You are on page 1of 20

MANUAL PENGGUNA

PENGGUNA SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (SPKS) MODUL SEKOLAH

UNIT APLIKASI PENGURUSAN PENDIDIKAN (UAPD), BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah KANDUNGAN BIL 1.0 2.O PERKARA PENGENALAN CARA MASUK KE SISTEM 2.1 Daftar Pengguna 2.2 Lupa Kata Laluan 2.3 Log Masuk Ke Sistem MENU UTAMA SEKOLAH 3.1 Kemaskini Maklumat Sekolah 3.2 Penarafan Keselamatan (Baru) MUKA SURAT

3.0

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

1.0

PENGENALAN
Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) berasaskan web ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap keselamatan bagi sesebuah sekolah dengan capaian lebih mudah dan berkesan yang mana sistem ini akan digunakan oleh pihak sekolah untuk melakukan penarafan kendiri. Instrumen PKS yang terdiri daripada 5 aspek utama mengandungi 70 item adalah bertujuan untuk membuat penilaian dan piawaian tahap keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat. Instrumen ini juga akan diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah semasa menjalankan pemantauan dan Penyeliaan keselamatan di sekolah. Penyediaan laporan juga akan menjadi lebih mudah, cepat dan efektif kerana telah diautomasi melalui sistem ini. SPKS terdiri daripada empat (4) tahap pengguna iaitu: a) Pengguna Sekolah - merupakan pengguna yang akan menilai tahap keselamatan sekolah secara kendiri. b) Pengguna Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) - PPD dapat melihat status sekolah selamat di peringkat daerah. c) Pengguna Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) - JPN dapat melihat keseluruhan status sekolah selamat di peringkat negeri. d) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia - BPSH dapat melihat keseluruhan status tahap keselamatan sekolah di seluruh negeri. Modul SEKOLAH ini dapat melaksanakan beberapa tugas berikut iaitu: 1) Dapat melihat dan mengemaskini maklumat lengkap sekolah dan mengisi data bagi Jenis Asrama, Bilangan Guru dan Bilangan Murid. 2) Mengisi data penarafan dua(2) kali setahun iaitu pada bulan Februari (Fasa 1) dan Ogos (Fasa2). 3) Dapat mengetahui tahap keselamatan bagi sekolah melalui penarafan kendiri.

2.0

CARA MASUK KE SISTEM


Untuk masuk ke sistem, anda perlu menaip url seperti berikut: http://apps.moe.gov.my/spks yang mana pengguna perlu menggunakan hanya

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Internet Explorer (ie) 5.0 ke atas untuk mendapatkan paparan yang penuh dan menarik. Berikut adalah skrin utama yang merupakan juga skrin log masuk ke sistem apabila anda masuk ke url ini (Rajah 1)

Icon ke skrin manual pengguna

Icon ke skrin bantuan

Link ke skrin lupa kata laluan

Rajah 1: Skrin Utama Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

2.1

Daftar Pengguna Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna sistem, anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Berikut adalah link untuk ke skrin daftar pengguna (Rajah 2)

Link untuk ke skrin daftar pengguna

Rajah 2: Link Untuk Ke Skrin Daftar Pengguna

Untuk kosongkan semula maklumat dalam skrin

Kod ID merupakan Kod JPN bagi negeri anda

Untuk kembali semula ke skrin Log Masuk

Rajah 3: Skrin Daftar Pengguna

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Dalam skrin di atas (Rajah 3), anda perlu masukkan segala maklumat wajib di atas iaitu Nama, No. KP, Peranan (Sila Pilih SEKOLAH), Kod ID (merupakan Kod SEKOLAH yang mana akan dijadikan sebagai ID Pengguna untuk log masuk ke sistem), Kata Laluan (8 aksara) dan Pengesahan Kata Laluan. Setelah maklumat diisi dengan lengkap, anda perlu menekan butang dan skrin akan memaparkan semula maklumat anda untuk pengesahan. Berikut adalah skrin paparan maklumat pengguna (Rajah 4)

Rajah 4: Skrin Paparan Maklumat Lengkap Pengguna

Maklumat pengguna anda telah berjaya di daftar kemudian tekan butang untuk kembali ke skrin utama bagi tujuan log masuk ke sistem. Error message yang akan dipaparkan sekiranya butang di dalam skrin daftar pengguna ditekan. Bil 1. Error message Keterangan Message ini akan dipaparkan sekiranya anda telah mendaftar menggunakan Kod ID (Kod SEKOLAH) yang sama kerana setiap SEKOLAH hanya sekali sahaja pendaftaran dibenarkan Message ini akan dipaparkan sekiranya Peranan tidak sesuai/selari dengan Kod ID (Kod SEKOLAH) yang anda masukkan
Jadual 1

2.

