You are on page 1of 3

Kesilapan berdiet : 6 Sebab utama anda tidak dapat menurunkan berat badan

<photo id="1" /> Adakah anda sedang berdiet, tetapi masih tidak boleh menurunkan berat badan? Jelas sekali, terdapat kesilapan yang terselindung yang anda tidak ketahui yang telah menjadi penyebab kepada kegagalan penurunan berat badan anda. Sebenarnya, menurut kata pakar dan dari pengalaman, biarpun ketika kita berdiet, kita sebenarnya lebih cenderong untuk makan dengan lebih banyak. Ada hubungkait yang terpisah di antara kedua tanda tanya seperti berikut, apa yang kita tahu tentang cara penurunan berat badan dan apakah sebenarnya yang sedang kita lakukan ketika kita berdiet. Tiada istilah berdiet sebenarnya dalam usaha kita ingin menurunkan berat badan. Ini kerana dengan berdiet, akan mudah mencipta satu obsesi terhadap makanan, mudah lapar sebelum waktunya dan akhirnya anda akan berhenti di tengah jalan dan tidak mahu lagi berdiet. Sebaliknya bagi anda yang baru dalam berkeinginan untuk mengurangkan berat badan, lupakan tentang DIET dan cuba renung kembali apakah tabiat anda selama ini yang menjadi penyebab kepada masalah berat badan.

<photo id="2" /> Mungkin selama ini anda tidak pernah tahu tentang nilai kalori dalam makanan yang anda ambil. Kesilapan yang sering dilakukan ketika berdiet ialah cuba megambil sebahagian kecil makanan tanpa menyedari nilai kalorinya bertambah. Contohnya satu sudu besar extra mentega mengandungi 102 kalori, makan sambil memasak. menghabiskan lebihan makanan anak-anak, dan meminum air kopi atau teh yang berkalori tinggi. Cara untuk mengatasi masalah ini memerlukan satu usaha yang berterusan dan semangat yang sentiasa kekal di dalam jiwa. BodyBlast Fitness cuba menyingkap 6 jenis kesalahan yang sering kita lakukan untuk menurunkan berat badan. Pastinya setiap kesalahan ini pernah anda dengari sebelum ini atau pernah anda alaminya sendiri. Kesalahan Pertama : Makan dengan gelojoh Anda bukannya memasuki pertandingan siapa makan paling banyak atau cepat. Kebanyakan dari kita selalu mengamalkan memakan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Memakan makanan dalam keadaan ingin menghabiskannya dengan segera akan menjadikan anda mudah lapar dalam waktu yang singkat. Menikmati makanan anda dalam keadaan yang lebih tenang dan secara perlahan-lahan sebenarnya melatih perut anda cepat penuh sebelum merasa kenyang. Kesalahan Kedua : Tidak bersarapan Banyak kajian telah mengatakan bahawa seseorang yang rajin mengambil makanan pada waktu pagi iaitu sarapan pagi mempunyai berat badan yang lebih ideal berbanding dengan seseorang yang suka meninggalkan sarapan mereka. Ramai beranggapan bahawasanya jika

