You are on page 1of 14

1.0 Pengenalan Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran bertutur yang baik boleh membantu seseorang itu menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan seseorang penutur yang baik lebih berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan bertutur yang baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Komputer merupakan peralatan canggih yang terkini yang dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami sesuatu perkara. Penggunaan komputer yang mengandungi pelbagai perisian pendidikan, e-learning, teknologi pendidikan berasaskan komputer atau pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah teknologi yang mampu meningkatkan peluang pendidikan kepada ramai pelajar. Menurut Lynch et al. (2000), pembelajaran berbantukan komputer ialah komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran di mana ia membawa banyak manfaat kepada pelajar antaranya mempercepatkan proses pembelajaran, dapat meningkatkan daya ingatan, berinteraksi dengan komputer secara aktif, fleksibiliti dalam pembelajaran; pelajar yang menentukan cara menggunakan bahan PBK, serta pelajar dapat belajar secara kendiri. Terdapat juga kajian yang mengatakan penggunaan teknologi multimedia dapat meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan selfesteem dan meningkatkan pencapaian pelajar (Xiaoming Li & Atkins 2004). Menurut Matnor Daim (1997) pula, perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran yang menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Banyak kajian-kajian pembelajaran berasaskan komputer, multimedia dan internet banyak memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran (Taylor, 1980) (http://www.scribd.com/doc/16660458/Kelebihan-dan-kelemahanpenggunaan-sumber-dan-perkhidmatan-internet-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran).

2.0 Kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks yang merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi iaitu intonasi, tekanan sebutan dan jeda, serat turut menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan. Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental iaitu memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan. Hal ini dapat dibuktikan melalui yang menunjukkan bahawa untuk bertutur dengan baik seseorang itu perlu mempunyai skemata.

Rajah 1: Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51) 3.0 Konsep Pertuturan Kemahiran bertutur yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak sama dengan pembelajaran tentang penghasilan ujaran. Penghasilan ujaran merupakan bidang kajian fonetik dan fonologi iaitu kajian yang menghuraikan cara alat artikulasi manusia sepeti lidah, bibir, lelangit, gigi dan lain-lain berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Sebaliknya, bertutur ialah kegiatan melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Kesimpulannya, bertutur merupakan proses yang berkaitan dengan penghasilan dan persepsi bunyi yang dilafazkan secara lisan. Konsep kemahiran bertutur di sekolah pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan (Siti Hajar Abdul Azizi,2009:127). Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Contohnya, bunyi /k/a/m/i/ yang digabungkan menghasilkan bunyi [kami]. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa yang berlaku di peringkat produksi. Proses bertutur bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model- model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan (http://www.scribd.com/doc/24984776/KEMAHIRAN-BERTUTUR). Pertuturan berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik tentang apa yang didengarinya. Seseorang individu itu juga dikatakan banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur juga dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

4.0 Aspek-aspek pertuturan Aspek pertuturan merujuk kepada elemen-elemen yang terlibat semasa proses bertutur. Aspek pertuturan dapat dibahagikankepada dua bahagian iaitu aspek linguistik dan aspek bukan linguistik. Aspek pertuturan linguistik merangkumi sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada serta tempo manakala aspek bukan linguistik pula merangkumi kelancaran, kefasihan, pergerakan tubuh dan isyarat. 4.1 Sebutan Sebutan bermaksud murid melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna. Murid yang bertutur (penutur) yang dapat menyebut secara tepat dan jelas lebih mudah difahami oleh pendengar berbanding penutur yang mempunyai masalah sebutan. Oleh sebab itu, murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat sejak dari peringkat sekolah rendah lagi. Murid diajar menyebut dan membunyikan suku katadan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek sebutan sangat penting bagi penutur kerana terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai kaedah sebutan dan makna yang berlainan, contohnya semak yang boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ serta beberapa perkataan yang lain. 4.2 Tekanan Aspek tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan (Siti Hajar Abdul Azizi,2009:131). Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan itu. 4.3 Mora Aspek yang ketiga yang terlibat dalam pertuturan ialah mora atau panjang-pendek kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya adalah sama dengan harakat yang disebut dalam bahasa Arab. Penggunaan mora dalam bahasa Melayu tidak begitu ketara dalam kerana tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. 4.4 Jeda Jeda atau persendian merujuk kepada aspek persendian iaitu memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Penggunaan jeda dalam ayat digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika aspek ini digunakan. 4.5 Intonasi Aspek intonasi pula merujuk kepada keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa sesuatu ayat itu dilafazkan. Intonasi dalam ayat boleh menaik, menurun atau mendatar mengikut jenis ayat. Perbezaan intonasi dalam ayat boleh menentukan jenis ayat sama ada ayat yang diujarkan berbentuk pernyataan, pertanyaan, permintaan, seruan dan sebagainya. 4.6 Nada Aspek nada pula merujuk kepada keadaan bunyi suara yang menaik atau menurun semasa sesuatu perkataan itu diujarkan. Nada suara memainkan peranan yang penting dalam bidang muzik manakala dalam bidang pengajian dan pembelajaran bahasa Melayu, penggunaan tidak begitu ketara.
3

