (d). Kedudukan setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang (e). Yang Di-Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

BENTUK PERLEMBAGAAAN Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis: a) Perlembagaan bertulis

Bentuk perlembagaan yang ditulis,dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

b) Perlembagaan tidak bertulis

Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen. Contoh Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN 1. Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apaapa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.

2. Agama Islam sebagai rasmi

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati

hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.

3. Kewarganegaraan Perkara ini terkandung di dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga 22 yang menyebut mengenai hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Manakala Perkara 23 hingga 28 pula membahas berkenaan cara atau ciri-ciri yang menyebabkan seseorang wrgannegara boleh terlucut dan dilucutkan hak warganegaranya. Perkara berkaitan dengan hak-hak kewrganegaraan ini sebenarnya sangat penting diketahui dan difahami. Dalam situasi sekarang yang dilanda oleh arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, seseorang itu perlu faham dan tahu akan hak mereka untuk mendapatkan kewarganegaraan dan juga pelucutan kewarganegaraan mereka.

Sebagai contoh, seorang profesional yang berhijrah atau bermigran ke negara lain untuk bekerja, dan pada masa yang sama turut membawa keluarga untuk menetap bersamanya di negara tersebut. Beliau perlu tahu langkah-langkah yang harus diambilnya sewaktu berada di negara tumpang tersebut, sama ada ke atas dirinya sendiri mahupun ke atas anggota keluarganya. Contohnya, jika isteri beliau melahirkan anak, maka beliau mestilah mendaftarkan kelahiran anak tersebut dalam tempoh di kedutaan atau pejabat konsul Malaysia yang berdekatan.

Jika tindakan ini gagal diambil oleh beliau maka anak tersebut tidak layak diberi kewarganegaraan Malaysia walaupun kedua ibu bapanya adalah warganegara Malaysia. Secara umumnya, di dalam perkara kewarganegaraan ini kita perlu mengetahui bahawa kewarganegaraan seseorang itu boleh didapatkan melalui beberapa cara. Pertama, melalui Kuat Kuasa UndangUndang iaitu bagi individu yang lahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan berhak menjadi warganegara Malaysia, serta individu yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia adalah berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Bagi kewarganegaraan yang didapatkan secara pendaftaran atau permohonan pula, individu yang terlibat biasanya ialah isteri atau suami yang bukan warganegara tetapi berminat untuk menjadi warganegara Malaysia. Pasangan tersebut mestilah masih berkahwin secara sah, bermastautin di Persekutuan selama lebih daripada dua tahun dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan, serta sudah berkahwin pada atau selepas tahun 1962. Manakala bagi individu yang berumur kurang daripada 21 tahun pula, dia mestilah telah didaftarkan oleh ibu bapanya yang mana salah seorangnya mestilah warganegara Persekutuan, di mana-mana pejabat wakil kuasa kerajaan Malaysia dan anak tersebut mestilah pada atau selepas tahun 1962.

Begitu juga halnya dengan individu yang berumur 18 tahun atau lebih, yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Kemerdekaan, perlulah membuktikan status pemastautinannya di Persekutuan selama lima daripada tujuh tahun sebelum layak memohon. Di samping itu, individu tersebut mestilah berniat menjadi pemastautin, memiliki pengetahuan Bahasa Melayu yang baik serta tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku. Bagi individu yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia pula akan layak mendapat kewarganegaraan Persekutuan jika mereka telah bermastautin di Persekutuan Malaysia pada Hari Malaysia, atau telah bermastautin selama tujuh daripada sepuluh tahun di Persekutuan selepas tahun 1962.

Kewarganegaraan Malaysia juga boleh didapatkan melalui cara Kemasukan. Cara ini terbuka bagi individu atau warga asing yang berumur lebih daripada 21 tahun dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia. Syarat-syarat bagi mendapatkan kewarganegaraan secara kemasukan ialah, individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia selama sepuluh daripada dua belas tahun sebelum tarikh permohonan, berniat menjadi pemastautin tetap di Malaysia, mempunyai tingkah laku yang terpuji dan mempunyai pengetahuan Bahasa Malaysia.

Manakala cara mendapatkan kewarganegaraan yang terakhir ialah melalui Percantuman Wilayah. Kaedah ini merupakan cara yang mudah tetapi jarang berlaku. Keadaan ini hanya berlaku jika terjadi suatu proses politik dan undang-undang yang rumit. Sebagai contoh, semua penduduk yang tinggal di Singapura, Sabah dan Sarawak secara langsung layak mendapat hak kewarganegaraan Malaysia apabila ketiga-tiga wilayah tersebut menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Namun, hak-hak sebagai seorang warganegara Malaysia bukanlah kekal kerana terdapat syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap warganegaranya. Hak-hak tersebut boleh terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia jika pemegangnya melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan itu. Sebagai contoh, individu tersebut tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan yang dimilikinya dengan cara menolak kewarganegaraannya seperti menjadi warganegara asing.

Kewarganegaraan juga boleh dilucutkan oleh perlembagaan jika individu tersebut membuktikan bahawa dia tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya. Penderhakaan yang dilakukan oleh individu

tersebut sama ada di dalam mahupun di luar negara juga menyebabkan perlembagaan berhak menarik balik kewarganegaraan seseorang itu. Umpamanya, menjalankan perhubungan atau perniagaan dengan negara atau musuh negara seperti Israel. Semua warganegara Malaysia adalah dilarang sama sekali daripada mempunyai hubungan dalam apa jua bentuk dengan negara Israel. Jika keadaan ini berlaku, pihak kerajaan melalui hak-haknya di dalam perlembagaan akan menarik balik kewarganegaraan individu tersebut.

