You are on page 1of 6

Biola

Pengenalan Biola dari Barat. Fungsi Dimainkan untuk muzik hiburan diseluruh Malaysia. Digunakan untuk mengiringi nyanyian oleh pemain Gabbang dalam tarian `Dating-Dating' di Sabah. Cara Bermain Tali digesek dengan pengeseknya Lain-lain Gambar

Erh-Hu

Pengenalan Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara Bermain Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello. Lain-lain Gambar

Gambus

Pengenalan Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Fungsi Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Cara Bermain Dipetik bagaimana cara bermain guitar. Lain-lain Gambar

Pipa

Pengenalan Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Talitali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Fungsi Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik. Lain-lain Gambar

Sapeh

Bunyi Alat Muzik Pengenalan Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Fungsi Alat ini

popular

di

kalangan

kaum

Kenyah

dan

Kelabit

di

Sarawak.

Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya. Lain-lain Gambar

You might also like