4.7 Kelancaran Kelancaran merupakan aspek bukan linguistik yang pertama yang merujuk kepada keupayaan murid untuk bertutur dengan kemas dan teratur yang bermaksud semasa murid bertutur, mereka tidak menghadapi masalah untuk mengujarkan sesuatu. Aspek ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid. Bagi membolehkan murid mempunyai kelancaran dalam pertuturan, sebagai seorang banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti bersyarah, berpidato dan berbahas dalam kelas. 4.8 Kefasihan Aspek kefasihan merujuk kepada keupayaan murid bertutur dengsn petah dan lancar iaitu semasa bertutur mereka dapat melafazkan ujaran tersebut secara tepat dan lancar seperti seorang penutur natif serta boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan tepat. Bagi membolehkan murid fasih dalam sesuatu bahasa, guru perlu menggalakkan murid untuk menggunakan bahasa tersebut semasa berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain menggalakkan murid supaya berinteraksi antara satu sama lain, guru juga boleh menggalakkan murid menyebut sesuatu perkataan, aktiviti menyebut dan membaca teks secara kuat perlu dilakukan supaya murid semakin fasih. 4.9 Pergerakan tubuh Pergerakan tubuh atau juga disebut sebagai bahasa tubuh bermaksud komunikasi yang berlaku tanpa menggunakan bunyi-bunyi bahasa sebaliknya menggunakan pergerakan tertentu untuk maksud tersebut. Contoh pergerakan tubuh adalah seperti memeluk tubuh, pandangan mata, gerakan tangan dan sebagainya. Bahasa tubuh kurang diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana bahasa tubuh sukar untuk diinterprestasikan dan bukan semua bahasa tubuh tersebut menyatakan maksud yang sama kepada orang lain. 4.10 Bahasa isyarat Bahasa isyarat merupakan bahasa yang menggunakan pergerakan tangan dan bibir bagi menyampaikan mesej penutur kepada pendengar. Bahasa isyarat termasuklah kombinasi pola gerakan jejari, tangan, badan serta ekspresi muka bagi menyampaikan idea penutur. Bahasa isyarat lebih diterima umum kerana bahasa isyarat lebih bersistem dan boleh dipelajari oleh semua orang. Berikut merupakan contoh-contoh bahasa isyarat yang boleh dipelajari:

Rajah 2 : Pertuturan Kiu Bahasa Melayu Walau bagaimanapun, bahasa isyarat berbeza daripada bahasa verbal kerana penutur tidak melafazkan ujaran sebaliknya menggunakan pola gerakan tangan dan ekpresi muka. Kebiasaanya, individu yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan akan diajar bertutur dengan menggunakan bahasa isyarat. Hal ini secara tidak langsung membolehkan individu ini berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain. 5.0 Peringkat kemahiran bertutur Kemahiran bertutur perlu dikuasai oleh semua murid kerana bertutur merupakan asas penting kepada semua aktiviti pembelajaran mereka di sekolah. Aktiviti bertutur juga memberi peluang kepada dan dorongan kepada murid untuk bertutur tanpa sebarang masalah dan halangan. Peringkat kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. 5.1 Peringkat awal Antara aktiviti kemahiran bertutur peringkat awal yang dapat dijalankan di dalam bilik darjah adalah seperti berikut: a) Membunyikan perkataan yang didengar. b) Melafazkan pengucapan bertatasusila dengan menggunakan nada suara dan intonasi yang betul. c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat. d) Memberikan arahan. e) Menjawab soalan mudah. f) Bercerita berdasarkan pengalaman. g) Menyatakan perasaan, pemerhatian dan fikiran. h) Bertutur secara jelas dan dapat difahami oleh pendengar. i) Menggunakan kosa kata baharu untuk menceritakan perasaan, pemikiran, pengalaman, dan pemerhatian. j) Bertutur secara ekspresif menggunakan nada suara yang berbeza-beza. k) Menggunakan bahasa deskriptif untuk menerangkan sesuatu seperti bentuk, rupa, benda dan keadaan.
5