sarapan tidak diambil, maka dapat mengurangkan jumlah kalori pada hari itu dan sekaligus dapat menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan anda perlu merancang bagaimana anda ingin menjadikan jumlah 3 hidangan sehari kepada 5 hidangan sehari. Ini kerana, seseorang yang megambil hanya 3 hidangan sehari cenderong untuk makan lebih banyak setiap kali waktu makan tiba. Bagaimana ingin merancang 5 - 6 hidangan sehari? Dapatkan eBook kami yang berjudul "PANDUAN LENGKAP KURANGKAN 4KG DALAM 1 BULAN" Kesalahan Ketiga : Terlalu banyak diet bendalir Jumlah kalori dari minuman seperti kopi, teh, jus buah-buahan, air berkarbonat dan alkohol sebenarnya tinggi dan menjadi penyebab kepada pertambahan berat badan. Sesetengah dari kita suka beranggapan bahawa, jika minum minuman seperti yang disebut di atas dengan banyak akan menjadikan diri kita kenyang dan penuh. Hakikatnya, minuman tersebut hanyalah ubat penghilang dahaga. Mengamalkan meminum air masak, susu skim atau jus perahan buah-buahan adalah lebih baik. Kesalahan Keempat : Saiz hidangan yang keterlaluan Ramai di antara kita yang suka menikmati hidangan di restoran. Restoran yang terdapat di Malaysia lazimnya suka menghidangkan makanan dalam saiz yang banyak. Kesilapan besar yang berlaku di sini ialah apabila anda di rumah pula, anda cenderung untuk memasak dan menghidangkan saiz hidangan sama seperti yang anda nikmati di restoran. Bagi anda itu normal, namun sebaliknya anda merancang kenaikan berat badan anda. Beberapa helah untuk anda supaya anda mampu mengawal diri anda apabila berhadapan dengan sepinggan hidangan yang amat menyelerakan. 1. Ambil makanan yang anda ingin makan sahaja dengan jumlah yang sederhana. 2. Gunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil. 3. Amalkan menyukat makanan anda 4. Lebihkan sayuran kerana sayuran mampu membuat anda merasa kenyang. Kesalahan Kelima : Gemar memilih Add-Ons yang kurang sihat Pastinya anda semua gemar memakan makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut, dan pelbagai lagi. Add-onssentiasa ditawarkan bagi memenuhi kehendak pelanggan terutama rakyat Malaysia yang suka memesan menu tambahan di restoran. Anda mungkin memesan menu tambahan yang mempunyai jumlah kalori yang tinggi berbanding pesanan menu utama anda, seperti kentang goreng, keju tambahan di atas pizza anda, garam serta gula berlebihan. Anda perlu tahu apa yang sesuai dan perlu anda ambil dalam sehari dan sedikit berpengetahuan dalam mengawal pemgambilan makanan anda. Anda boleh pelajarinya dari eBook kami yang berjudul "PANDUAN LENGKAP KURANGKAN 4KG DALAM 1 BULAN". Kesalahan Keenam : Makan tanpa henti

Mengalami syndrom "Makan tanpa henti" atau lebih dikenali sebagai Eating Amnesia. Eating Amnesia ialah perlakuan di mana anda cenderung untuk menyuapkan apa saja jenis makanan ke dalam mulut anda ketika anda sedang menonton, membaca atau berbual. Anda tidak mampu mengawal nafsu makan apabila anda cuba untuk menghabiskan makanan orang lain atau makanan lebihan anak-anak anda, kerana anda menjadikan tabiat "tidak suka membazir". Tidak membazir itu adalah satu amalan yang baik, tetapi jika tabiat ini disalahgunakan, anda akan sentiasa berada di dalam mode Eating Amnesia. Anda sepatutnya tidak mengisi pinggan anda atau pinggan anak-anak anda dengan makanan yang terlalu banyak yang akhirnya membuatkan anda sayang untuk membuang makanan lebihan tersebut dan memasukkan ke dalam mulut anda tanpa berikir kesannya. Di bawah, kami sertakan beberapa makanan sampingan yang anda ingat ianya bersaiz kecil atau sederhana, tetapi anda tidak sangka jumlah kalorinya agak mengerikan. 1. 1 Roti Twinkie - 150 kalori 2. 12 biji M&M's (berkacang) - 125 kalori 3. 28gram kentang goreng - 88 kalori 4. 1 biji setengah donut - 100 kalori 5. 3 keping biskut Oreo - 160 kalori Kesalahan - kesalahan yang telah diterangkan kedengaran biasa dan selalu kita abaikan. Tetapi kesannya pada kesihatan kita dan usaha kita untuk menurunkan berat badan adalah besar. Body Blast Fitness ingin sekali berpesan kepada anda di luar sana, jika anda ingin dan sedang berusaha untuk berdiet atau lebih tepat sekali untuk mengurangkan berat badan, pastikan anda tidak tergolong di dalam kumpulan yang naif tentang cara-cara menurunkan berat badan. Penurunan berat badan haruslah serasi dengan kadar kesihatan kita, supaya di akhirnya nanti, kita mendapat bentuk badan serta berat idaman dan mampu kelihatan sihat luar dan dalam. Untuk itu Body Blast Fitnessjuga ingin memberi peluang kepada anda untuk mempelajari teknik-teknik mengurangkan berat badan dengan selamat. Dapatkan eBook kami yang berjudul "PANDUAN LENGKAP KURANGKAN 4KG DALAM 1 BULAN" yang akan dipasarkan pada hujung July 2011 ini pada harga yang sangat sangat berpatutan. Terima kasih Admin, Body Blast Fitness 4u <photo id="1" /><photo id="2" /> <photo id="1" /><photo id="2" />

You might also like