You are on page 1of 1

Kenapa anda berhijab? Kenapa aku berhijab? , atau bahasa senangnya bertudung. Kenapa aku bertudung?

Sejak kecil lagi aku diajar untuk menutup kepala dengan tudung, walaupun hanya untuk ke sekolah. Awal mendiami alam persekolahan, tudung masih on-off . Terpaksa pakai bila hendak ke sekolah, tiba sahaja waktu pulang sekolah, tudung sudah masuk dalam beg sekolah. Masih terngiang-ngiang lagi di kotak memoriku, ejekan kawan-kawan sepermainan tatkala melihat potongan rambut baruku yang pendek membentuk ilusi tempurung pada retina mereka. Anak tok pek! Anak tok pek! (dialek Kelantan, anak tok pek --> anak orang cina) Aku masih ingat, tudung bagiku pada waktu itu adalah sekadar untuk menutup kepala. Aku tetap bertudung walaupun dalam tidur ketika bermalam di rumah sepupu yang semuanya perempuan. Semua panggil aku ustazah. Walaupun aku masih tidak tahu erti hijab yang sebenarnya pada waktu itu. Rutin berputar-putar sekitar roda kanak-kanak sehinggalah aku menjengah alam remaja, alam sekolah menengah. Alam sekolah menengah mengajar aku erti hijab yang sebenarnya. Aku bersyukur pada Allah taala, kerana telah membuatkan kedua ibu bapaku tergerak hati untuk menghantar aku ke bumi maahad, satu tanah usang yang aku kira banyak mengajar aku erti kehidupan. Di situlah aku belajar untuk menutup aurat, bukan hanya bertudung tapi menutup keseluruhan bahagian-bahagian yang lain yang boleh menjatuhkan aku ke tahap serendah-rendah binatang. Menutup aurat juga mengelakkan aku dari terjerat ke lembah nafsu binatang. Kenapa perumpamaan binatang yang aku gunakan, kerana daripada segi zahirnya, manusia dan binatang berbeza melalui cara praktikal kehidupannya. Manusia dan haiwan kedua-duanya makan, minum dan tidur tetapi adakah haiwan turut berpakaian seperti manusia. Manusia berpakaian sebab mereka mempunyai suatu perasaan yang tidak ada pada haiwan, iaitu malu. Perasaan malu akan ter install secara automatik apabila manusia benar-benar hidup seperti yang ISLAM tetapkan. Teringat aku pada kata-kata seorang pemenang Nobel daripada Yaman apabila ditanya tentang hijabnya, Man in the early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It s the removal of clothes again that is regressive back to ancient TIMES Erti hijab padaku adalah simbolik satu barisan tentera pertahanan dalam kerajaan badanku, yang mengawal tingkah lakuku, mengelakkanku daripada diganggu, menguatkan aku dan membuatkan aku lebih berkeyakinan dalam setiap tindakanku, kerana aku tahu semua panduan yang Allah tetapkan dalam buku panduan AL-QURAN adalah untuk kebaikan aku juga dan umat Islam seluruhnya. Aku gembira berhijab, dengan kata lain, aku bangga MENUTUPKAN AURATKU.

You might also like