You are on page 1of 4

7.

0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

7.1 Jawatan Kuasa Kerja

Pengelola & Pemantau AJK Kawalan Peserta

: Teoh Ping Yang : Khor Cheng Kee Teoh Ping Yang

AJK Keselamatan AJK Peralatan

: Chien Li Ling : Chien Li Ling Law Chii Chin

AJK Menjaga Masa AJK Mencatat Markah

: Lee Siu Fong : Lee Siu Fong

7.2 Senarai nama peserta ( Rujuk lampiran 1)

Pasukan A Chan Chit Heng Chu Yi Ying Fung Kheng Hong Hong Jing Wei Tay Hui Ting

Pasukan B Ang Wei Kai Din Siaw Jzin Keah Yen Fang Tan Bee Kiang Yew Shi Lu

7.3 Senarai semak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan permainan Sebelum pelaksanaan aktiviti permainan : I. Mengadakan oerbincangan dengan semua ahli kumpulan dan senaraikan tugasan setiap ahli kumpulan. II. Memastikan tapak permainan tidak digunakan oleh orang lain sebelum permainan kanak-kanak dijalankan. III. Memastikan tapak permainan dalam keadaan yang bersih dan selamat digunakan. IV. Semua peserta permainan dikehendaki bersiap sedia di venue permainan iaitu tapak gelanggang badminton sebelum pukul 7:30 pagi. V. Semua ahli peserta permainan berpakaian kemas dan bersesuaian untuk menjalankan permainan kanak-kanak. VI. Sebelum permainan dimulakan, semua peserta diminta menjalankan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan kecederaan semasa menjalankan aktiviti permainan kanak-kanak. VII. Gelanggang badminton sebagai tapak permainan disiap sediakan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan dalam permainan seperti skital dan sebagainya.

Semasa pelaksanaan aktiviti permainan: I. Semua peserta diminta memberi perhatian kepada penjelasan daripada pembimbing permainan supaya jelas dengan langkah-langkah

pelaksanaan, peraturan, dan langkah-langkah keselamatan. II. Pembimbing permainan haruslah memberikan taklimat yang ringkas dan mudah difahami kepada semua peserta. III. Pembimbing menjalankan demonstrasi di hadapan peserta supaya mereka lebih jelas dengan prosedur dan peraturan permainan. IV. Pembimbing permainan haruslah sentiasa memastikan bilangan ahli perserta adalah mencukupi untuk sesuatu kumpulan dalam permainan. V. Peserta diminta mengambil posisi masing-masing dan bersedia untuk memulakan permainan.

VI.

AJK keselamatan akan memastikan permainan dijalankan dalam keadaan yang selamat.

VII. VIII.

AJK pencatat markah dikehendaki bersikap adil. AJK kawalan peserta mesti berada di kawasan permainan sepanjang permainan kanak-kanak berlangsung.

Selepas pelaksanaan aktiviti permainan I. Mengemas kawasan gelanggang badminton dan memastikan gelanggang badminton berada dalam keadaan yang bersih. II. Meyimpan semua alatan yang telah digunakan ke tempat asal peletakkan alatan-alatan tersebut. III. IV. Peserta dikumpulkan semula untuk pengumuman pemenang. Setiap peserta dipastikan berada dalam keadaan yang selamat dan tiada yang tercedera semasa permainan berlangsung. V. Mengadakan sesi refleksi bersama-sama dengan ahli kumpulan selepas permainan ditamatkan.

7.4 Senarai Peralatan Alatan yang diperlukan untuk aktiviti permainan: 1) Wisel 2) Kertas pelekat 3) Bola gimnastik 4) Skital 5) Bib 6) Kertas label 7) Jadual permarkahan

Gambar Rajah senarai peralatan

Wisel

Kertas pelekat

Bola gimnastik

Skital

Bib

Kertas label

Jadual permarkahan

You might also like