You are on page 1of 11

Aplikasi Teknik Latih Tubi Meningkatkan Kemahiran Mewarna Menggunakan Cat Air Murid-Murid Tahun 4 Teratai Sekolah Kebangsaan

Agama Sibu Affidatulakmar Binti Mohmud IPG Kampus Rajang Abstrak Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan mendapat penjelasan dan mengatasi masalah secara ilmiah berkaitan masalah penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air di kalangan murid-murid Tahun 4 Teratai Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang murid yang dikategorikan sebagai pelajar berpencapaian sederhana di Tahun 4 sekolah tersebut dan 4 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan, tahap penguasaan kemahiran cat air di kalangan murid-murid adalah lemah. Penyelidik mendapati permasalahan yang berlaku menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran menggunakan cat air tidak tercapai. Oleh itu, penyelidik telah merancang tindakan yang berfokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan cat air bagi murid-murid Tahun 4 Teratai. Teknik latih tubi diperkenalkan kepada murid-murid dan guru-guru bagi mengatasi masalah tersebut. Teknik latih tubi ini dijalankan terhadap responden selama setengah jam bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dapatan kajian mendapati teknik ini boleh membantu murid menguasai kemahiran menggunakan cat air dalam aktiviti catan.

Pengenalan Catan merupakan hasil seni yang melalui proses menyapu media basah iaitu cat air pada permukaan rata seperti kertas dengan menggunakan berus warna. Bagi menghasilkan catan yang menarik dan kemas, kemahiran asas dalam penggunaan cat air adalah penting. Kemahiran asas tersebut merujuk kepada kemahiran memegang berus warna, mencampurkan warna dan teknik catan yang digunakan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh murid supaya catan yang dihasilkan lebih kemas dan menarik. Oleh itu, guru perlu berusaha membantu murid-murid meningkatkan penguasaan kemahiran ini kerana ia dapat membantu murid menghasilkan catan yang kreatif dan kemas. Bagi mengatasi masalah murid-murid lemah menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air, penyelidik telah menggunakan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah tersebut.

Latar belakang Kurikulum Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang penting bagi perkembangan di dalam diri murid-murid iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Di dalam kajian ini, penyelidik lebih menumpukan kajian terhadap aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Dalam aspek ini murid-murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan

menggunakan cat air bagi menghasilkan satu catan yang menarik dan kemas. Proses ini akan memperkembangkan tahap penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaraskan konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting bagi memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Oleh itu, teknik pengajaran latih tubi digunakan sebagai intervensi kepada masalah yang timbul. Teknik latih merupakan suatu teknik satu teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta kelajuan suatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Hal ini kerana, teknik latih tubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan penguasaan murid dalam kemahiran mewarna menggunakan cat air. Teknik pengajaran dan pembelajaran latih tubi dapat memberi kesan yang baik kepada murid-murid. Antara implikasinya ialah dalam perkembangan kemahiran, latih tubi adalah perlu untuk membantu kemahiran dan teknik penguasaan. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang, akan membuatkan seseorang murid meningkatkan penguasaannya dalam penggunaan cat air dan menguasi teknik cat air yang betul.

Pernyataan Masalah Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan yang telah dilakukan, penyelidik ingin mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran asas mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan. Selain itu, penyelidik juga ingin menilai tahap keberkesanan teknik latih tubi yang digunakan untuk menyelesaikan permasalah yang timbul dan adakah selepas intervensi yang diberikan mampu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid tersebut.

Objektif Kajian Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bagi melihat perubahan prestasi murid selepas menjalani teknik latih tubi bagi meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid yang lemah. Antara objektif kajian ini ialah: i. Mengenalpasti sebab kemahiran mewarna menggunakan cat air lemah dalam kalangan murid tahun empat Teratai Sekolah Kebangsaan Agama Sibu. Menghuraikan tindakan latih tubi yang dijalankan dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran mewarna murid menggunakan cat air dalam aktiviti catan. Menganalisis tahap pencapaian penguasaan kemahiran murid mewarna dengan menggunakan cat air dalam aktiviti catan selepas menjalani latih tubi.

ii.

iii.

