You are on page 1of 5

MINIT CURAI

LAPORAN OLEH PEGAWAI YANG MEWAKILI SEKOLAH DALAM MESYUARAT/KURSUS/TUGAS RASMI YANG LAIN LAPORAN KEPADA Guru Besar SK ALMA KHALIJAH BT MAT NOR

L APORAN DARIPADA

1. JENIS AKTIVITI / PERKARA

Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 2, 2011 (Dunia Sains Dan Teknologi) Peringkat Negeri Pulau Pinang 17 Oktober hingga 21 Oktober 2011 8.00 pagi hingga 4.30 petang

2. TARIKH DAN MASA

3. TEMPAT

Dewan Seminar, Pejabat Pelajaran Daerah Selatan

4. PENGANJUR 5. VIP YANG HADIR/ PENGERUSI MESYUARAT

Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

Tn. Hj. Mohd Ghazali Bin Abu Bakar Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Selatan (Ucapan Alu-aluan serta merasmikan Kursus KSSR Tahun 2, 2011 (DST) peringkat Negeri Pulau Pinang. Alif Lee Bin Abdullah Penolong Pengarah Sains ( Menengah ) Unit Kurikulum, SPA, JPNPP Mohd Fahmi Bin Arshad Pegawai Akademik Sains Pejabat Pelajaran Daerah Selatan

6. PEGAWAI LAIN YANG HADIR

7. BAHAN YG. DIBERI

1. CD DAN BAHAN CETAKAN


1

1. LATAR BELAKANG 1.1. Kursus ini dilaksanakan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang kepada para guru Sains Tahun 2 untuk memenuhi keperluan 2012 di Pulau Pinang. 1.2. Kursus telah dikendalikan oleh para Jurulatih Utama Negeri (Sains) ( 12 orang guru ). 1.3. Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk: a. Memberi pendedahan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 2 kepada semua guru. b. Menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia sains dan Teknologi (DST) Tahun 2 yang akan dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2012 khususnya tentang i. isu-isu pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dunia sains dan Teknologi (DST) Tahun 2 ii. perubahan kandungan kurikulum iii. Dokumen KSSR iv. Kaedah memantapkan pelaksanaan di bilik darjah

2. ISU ATAU MAKLUMAT PENTING 2.1. Isnin (17 Oktober 2011) 2.1.1. PENGENALAN KSSR (En. Zulpakar bin Isa) - Wujud daripada perhimpunan agong UMNO 2006 - 4 kurikulum sekolah rendah yang telah diperkenalkan iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), KBSR semakan, dan KSSR. - Hasrat pendidikan berpandukan Teras Pembangunan Kurikulum. - Transformasi pendidikan- proses perubahan holistik kepada kurikulum sedia ada dari segi bentuk, bahan, organisasi, kandungan, masa, pedagogi dan pentaksiran. 2.1.2. DOKUMEN KURIKULUM - Dokumen standard kurikulum dan bahan sokongan seperti buku teks, buku panduan pengajaran, buku panduan kreativiti, buku panduan keusahawanan, dan buku panduan TMK. (boleh download drp laman wb BPK) 2.1.3 PEDAGOGI - kemahiran berfikir, Aplikasi kecerdasan pelbagai, TMK, Kajian Masa Depan, dan konstruktivisme.

2.1.4

PENILAIAN P&P - Berterusan untuk kesan perkembangan dan pencapaian murid. - Kaedah penilaian pelbagai. PERBEZAAN KBSR DAN KSSR KBSR 1. 3 bidang 2. Sukatan Pelajaran 3. 3M KSSR 1. 6 tunjang 2. Dokumen Standard Kurikulum 3. 4M

2.1.5

2.1.4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KSSR (Pn. Hasnidah) - 3 elemen tambahan Kreativiti dan inovatif, Keusahawanan, TMK 2.1.6 2.1.7 KAEDAH PENYOALAN Soalan kognitif beraras rendah. Soalan kognitif beraras tinggi KEMAHIRAN MENAAKUL (Pn. Nik Maznah) Proses kognitif dalam memberi penerangan munasabah Ada sebab. Mengapa? Supaya murid bertanggungjawab diatas jawapan dan bukan hanya meneka.

