You are on page 1of 2

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kajian oleh Mary A. O., Elizabeth J. P., dan Dennis F., (2006) bertajuk Perception of Sexual Abstinence among High-Risk early and Middle Adolescents ke atas 42 orang remaja berumur 11 hingga 17 tahun. Kajian bertujuan untuk (1) melihat bagaimana remaja awal dan pertengahan mengkonsepsikan abstinence, (2) mengkaji pengaruh isu perkembangan dan kontekstual ke atas keputusan untuk abstinence, dan (3) untuk meneroka peranan gender dan pengalaman tingkahlaku. Hasil kajian mendapati terdapat kekeliruan kepada remaja untuk mengkonsepsikan abstinence iaitu remaja memberikan persepsi yang pelbagai ke atar konsep tersebut, namun kefahaman akan keperluan konsep tersebut adalah jelas dan relevan. Manakala, remaja melihat abstinence sebagai sebahagian daripada perkembangan normal yang berterusan, di mana semua remaja akan mengekang keperluan seksual pada tempoh masa tertentu dan akan melakukan aktiviti tersebut apabila bersedia. Faktor kesediaan merupakan faktor yang didapati menjadi pengaruh kepada keputusan abstinence dalam kalangan remaja. Kesediaan ditentukan berdasarkan (1) faktor individu seperi umur, peristiwa hidup, kematangan fizikal dan sosial, (2) faktor hubungan seperti kehendak bersama dengan pasangan yang tepat, (3) kepercayaan agama dan moral, dan (4) faktor keseimbangan kesihatan, sosial dan keluarga. Kajian bertajuk Gender Factors Associated With Sexual Abstinent Behavior of Rural South African High School Going Youth in KwaZulu-Natal, South Africa yang dijalankan oleh Siyaboga D., Myra T., Nosipho M., Rosemarie H., Reshma S., Hein dV., Kala N., dan Champak J., (2009) ke atas 454 remaja berumur 14 hingga 20 tahun. Kajian bertujuan untuk mengkaji (1) perbezaan gender dalam persepsi mengenai abstinence seksual dalam kalangan remaja yang menjaga kehormatan atau tidak, dan (2) melihat perbezaan gender dalam faktor untuk menjaga kehormatan yang berasaskan Model Perubahan Bersepadu (Integrated Change Model). Lima faktor dimensi yang dikenalpasti berdasarkan model tersebut iaitu sikap, pengaruh sosial, efikasi kendiri dan niat untuk menjaga kehormatan seksual. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati remaja perempuan yang menjaga kehormatan percaya bahawa rakan-rakan dan ibu bapa merasakan mereka perlu untuk menjaga kehormatan seksual dan ia membantu mereka dalam kematangan emosi. Manakala, remaja lelaki menjaga kehormatan diri sehingga perkahwinan.

Kajian yang dijalankan oleh Jessica S., Melanie J. Z-G. Dan Byron e., (2007) bertajuk Sexual Partners and Contraceptive Use: A 16-Year Prospective Study Predicting Abstinence and Risk Behavior ke atas 167 remaja, bertujuan untuk mengkaji sama ada sejarah perkembangan remaja dari umur 6 hingga 16 tahun dapat membezakan tiga kumpulan remaja iaitu (1) remaja yang menjaga kehormatan seksual, (2) remaja yang terlibat dalam tingkahlaku seksual berisiko pada umu 16 tahun, dan (3) remaja yang aktif secara seksual tapi kurang melibatkan diri dalam seksual berisiko. Hasil kajian mendapati tingkahlaku eksternal yang tinggi pada umur 9 tahu meramal untuk terlibat dalam tingkahlaku seksual berisiko pada umur 16 tahun berbanding untuk menjaga kehormatan diri. Manakala, kematangan fizikal pada umur 13 tahun meramalkan remaja untuk melibatkan diri dalam tingkahlaku seksual risiko sederhana. Manakala, kajian yang dijalankan oleh Caroline W. K. Dan Alex E., (2007) bertajuk Factors Associated with Sexual Abstinence among Adolescents in Four Sub-Saharan African Countries ke atas 5955 remaja berumur 12 hingga 19 tahun bertujuan untuk perbezaan dalam profil remaja yang tidak berkahwin mengikut status seksual. Kajian juga cuba untuk menjawab beberapa persoalan seperti (1) adakah terdapat faktor lain selain daripada faktor umur dan gender yang mempengaruhi aktiviti seksual remaja? (2) adakah terdapat perbezaan faktor menjaga kehormatan mengikut kepada status seksual remaja?. Status seksual dibahagikan kepada remaja yang berpengalaman seksual, remaja yang melakukan seksual terakhir sejak 12 bulan yang lalu, remaja yang melakukan seksual terakhir sejak tiga bulan lalu, remaja yang masih aktif seksual dalam tempoh tiga bulan terkini. Hasil daripada kajian mendapati hubungan romantik merupakan peramal kepada aktiviti seksual kepada remaja yang mempunyai pengalaman seksual. Secara keseluruhan, faktor tekanan sosial adalah peramal kepada keputusan menjaga kehormatan dalam kalangan remaja yang mempunyai pengalaman seksual. Note: 1. the most important thing dlm lite rvw is; tajuk kajian nama pengkaji & tahun tujuan kajian sample kajian hasil kajian

You might also like