You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN ANAK PADA PERINGKAT USIA DARI 2 HINGGA 5 TAHUN.

Didalam merancang tarbiyah anak-anak satu perkara yang snagat penting adalah kesesuaian bahan tarbiyah dan metod perlaksanaannya denganperingkat perkembangan anak-anak. Beberapa aspek penting dalam pentarbiyahan anak adalah:* * * * * * AQLIYAH RUHIYYAH JISMIYAH ( FIZIKAL) KEMASYARAKATAN KOGNITIF POTENSI

Perkembangan anak-anak adalah suatu proses yang kompleks dan saling kait mengait antara satu aspek dengan aspek yang lain. Dalam perancangan dan perlaksanaan tarbiyah anak-anak ini , setiapa aktiviti perlu menjurus kepada objektif yang telah digariskan. Secara ringkasnya setiap peringkat usia anak-anak mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan ini perlu diambil kira dalam perancangan dan perlaksanaan manhaj tarbiyah. 4.1 Batu tanda perkembangan anak-anak. Batu-batu tanda perkembangan (development milestones) kanak-kanak ini hanya satu panduan yang dipetik dari sumber-sumber barat ( yang digunakan juga oleh pakar-pakar pendidikan islam ) dalam membantu kita menyediakan aktiviti-aktiviti pendidikan kanak-kanak. Walau bagaimanapun perlulah diingati bahawa golongan pakar kanak-kanak dan pakar pendidikan tidak menganggap batu tanda perkembangan ini satu yang muktamat. Ianya tidak lebih dari panduan sahaja. Dari kajian yang telah dijalankan dapat dirumuskan bahwa kanak-kanak diperingkat usia 2 hingga 6 tahun sedang melalui satu peringkat perkembangan yang sangat aktif , walaupun perkembangan fizikalnya adalah pada kadar perlahan berbanding dengan semasa bayi. Diperingkat usia 2 hingga 5 tahun ini jugalah peringkat pendidikan anak yang paling kritis. Ini adalah kerana kepastian berjaya atau gagalnya sianak dlam kehidupan ini , juga keberanian atau pengecutnya, kuat atau lemahnya , adalah bergantung kepada peringkat usia ini. (Al Qahtani, m.s 26). Anak-anak diperingkat ini boleh bertutur dengan ayat-ayat yang tidak putus-putus tetapi mereka mampu memberikan tumpuan penuh sekiranya disampaikan kepada mereka cerita-cerita yang menarik. Anak-anak diperingkat ini juga boleh dikatakan boleh menguruskan diri mereka sendiri dalam beberapa hal tetapi mereka masih memerlukan bantuan dan layanan. Misalnya , mereka menghadapi masalah untuk mengikat tali kasut atau memegang pensil dengan betul. Merka juga tidak dapat memberikan tumpuan (konsentrasi) dalam satu-satu aktiviti.

4.1.1 Perkembangan fizikal Bermula dari usia dua tahun , seorang kanak-kanak akan melalui proses pembesaran yang perlahan berbanding dengan peringkat sebelumnya. Kajian telah menunjukkan bahwa otak kanak-kanak berusia dua tahun telah menjangkau 55% saiz otak orang dewasa. Pada usia 6 tahun otaknya telah membesar kesaiz melebihi 90% saiz otak orang dewasa. Perkembangan motor juga adalah sangat ketara diperingkat usia 2 tahun hingga 6 tahun ini. Perkembangan motor ini meliputi kedua-dua jenis motor iaitu motor kasar yang melibatkan perkembangan otot-otot yang besar yang digunakan untuk berlari, melompat dan memanjat dan juga motor halus yang terkait dengan kemampuan melukis dan mengikat simpulan. Perkembangn ini banyak bergantung kepada kematangan fizikal otak dan system jasad dan juga kemahiran yang terbentuk melalui ransangan dan latihan. Perkembangan motor halus bukan setakat kemahiran menggunakan tangan dan jari jemari untuk memanipulasi objek tapi melibatkan juga koordinasi mata dan tangan. Kawalan motor halus adalah keupayaan menggabungkan penggunaan tangan dan mata dalam gerakan-gerakan yang cekap serta jitu. Koordinasi ini membolehkan kanak-kanak menguasai beberapa kemahiran asas termasuklah menulis, melukis dan memanipulasi objek-objek kecil. Oleh itu peringkat Pra sekolah (usia 3 hingga 5 tahun ) merupakan peringkata mengembangkan beberapa kemahiran manipulasi dan kemahiran ini adalah sangat penting sewaktu memasuki alam persekolahan kelak.

http://meriamderaman.tripod.com

You might also like