2.2

Lupa Kata Laluan Sekiranya anda lupa kata laluan yang telah didaftar, sila klik pada link pada skrin utama (Sila rujuk Rajah 1) Berikut adalah skrin lupa kata laluan (Rajah 5)

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Rajah 5: Skrin Lupa Kata Laluan

Dalam skrin ini, anda dikehendaki memasukkan No. KP dan memilih Peranan SEKOLAH yang anda telah daftarkan sebelum ini dan tekan butang Kemudian skrin papar semula kata laluan akan dipaparkan dan tekan butang . Berikut adalah skrin papar semula kata laluan (Rajah 6)

Rajah 6: Skrin Papar Semula KataLaluan Peringatan: Adalah perlu untuk mengingati kata laluan anda atau simpan di tempat yang selamat untuk kegunaan masa akan datang

2.3

Log Masuk Ke Sistem Untuk Log masuk ke sistem, anda perlu masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftar kemudian tekan butang

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Masukkan ID Pengguna (Kod SEKOLAH): CONTOH: ABA2034

Masukkan Kata Laluan: CONTOH: 11111111

Rajah 7: Skrin Log Masuk Ke Sistem

Kemudian skrin Laman Utama untuk pengguna sekolah akan dipaparkan. Berikut adalah skrin Laman Utama (Rajah 8)

Link ke skrin tukar kata laluan

Paparan nama dan SEKOLAH anda sebagai pengguna berdaftar

Menu untuk kemaskini maklumat sekolah

Menu untuk membuat penarafan keselamatan sekolah yang baru

Rajah 8: Skrin Laman Utama Sekolah Peringatan: Pastikan nama anda selari dengan SEKOLAH yang telah anda daftarkan Laman utama ini dipaparkan hanya sekali sahaja iaitu semasa anda baru pertama kali masuk ke sistem ini untuk melakukan penarafan untuk sekolah ini.

Link dan Menu yang terdapat dalam laman utama ini ialah: a) Tukar Kata Laluan (Sila rujuk Rajah 8)

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Rajah 9: Skrin Profil Diri Tukar Kata Laluan

Dalam skrin di atas (Rajah 9), anda perlu pastikan semula Nama, No. KP, Kata Nama(ID Pengguna), Kata Laluan Lama yang dipaparkan adalah tepat. Kemudian anda perlu memasukkan Kata Laluan Baru dan membuat pengesahan Kata Laluan Baru dan tekan butang Message di bawah akan keluar untuk memastikan sama ada anda pasti ingin menukar kata laluan tersebut atau tidak (Rajah 10)

Rajah 9: Message from Webpage

Sekiranya anda tekan OK, bermakna kata laluan anda telah berjaya di tukar dan skrin berikut akan dipaparkan (Rajah 11)

Rajah 11: Skrin Berjaya Tukar Kata Laluan

Kemudian anda boleh gunakan kata laluan yang baru untuk log masuk ke sistem.

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

3.0

MENU UTAMA SEKOLAH

Rajah 12: Menu Utama Pengguna Sekolah

Rajah di atas (Rajah 12) merupakan menu utama bagi pengguna sekolah yang mana dua(2) perkara utama yang perlu dilakukan semasa sesi penarafan dibuka iaitu: 3.1 Kemaskini Maklumat Sekolah

Rajah 13: Skrin Kemaskini Maklumat Sekolah

Sebelum membuat penarafan keselamatan, pengguna sekolah perlu mengemaskini maklumat sekolah yang dipaparkan, data yang perlu dikemaskini adalah No. Telefon, No. Faks dan Jenis Asrama manakala Bilangan Guru dan Bilangan Murid yang terkini perlu diisi. Setelah lengkap, sila tekan butang dan maklumat sekolah yang telah dikemaskini akan dipaparkan (Rajah 14)

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Rajah 14: Skrin Kemaskini Maklumat Sekolah Sila tekan penarafan icon untuk kembali ke laman utama bagi membuat keselamatan sekolah.

