You are on page 1of 4

Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan (Bahas) Posted on 14 Mac, 2009 by admin Terima kasih

Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Saya sebagai pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Para hadirin sekalian, Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada kebaikan. Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajarpelajar pusat pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi. Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat

pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan. Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan sampingan. Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain. Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Sekian sahaja, terima kasih.

Keburukan Penggunaan Internet Dewasa ini, komputer telah menjadi salah satu daripada alat telekomunikasi yang terpenting dalam kehidupan kita.Internet juga adalahsatu cabang daripada penggunaan komputer.Hasil ciptaan sains danteknologi ini mendatangkan kebaikan kepada semua lapisan masyarakatyang tahu memanfaatkannya.Namun begitu, penggunaan Internet juga bolehmendatangkan keburukan kerana ia dapat merenggangkan hubungankekeluargaanPenggunaan Internet ini akan membuatkan seseorang itu leka dan lalaidalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang lain. Sebagai contoh,ketika kita sedang melayari Internet, sudah tentu kita akan menumpukansepenuh perhatian dan tidak mahu diganggu oleh orang lain dan jika kitadiganggu, ini pasti mengundang kemarahan. Hal ini menunjukkan tanda-tanda awal kerengganga hubungan kekeluargaan akan berlaku. Di sampingitu, kita juga akan terperap di dalam bilik kerana begitu asyik dengan Internet.Jika ibu bapa kita memanggil untuk makan atau melakukan sesuatu kerjamisalnya, semestinya kita menolak dan seterusnya mengansingkan diridaripada ahli-ahli keluarga yang lain. Persefahaman dan kebahagian yangtelah dipupuk dahulu akan akan terhapus sama sekali.Selain itu bagi mereka yang gemar ke kafe-kafe atau ke pusat Internetkerana ketiadaan Internet di rumah pasti akan keluar dan meninggalkankeluarga mereka sendirian. Kadangkala ada juga golongan sebegini yangpulang sehingga lewat malam. Jadi bilakah ketikanya mereka akanmeluangkan masa untuk bersama keluarga? Lebih malang lagi apabilagolongan ini terusa memarahi ibu bapa yang memberi nasihat keranaberpendapat ibu bapa tidak memahami jiwa mereka.Tidak ketinggalan juga, sekiranya mereka terlalu lama berada di kafeInternet, sudah tentu mereka tidak tahu apa yang terjadi di rumah. Dimanakah keluarga akan mencari mereka jika ditimpa kecelakaan atau berlakusesuatuyang tidak baik? Tidakkah ini menyusahkan banyak pihak? Remajakhususnya haruslah mengenal pasti antara perkara yang baik dan buruk.Sebagai contoh, jika seseorang itu ditangkap kerana melayari laman webpornografi. Hal ini akan memalukan keluarga dan kepercayaan keluargaterhadap mereka akan luntur.Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa penggunaan Internet jikadisalahgunakan akan mendatangkan keburukan daripada keburukan.Semuanya sudah jelas terbukti apabila terdapat ramai remaja yangbermasalah terlibat dalam penyalahgunaan Internet pada masa kini. Merekasemua menggunakan Internet tanpa tujuan atau niat yang baik. Apa yangmereka lakukan adalah tidak berfaedah dan tidak menguntungkan.Kecermelangan akademik para pelajar kita juga merosot sejak akhirakhir ini. Pengunaan Internet adalah salah satu daripada puncanya. Oleh itupihak yang terlibat haruslah mengambil langkah-langkah yang jitu bagi menangani perkara sebegini. Penyalahgunaan Internet tidak boleh dibiarkansama sekali terutamanya jika ada pelajar yang terlibat.Sebenarnya langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasimasalah ini adalah seperti mengadakan kempen-kempen tentang kebaikanpenggunaan Internet. Ibu bapa juga harus turut serta dalam menanganimaslah ini. Oleh itu, kita berharap agar penggunaan Internet tidak akanmerenggakan hubungan kekeluargaan tetapi mengeratkan lagi hubungan itu.

You might also like