You are on page 1of 1

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK DALAM UMUR 6-14 TAHUN Peringkat 1: 6-11 tahun Peringkat ini bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran

iran psikomotor yang sedia ada. Pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mecapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabilamereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 5 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik, menjahit, mengait dan lain-lain. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

Peringkat 2: 12-14 tahun Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian , saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau pecah suara. Tubuh badanya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan. Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki,namun tempoh pertumbuhan semasa mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

You might also like