3.2

Penarafan Keselamatan (Baru)

Rajah 15: Skrin Laman Utama

Laman utama ini menunjukkan masih tiada data ruusan penarafan sekolah, sila klik pada menu Penarafan Keselamatan(Baru) untuk memulakan penarafan.

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

10

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Menu Penarafan Keselamatan

Radio button Keselamatan

Rajah 16: Skrin Aspek 1: Pengurusan Aktiviti Murid

Skrin untuk Aspek 1: Pengurusan Aktiviti Murid akan dipaparkan untuk anda memulakan penarafan keselamatan yang baru. Aspek 1 ini terdiri daripada lima(5) sub aspek seperti Menu Penarafan Keselamatan di atas. Anda perlu mengisi skor setiap item berkenaan dengan menekan salah satu radio button skor iaitu sama ada (0,1,2 atau TB(Tidak Berkenaan)) berdasarkan maklumat yang tepat.
(Nota: Sila rujuk manual pengguna dalam bahan rujukan yang kedua iaitu Pelaksanaan Skor Piawaian Sekolah Selamat untuk mengetahui lebih terperinci tentang penentuan dan pengiraan skor serta penentuan kategori)

Sekiranya pengisian untuk sub aspek ini masih tidak lengkap dan anda menekan butang , message di bawah akan dipaparkan(Rajah 17)

Rajah 17: Message from Webpage

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

11

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Ini bermakna setiap item bagi setiap skrin perlu diisi skor terlebih dahulu kemudian baru tekan butang Berikut adalah paparannya (Rajah 18)

Jumlah skor untuk setiap lajur dan jumlah skor keseluruhan bagi aspek ini

Rajah 18: Skrin Paparan Semula Skor Yang Telah Disimpan

Dalam rajah di atas (Rajah 18), anda boleh mengemaskini skor dengan menekan butang dan skrin akan kembali ke paparan sebelumnya. CONTOH: Sila rujuk rajah di bawah (Rajah 19) yang mana item ke (v) telah di ubah dari skor 1 ke skor 2. Setelah dikemaskini, tekan butang

Rajah 19: Skrin Untuk Kemaskini Skor

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

12

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Jumlah skor untuk setiap lajur dan jumlah skor keseluruhan yang juga secara automatiknya telah dikemaskini

Rajah 20: Skrin Paparan Semula Skor Yang Telah Dikemaskini

Link dalam rajah di bawah (Rajah 21) akan terdapat pada lima(5) aspek utama sahaja yang mana untuk aspek (1) iaitu Pengurusan Aktiviti Murid diletakkan pada sub aspek 1(e). Ia dilakukan setelah skor disimpan dan bertujuan untuk pengguna sekolah tersebut mencatat apa-apa yang berkaitan dan memberi penerangan dengan lebih jelas lagi mengenai aspek utama tersebut berkenaan dengan skor yang diperolehi. Selalunya ia berkaitan dengan skor yang diperolehi agak tidak memuaskan.

Rajah 21: Link ke Skrin Catatan

Berikut adalah skrin untuk mengisi catatan (Rajah 22)

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

13

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Rajah 22: Skrin Mengisi Maklumat Catatan

Aspek yang dipaparkan di atas bermakna anda sedang mengisi catatan untuk aspek tersebut. Setiap lima(5) aspek utama, hanya satu catatan sahaja dibenarkan. Catatan tersebut hendaklah dibuat dengan ringkas tetapi padat dan terang dengan apa yang hendak disampaikan. Seterusnya tersebut. tekan butang untuk simpan maklumat catatan

Berikut adalah paparan semula catatan (Rajah 23)

Rajah 23: Skrin Paparan Catatan

Sekiranya anda ingin mengemaskini maklumat catatan tersebut, tekan butang terlebih dahulu dan skrin paparan semula catatan dalam bentuk jadual akan dipaparkan yang mana terdapat dua(2) jenis icon iaitu:
1 2

Kemaskini untuk kemaskini catatan Padam untuk padam catatan dari pangkalan data
Jadual 2

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

14

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Kemudian, anda perlu mengisi skor untuk aspek yang seterusnya dan mengisi maklumat catatan sekiranya perlu sehingga lengkap. Setelah penarafan telah lengkap diisi, anda perlu menekan menu Laporan Rumusan seperti dalam Rajah 24 di bawah untuk mengetahui peratus penarafan yang anda perolehi.