2.1.8 MODUL TERAS TEMA - Gabungan sains, TMK dan RBT - 2 waktu seminggu - TMK- 12 waktu/tahun - SN 48 waktu - RBT tiada dokumen tetapi elemen ini dimasukkan dalam standard sains. 2.2. Selasa (18 Oktober 2011) 2.2.1. Penerangan tentang Standard Kurikulum Mata Pelajaran KSSR. -Isi-isi Penting : -Modul Teras Tema (DST) -Dokumen Standard : 5 tema -Tahun 2 : hanya meliputi 3 Tema -DST terdiri daripada 3 elemen : i) Sains ii)TMK iii) RBT Penerangan tentang Standard Kurikulum DST dan TMK Tahun 2: -Terdiri daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 2.2.2. Penerangan umum tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) - Dasar Pelaksanaan PBS 8 perkara - Komponen PBS : a) Pentaksiran Pusat ( PP ) b) Pentaksiran Sekolah ( PS ) 3

c) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum ( PAJSK ) d) Pentaksiran Psikometrik ( PPSi ) Jadual Pengoperasian PBS J/K PBS Peringkat Sekolah

2.2.3. Penjaminan Kualiti PBS : a) Pementoran b) Penyelarasan c) Pemantauan d) Pengesahan - Penerangan tentang siapa, bila dan bagaimana keempat-empat proses dijalankan. - Peranan J/K PBS - Pengurusan evidens PBS : a) Evidens b) Contoh evidens murid c) Penyimpanan Fail Perkembangan Murid (FPM) - Fail Showcase (Menyimpan eviden terbaik untuk seluruh darjah untuk setiap m/p KSSR ) 2.2.4. Penerangan Dan Pengendalian PBS di Sekolah Rendah - PBS : rujuk Dokumen Standard Prestasi (DSP) - Item-item yang penting : a) Band ( 1 6 ) b) Standard c) Deskriptor d) Evidens Evidens Murid dan bahan e) Instrumen : Ujian bertulis, ujian scr lisan, demonstrasi, ujian amali, senarai semak dll. -Kepentingan pentaksiran sekolah i) meningkatkan pencapaian ii) memperbaiki kelemahan dan masalah dalam p&p iii) memperbaiki keyakinan murid-murid iv) mengubahsuai strategi pengajaran 2.2.5. Pemberatan Pemarkahan UPSR KSSR - Pentaksiran Berasaskan Pusat (PP) : 60% - Pentaksiran Berasaskan (PBS) : 40% - Melibatkan Mata Pelajaran BM, BI, BC, Sains dan Matematik. 2.3. Rabu (19 Oktober 2011)

2.3.1. Penerangan tentang cara penghasilan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Disampaikan oleh Puan Rozaimah (JU). Penyediaan RPH perlu mengandungi 5 Fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan, Fasa Tindakan dan Fasa Penutup. Guru-guru perlu merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi sebelum menyediakan RPH. Bengkel Standard Pembelajaran Mata Pelajaran DST. 4

2.3.2. Pemantauan oleh Tuan Haji Mohamad Zaki (Ketua Sektor Unit Akademik JPN Pulau Pinang).

2.4.

Khamis (20 Oktober 2011)

2.4.1.Taklimat berkaitan KSSR oleh Pn. Nor Azmah bt Johari (Pegawai Sains dan Matematik Unit Kurikulum JPN Pulau Pinang) 2.4.2 Perbentangan hasil bengkel Pernbentangan hasil bengkel setiap kumpulan berkaitan rancangan pengajaran harian, lembaran kerja dan instrumen pentaksiran. Soal jawab dan penambahbaikan.

2.5. Jumaat (21 Oktober 2011) 2.5.1.Taklimat pentaksiran berasaskan sekolah oleh En. Mohd Sabri b Harun (Pegawai PBS PPD Tengah) 2.5.2. Rumusan oleh Pn. Nor Azmah bt Johari (Penyelian sains unit kurikulum JPN Pulau Pinang) 2.5.3. Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada peserta kursus.

Kursus tamat pada jam 4.00 petang. Disediakan oleh, KHALIJAH BT MAT NOR 24 Oktober 2011

You might also like