l) Bercerita berdasarkan pengalaman sendiri. m) Mematuhi peraturan bertutur seperti mengambil giliran dan memberikan pendapat semasa bertutur sesama rakan. 5.2 Peringkat pertengahan Antara aktiviti kemahiran bertutur bagi peringkat pertengahan yang boleh dilakukan adalah: a) Mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan seperti menyampaikan idea dan pengalaman peribadi yang berkaitan dengan topik. b) Bertanya dan memberikan respons pada soalan, contohnya tentang makna perkataan. c) Mematuhi peraturan bertutur dan perbincangan kumpulan seperti berfokus kepada tajuk, mengangkat tangan jika hendak bercakap dan meberikan perhatian kepada penutur. d) Menggunakan nada suara yang pelbagai dan intonasi yang berbeza bagi menggambarkan situasi yang berbeza dan bentuk ayat yang berbeza. e) Menggunakan kosa kata yang bersesuaian dalam pertuturan, contohnya kosa kata untuk menggambarkan orang, benda, tempat, lokasi dan perbuatan dan menggunakan antonim, sinonim, homonim dan perkataan perbandingan. f) Memberikan arahan lisan yang mudah. g) Menceritakan semula cerita yang biasa didengar seperti cerita binatang, cerita teladan dan cerita para nabi. h) Bertindak balas dan memberikan respons kepada soalan atau komen contohnya seperti memberikan sebab untuk menyokong pendapat. i) Menggunakan gaya bertutur yang tertentu bagi menjelaskan idea utama seperti menyatakan idea mengikut urutan dan menggunakan kosa kata yang spesifik. j) Membuat persembahan secara lisan di dalam kelas. k) Menggunakan pelbagai kemahiran komunikasi verbal seperti nada, intonasi dan tekanan. 5.3 Peringkat maju Antara aktiviti kemahiran bertutur bagi peringkat maju yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah adalah seperti berikut: a) Memainkan peranan yang aktif dalam perbincangan kumpulan. b) Bertanyakan soalan bagi mendapatkan keterangan lanjut dan penjelasan idea. c) Menggunakan pelbagai aras kosa kata dan laras bahasa dalam pertuturan. d) Menggunakan teknik komunikasi verbal yang teratur bagi pembentangan hasil perbincangan seperti penggunaan pemilihan kata, tatabahasa, nada, kelantangan dan tekanan. e) Bertanyakan soalan untuk percambahan fikiran dalam perbincangan kumpulan. f) Membuat persembahan lisan secara formal di dalam kelas contohnya menyatakan definisi, menjelaskan idea utama dan memberikan contoh. g) Memberikan respons kepada soalan dan maklum balas kepada bahan pembentangan contohnya seperti mempertahankan pendapat dan memberikan hujah. (Siti Hajar Abdul Azizi,2009:136)

6.0 Pendekatan pengajaran Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaj iaitu pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Hal ini demikian kerana, kedua-dua jenis pendekatan ini berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 6.1 Pendekatan situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan ileh Mackey (1965) menyatakan bahawa pernyataan lisan merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan juga meliputi aspek pemilihan kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar makna-makna yang betul mengenainya. Pendekatan situasi juga adalah berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan terutamanya bertutur, beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu seperti kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan serta struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melalui aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, pendekatan situasi seharusnya berlandaskan prinsip pengajaran berikut: a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu akan diulangi semula oleh murid. b) Murid juga seharusnya berlatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. c) Guru perlulah memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya guru dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. d) Pengajaran bertutur juga perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur diajarkan pada peringkat lanjutan iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal iini demikian kerana, murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah yang menyebabkannya berasa sukar untuk memperbaiki bahasa mereka. e) Penggunaan pita rakaman juga dapat membantu guru-guru melatih tubi muridmurid dalam latihan bertutur. f) Kelazimannya proses bertutur dalam sesuatu bahasa adalah berbeza. Oleh sebab itu, apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar iaitu melalui aktiviti latih tubi dengan menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa baru yang betul yang telah dipelajari oleh mereka. g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan menggangu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh sebab itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutansebutan yang betul 6.2 Pendekatan komunikatif Walau bagaimanapun, Walkins (1975) berpendapat, murid mengalami kesukaran untuk memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada
7

penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya akan menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rasionalnya guru melakukan hal ini adalah disebabkan gur ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman atau skemata murid berdasarkan situasi sentiasa berlaku dalam kehidupan sehariannya. Jika semua penghasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran seperti dikawal oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirias. Hal ini bermakna murid tidak mampu untuk memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk diaplikasikan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenar dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, pendekatan komunikatif diwujudkan untuk cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menganggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Hal ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Bagi memastikan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Hal ini demikian kerana, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengaajran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengan itu, guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur. Hal ini secara tidak langsung membolehkan murid menggunakan pelbagai strategi komunikasi yang bersesuaian dengan situasi. 6.2.1 Aplikasi pendekatan komunikatif berasaskan komputer Guru menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan Microsoft Power Point iaitu kesemua abjad dipaparkan dalam bentuk slide show. Situasi yang dipilih oleh guru ialah menyuruh murid menyebut dialog yang dipaparkan di slide show yang memaparkan keadaan di pejabat pos. Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : Pak cik? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
8

baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum. Rajah 3: Dialog Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur bunyi-bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. 7.0 Kaedah pengajaran Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh dilakukan untuk mengajar kemahiran bertutur berdasarkan pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. 7.1 Kaedah terus Kaedah terus mempunyai andaian iaitu murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri iaitu: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) jika murid gagal juga untuk memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. 7.1.1 Aplikasi kaedah terus berasaskan komputer Berdasarkan ciri-ciri kaedah terus, guru menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan Microsoft Power Point iaitu memasukkan audio dalam slide show dan mengarahkan murid mendengar satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang gramatis. Selepas itu, murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Guru akan mengulang audio sebagai teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan. Selepas itu, guru mengarahkan murid menyebut kembali perbualan yang telah didengarinya agar guru boleh membaiki sebutan dan intonasi murid. Kaedah ini akan dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan di luar bilik darjah. 7.2 Kaedah fonetik atau kaedah linguistik Kaedah ini mempunyai persamaan dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya berbanding hukum-hukum bahasa. Oleh sebab itu, guru perlu
9

memastikan murid telah menguasai unsur-unsur bahasa sebelum mengajar dengan menggunakan kaedah ini. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan. 7.2.1 Aplikasi kaedah terus berasaskan komputer Guru menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan Microsoft Power Point iaitu memaparkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama tetapi bahasa berbeza dalam slide show. Selepas itu, guru mengarahkan murid menyebut perkataanperkataan yang dipaparkan. Slide show ditunjuk berulang kali supaya murid faham dan mengingat perbezaan bahasa dan ejaan bagi perkataan tersebut. Contoh perbandingan adalah seperti berikut: BAHASA MELAYU Kopi Sekolah Radio Basikal Biskut BAHASA INGGERIS Coffee School Radio Bicycle Biscuit

Rajah 4: Perbandingan sebutan bahasa Selepas itu, guru mengarahkan murid menyebut kembali perkataan-perkataan yang dipaparkan supaya guru dapat membaiki sebuatan yang betul bagi perkataan tersebut. 7.3 Kaedah audio-lingual Kaedah ini menggunakan alat-alat rakaman yang bertujuan memudahkan murid untuk menjalankan latihan bahasa terutama latihan bertutur secara intensif. Kaedah ini mempunyai prinsipnya tersendiri iaitu bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan, bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman, murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa, bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif dan bahasa adalah berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga mempunyai anggapannya tersendiri iaitu pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. 7.3.1 Aplikasi kaedah audio-lingual berasaskan komputer Bagi memastikan kaedah ini berkesan, guru perlu menyediakan rakaman audio bahasa Melayu tinggi bagi membantu murid menguasai bahasa Melayu dengan baik. Selepas itu, murid diarahkan untuk mendengar dialog tersebut dan mereka diarahkan untuk meniru dan menghafal dialog tersebut. Setelah murid berjaya menguasai sebutan, murid akan dilatih tubi untuk berdialog dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi. Selepas itu, guru akan memberi rumus atau peraturan struktur ayat yang telah dipelajarinya itu.