Rajah 24: Menu Untuk Melihat Laporan Rumusan

Berikut adalah paparan senarai Rumusan dalam bentuk jadual.

Rajah 24: Senarai Rumusan Penarafan Keselamatan Sekolah

Sila klik pada link untuk melihat paparan jelas Rumusan Skor Piawaian Sekolah Selamat bagi sekolah anda.

Peratus penarafan yang diperolehi untuk setiap aspek Link pada setiap aspek hanya boleh melihat paparan skor sahaja tanpa boleh kemaskini

Peratus keseluruhan penarafan yang diperolehi

Butang kemaskini untuk kemaskini skor pada setiap aspek

2 Rajah 25: Skrin Rumusan Skor Piawaian Sekolah Selamat

Paparan kategori yang berdasarkan kepada peratus penarafan yang diperolehi

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

15

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Sekiranya anda klik pada salah satu pada link 1 (Sila rujuk Rajah 25), skrin paparan skor di bawah akan dipaparkan seperti Rajah 26 di bawah.

Ke skrin sebelumnya

Ke paparan skor aspek seterusnya

Rajah 26: Skrin Paparan Skor Mengikut Aspek

Sekiranya anda klik pada butang iaitu nombor 2 (Sila rujuk Rajah 25), skrin untuk mengemaskini skor setiap aspek akan dipaparkan seperti Rajah 27 di bawah.

Rajah 27: Skrin Kemaskini Skor

Setelah skor dikemaskini dalam skrin ini, sila tekan butang paparan semula skor yang telah dikemaskini akan dipaparkan.

dan

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

16

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Rajah 28: Menu Paparan Senarai Catatan

Menu Catatan di atas adalah untuk memaparkan senarai maklumat catatan yang anda telah masukkan. Paparannya adalah seperti berikut (Rajah 29)

Kemaskini maklumat catatan

Padam maklumat catatan

Rajah 29: Skrin Paparan Senarai Catatan

Sekiranya anda klik pada icon KEMASKINI, skrin untuk kemaskini maklumat catatan akan dipaprkan seperti Rajah 30 di bawah.

Rajah 29: Skrin Untuk Kemaskini Catatan

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

17

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

CONTOH: Anda telah mengemaskini catatan dengan menambah nombor 12345 seperti Rajah 30 di bawah.

Rajah 30: Skrin Catatan Yang Telah Dikemaskini

Seterusnya, sila tekan butang , skrin paparan semula catatan yang telah dikemaskini akan dipaparkan seperti Rajah 31 di bawah.

Rajah 31: Skrin Paparan Semula Catatan Yang Telah Dikemaskini

Kemudian, sila tekan butang untuk melihat balik senarai catatan untuk sekolah ini yang telah dikemaskini.

Rajah 32: Skrin Paparan Semula Senarai Catatan Yang Telah Dikemaskini

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

18

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Sekiranya anda klik pada icon PADAM, message di bawah akan dipaparkan untuk membuat pengesahan sama ada anda pasti hendak padam catatan bagi aspek berkenaan. Tekan butang OK untuk padam dan butang CANCEL untuk batalkan. Sila rujuk Rajah 33 di bawah.

Rajah 33: Message from Webpage

Sekiranya anda tekan butang OK, sila lihat paparan rajah di bawah (Rajah 34)

Rajah 34: Skrin Paparan Senarai Catatan Setelah Salah Satu Catatan Bagi Aspek Pengurusan Risiko Telah Dipadam

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

19

__________________________________________________Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Paparan skrin laman utama di bawah menunjukkan bahawa pengisian skor penarafan keselamatan anda masih belum lengkap. (Diwarnakan kuning). Dalam situasi ini, anda boleh tidak melengkapkan penarafan pada waktu yang sama.

Rajah 35: Skrin Paparan Status Rumusan Penarafan Keselamatan Yang Masih Belum Lengkap

Sila klik pada link Rumusan untuk melihat paparan seterusnya.

Rajah 36: Skrin Meneruskan Penarafan

Kemudian, sila klik pada link di sini untuk meneruskan penarafan. Skrin secara default akan paparkan aspek 1(a), dan anda boleh meneruskan penarafan yang masih belum lengkap dengan membuat pilihan pada Menu Penarafan Keselamatan.

____________________________________________________________________
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

20

You might also like