You are on page 1of 9

Tips-tips Membuat Roti

http://www.jintanmanis.com

E-book ini diberikan secara PERCUMA dan anda dialu-alukan menyebarkan semula e-book ini secara PERCUMA tanpa memohon kebenaran dari penulis.

Dilarang menyebarkan e-book ini secara berbayar, mengubah, menyunting, menerbitkan semula tanpa kebenaran dari pemilik blog Bukan Sekadar Masakan @ jintanmanis.com

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah, suhunya lebih kurang 30darjah. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus, sebab dari pengalaman, kononnya nak jimat, bila buat apa pun jenis roti semua tidak menjadi, walaupun doh tu sudah habis lembut dan elastik.

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh dibetulkan, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tidak boleh lebih, sebab kandungan garam dalam dua bahan-bahan ini akan mematikan yis. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau yakin boleh terus letak yis kering dalam adunan.

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur semua bahan, tapi kalau ada penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu. Uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.

Tips seterusnya amat berguna bagi yang menguli tangan, seperti yang pernah dikongsi sebelum ni di dalam resepi roti, cara ini amat berkesan dan telah dicuba berulang kali, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mana yang anda suka, tapi ros buat lebih kurang 5-10 minit sahaja, lepas tu keluarkan dari plastik dan uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.
Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah apabila doh ditekan dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suka dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar. Setelah dibentuk kena perap lagi, berhati-hati supaya jangan terlebih perap, nanti liang-liang roti jadi besar dan roti tidak akan gebu. Masa perap ni, paling lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit, ataupun bila dah naik dua kali ganda, terus boleh bakar.

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Sebelum bakar, kena gliss dulu kan, untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nanti rosak permukaan doh tu, pastikan bila nak bakar sahaja baru gliss.

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

Tips-tips membuat roti

Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi suhu yang selalu digunakan - 180darjah, bila nampak doh dah perang di permukaan nya, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betulbetul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.

Hak Cipta Bukan Sekadar Masakan jintanmanis.com

You might also like