10

7.4 Kaedah komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Kaedah ini mempunyai enam prinsip pengajaran iaitu: a) Murid-murid memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. b) Murid-murid menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana. d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. 8.0 Teknik pengajaran Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara teknik yang lain ialah latih tubi, bercerita, bersoal jawab, perbualan / dialog/ wawancara, perbincangan, berbahas/ debat, main peranan dan simulasi, sumbang saran, drama atau lakonan, melapor berita, permainan bahasa, pengajaran puisi, penyelesaian masalah, tunjuk cara. 8.1 Aplikasi teknik pengajaran berasaskan komputer Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, guru boleh menggunakan salah satu teknik di atas contohnya, melapor berita. Guru menyediakan rakaman video laporan berita yang disampaikan oleh pembaca berita berserta teks yang telah ditaip diatas skrin. Selepas itu, guru mengarahkan murid menonton rakaman video yang disediakan serta menyuruh murid memerhati cara sebutan dan
11

intonasi yang telah digunakan oleh pembaca berita tersebut. Selepas itu, arahkan murid untuk lakonkan semula cara untuk melapor berita seperti dalam rakaman video. Jika murid gagal melakonkan semula, guru boleh menyiarkan semula rakaman tersebut sehingga murid berjaya melakonkannya. 9.0 Aktiviti Pengajaran 9.1 Latih tubi sebutan Latih tubi sebutan dilakukan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafal oleh murid. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih muridmurid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. 9.1.1 Aplikasi teknik pengajaran berasaskan komputer 9.1.1.1 Latih tubi Guru menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan Microsoft Power Point iaitu latih tubi yang mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Contohnya, kelemahan menyebut fonem /p/ yang dipaparkan dalam bentuk slide show. Meskipun teknik ini mengambil masa yang agak panjang tetapi guru boleh melakukannya secara berperingkat. Guru mengarahkan murid menyebut ayat-ayat yang dipaparkan dalam slide show. Pada permulaannya pengajaran, guru akan mengarahkan murid supaya menyebut ayat tersebut secara perlahan-lahan dan lamakelamaan menjadi semakin cepat. Contohnya: Contoh 1: Pandang pandan tepi pagar depan padang. Contoh 2: Bola. Ali menendang bola. Ali menendang bola di padang. Daki laki tari lari malu balu Bola. Ali menendang bola. Ali . Bagi contoh 2, guru perlu menyebutnya terlebih dahulu dan dikuti oleh murid. 9.1.1.2 Nyanyian Guru menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan Microsoft Power Point iaitu lirik lagu. Lirik lagu juga boleh membantu murid untuk menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi juga memerlukan penyebutan bunyi-bunyi yang betul, mengikut rentak dan nada tertentu. Lirik lagu akan dipaparkan dalam bentuk slide show sera diringi muzik yang secara tidak langsung dapat menarik minat murid. Guru mengarahkan murid menyebut lirik lagu yang dipaparkan dalam slide show. Contoh lirik lagu: Keranamu Malaysia Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah
12

Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam cyber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu myawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara ( ulang dari mula ) Keranamu Negara Malaysia Malaysia... Terima kasih Malaysia ! (http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/KeranamuMalaysia.html) 9.1.1.2 Latihan pandang dan sebut Guru menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan Microsoft Power Point iaitu paparan gambar. Gambar-gambar juga boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Guru melakukan latih tubi bertutur dengan cara memaparkan gambar-gambar. Selepas memaparkan gambar, guru meminta pendapat murid mengenai gambar tersebut dan mengarahkan murid membina ayat berdasarkan gambar tersebut. Contohnya:

13

Rajah 5 Antara contoh ayat yang boleh dibina ialah: i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.

10.0 Penutup Secara kesimpulannya, komputer memainkan pelbagai peranan tidak hanya sebagai alat elektronik untuk mengakses maklumat daripada laman sesawang. Penggunaan komputer juga dapat menggalakkan keseronokan belajar dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan motivasi pelajar melalui penggunaan ilustrasi dan animasi yang boleh melengkapkan minda murid mengenai sesuatu perkara. Penggunaan pelbagai ilustrasi juga secara tidak langsung membantu murid memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bertutur merupakan asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid kerana kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran bertutur yang baik juga boleh membantu seseorang itu menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Oleh itu, tugas guru untuk mendidik murid untuk menguasai kemahiran ini adalah mencabar kerana untuk menguasai kemahiran bertutur bukanlah merupakan satu perkara yang mudah. Pelbagai jenis pendekatan, kaedah serta teknik boleh digunakan oleh guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

14

You might also like