Selain itu, seseorang warganegara yang mendapatkan kewarganegaraannya melalui pendaftaran tadi turut tidak terlepas daripada tindakan pelucutan kewarganegaraannya jika individu tersebut dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut. Begitu juga dengan individu yang telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan. Pelucutan kewarganegaraan ini boleh dilakukan oleh pihak kerajaan berdasarkan hakhak di dalam perlembagaan melalui proses kehakiman. Jika pihak mahkamah berpuashati dengan dakwaan pihak kerajaan, maka keputusan tersebut akan disampaikan kepada individu melalui cara bertulis beserta sebab dan alasan tindakan tersebut diambil.

4. Hak istimewa orang Melayu

Ini dinyatakan di dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia bahawa, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah. Ia tidak boleh dilihat daripada sudut logik, emosi atau.... kerana batu asas bagi perkara ini ialah faktor tolak ansur, kesepakatan dan persejutuan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin tiga kaum utama di negara kita di dalam proses menuntut kemerdekaan daripada British.

Terdapat tiga bidang yang menjadi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Tiga bidang tersebut ialah Perkhidmatan awam, Ekonomi dan Pendidikan. Bagi perkhidmatan awam, Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat jemaah menteri berhak untuk menentukan perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Tujuan diadakan kuota atau perizaban ini bagi mengimbangi pola kakitangan awam yang sebelum dan pada awal tahuntahun kemerdekaan didominasi oleh orang asing. Daripada aspek ekonomi pula, orang-orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak dilihat agak ketinggalan berbanding kaum lain. Sehubungan itu, mereka digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi, industri dan perniagaan bagi mempertingkat status ekonomi mereka. Sehubungan itu, sebarang kelulusan permit atau bantuan untuk menjalankan usaha-usaha dangang tersebut hendaklah dipermudahkan bagi orang-orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Manakala di dalam bidang pendidikan pula, semua warganegara adalah berhak mendapat pendidikan. Secara minimum, pendidikan wajib yang mesti dilalui oleh setiap warganegara sehingga kini ialah selama 11 tahun yang bermula daripada darjah satu hingga tingkatan lima. Selain itu, seseorang itu tidak boleh dihalang untuk mendapatkan pendidikan setinggi mungkin, selagi individu tersebut berkemampuan sama ada daripada aspek fizikal mahu pun mental.

5. Hak-hak Asasi

Kewujudan hak-hak asasi bagi setiap individu ini sangat penting kerana, Perlembagaan Malaysia memperakui dan mengiktiraf peranan, sumbangan dan memberikan setiap individu itu hak yang bersesuaian dengan fitrahnya.

Hak asasi yang pertama ialah hak untuk beragama. Melalui Perkara 11 dan 12, dinyatakan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agamanya tanpa menimbulkan sebarang kerisauan dan ketakutan kepada orang lain. Kelompok agama tersebut juga berhak mengurus segala hal agamanya termasuk menubuhkan yayasan dan memiliki harta. Manakala, seseorang itu tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai jika hasil peungutan itu digunakan untuk kepentingan agama lain daripada agamanya dan, seseorang yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh sama sekali diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain agamanya.

Setiap individu juga dijamin haknya untuk mendapat peluang pendidikan di negara ini tanpa sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum ,bangsa, tempat lahir, bahasa danwarna kulit. Begitu juga dengan hak terhadap harta seperti yang dinyatakan melalui Perkara 13, iaitu setiap individu tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali berdasarkan undang-undang. Jika kerajaan mengambil tindakan untuk melucutkan harta individu, maka adalah menjadi kewajipan bagi kerajaan untuk membayar pampasan yang sewajarnya kepada pemilik asal harta tersebut.

Jika di negara-negara lain, pergerakan rakyatnya di antara sesebuah wilayah walaupun masih lagi berada di dalam kawasan tadbirannya tidaklah bebas seperti yang berlaku di negara kita. Di Malaysia, pergerakan seseorang itu tidak disekat kecuali atas sebab-sebab keselamatan, kesihatan awam dan hukuman seperti hukuman kediaman terhad.

Walau bagaimanapun, pergerakan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen khusus dan perkara ini

tidaklah menjadi isu yang besar kerana ianya telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu hampir 45 tahun yang lalu. Selain kita bebas bergerak, kita juga mempunyai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Kebebasan ini diberikan bertujuan untuk memupuk bakat-bakat kepimpinan yang ada di kalangan rakyat Malaysia dan juga sebagai saluran untuk mengemukakan pandangan, pendapat atau kritikan secara berhemah.

Walau bagaimanapun, kebebasan ini tidak bermakna semua perkara boleh dibincangkan secara terbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pihak tertentu. Isu-isu sensitif seperti isu berkaitan agama, bahasa kebangsaan, bangsa atau kaum, hak-hak keistimewaan, kewarganegaraan, kuota bagi orang-orang Melayu dan kedaulatan raja-raja adalah dilarang dibicarakan secara terbuka. Kebebasan lain yang turut dinikmati oleh setiap warganegara Malaysia ialah tidak ada pihak yang boleh dijadikan abdi atau melakukan kerja paksa, mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang.

Sebagai contoh, seseorang yang dituduh bersalah tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak dihukum bersalah oleh mahkamah yang menjalankan perbicaraan yang adil. Tertuduh juga tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama buat kali kedua, sekiranya telah dilepas dan dibebas oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.

You might also like