You are on page 1of 6

AKTIVITI PRA BACAAN Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas

kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada anak-anak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian : 1. pengamatan penglihatan 2. pendengaran 3. pergerakan mata & tangan.

KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan untuk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus menunjukkan cara membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.

KEMAHIRAN PENDENGARAN Pendengaran digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum

berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersamasama dengan ayat. Contohnya ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting.

KAEDAH MENGAJAR BACAAN Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan huruf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak. Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga: 1. Kaedah bunyi/ fonetik 2. Kaedah huruf 3. Kaedah pandang dan sebut KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu: 1. Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contohnya: ba + pa = bapa 2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa

Kekuatan

Kelemahan

Sesuai denagn susuk bahasa Bacaan murid-murid tidak licin. Ini Melayu adalah terdiri daripada disebabkan perhatian murid-murid suku-suku kata yang hampir tetap itu bunyinya. tertumpu kepada suku-suku

kata, satu lepas satu.

Kaedah ini membolehkan kanak- Tidak menarik hati kerana sukukanak membaca baharu perkataan- suku kata yang diajar itu tidak walaupun mempunyaai makna yang nyata itu diluar pada mereka.

perkataan

perkataan-perkataan

perbendaharaan kata mereka.

KAEDAH HURUF Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Vokal Konsonan Gabungan Vokal dan Konsonan Perkataan Kekuatan saya lari Kelemahan s sa a y ya a l la i r ri

1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia 1. Murid-murid membaca dengan lancar kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya 2 2. tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

3 Membolehkan kanak-kanak membaca 3. Murid-murid terbawa-bawa tabiat perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. 4 3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. 4 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid 4. 3. Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. membaca sambil mengeja menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah mengeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Peringkat 1. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. 2. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kekuatan Kelemahan

1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa Bacaan kanak-kanak mungkin 1 kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat muridmurid. 2 2 3 Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja.

2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya 4

3 Kaedah ini dari awal mementingkan Murid-murid tidak mempunyai asas 3 makna. 4 4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan 4 Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca. yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

Bibliografi

teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/aktiviti-prabacaan.html

You might also like