Soalan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan cara untuk menangani masalah menggunakan cat air dalam kalangan muridmurid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Agama, Sibu. Di antara persoalan yang ditimbulkan adalah seperti berikut: i. ii. Apakah punca yang menyebabkan murid-murid lemah penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan? Bagaimanakah teknik latih tubi dapat membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan? Berapakah peratusan tahap pencapaian kemahiran mewarna muridmurid menggunakan cat air dalam aktiviti catan selepas menjalani latih tubi? Rasional Kajian Kajian ini dibuat oleh penyelidik untuk membuktikan bahawa teknik latih tubi mewarna menggunakan cat air berkesan bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid. Hasil dapatan dan analisis yang dilakukan dapat menjawab kesemua persoalan kajian ini. selain itu, teknik latih tubi ini dapat mendisiplinkan murid-murid semasa menggunakan cat air dan menarik minat murid-murid terhadap cat air.

iii.

Definisi Istilah Cat Air Cat air medium lukisan yang menggunakan pigmen dengan pelarut air engan sifat transparan. Cat air digunakan dalam catan. Catan merupakan hasil seni yang melalui proses menyapu media basah iaitu cat air pada permukaan rata seperti kertas dengan menggunakan berus warna.

Teknik Latih Tubi Menurut Kamus Dewan (2007), latih tubi ditakrifkan sebagai ajaran, tunjuk ajar dan sebagainya yang diulang-ulang untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Menurut Siti Hayati (2009) dalam kajian Faktor Sosial Budaya Mempengaruhi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan Perlaksanaan Mengatasi Masalah, beliau telah menggunakan kaedah latih tubi bagi mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5. Beliau telah menggunakan kaedah pemerhatain, temubual dan senarai semak bagi mengumpul data kajian tersebut selama lapan minggu. Hasil daripada kajian beliau menyatakan

bahawa teknik latih tubi mampu mempengaruhi faktor sosial budaya yang mempengaruhi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Menurut Ezani (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya. Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Menurut Ee Ah Meng (1987), teknik latih tubi merupakan suatu teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta kelajuan sesuatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Menurut beliau, penggunaan latih tubi adalah berguna dalam pembelajaran psikomotor dan kognitif aras rendah.

Batasan Kajian Oleh kerana masa yang diperuntukan untuk mengumpul data kajian terbatas, maka kajian ini dibataskan kepada aktiviti catan sahaja dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Teratai di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu.

Tinjauan Literatur Menurut Chua (2006), tinjauan literatur didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperolehi maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Maklumat yang dirujuk daripada literatur termasuklah teori, reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan dapatan kajian. Kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid adalah bertitik tolak daripada konsep penguasaan psikomotor secara kasar mahupun psikomotor halus. Bagi kajian ini, tiga teori yang berkaitan dengan proses penguasaan psikomotor akan digunakan. Antara teori yang akan digunakan adalah teori perkembangan psikomotor, teori perkembangan kognitif dan teori pembelajaran. Menurut Nani dan Rohani (2006), perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Skema adalah bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat kelahiran lagi. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses yang penting iaitu adaptasi dan organisasi. Proses adaptasi melibatkan aktiviti penyerapan dan pengubahsuaian. Penyerapan akan belaku apabila seseorang menerima ransangan daripada mentafsir dan memproses mengikut pengalaman sedia ada. Penyerapan ialah satu proses di mana pengetahuan baru diserap oleh kanakkanak dan disimpan sebagai skema baru atau diserapkan dalam skema yang sedia ada. Organisasi ialah satu kecenderungan manusia menyusun konsep supaya menjadi lebih teratur, sistematik dan dapat digunakan semula. Dalam kaedah latih tubi, latihan yang diberikan kepada murid-murid akan digunakan atau diaplikasikan oleh mereka dalam menghasilkan suatu catan. Setiap siri latihan yang diberikan akan membantu murid membentuk kefahaman baru bagi menghasilkan catan yang kemas dan menarik.

Menurut Baharuddin (2002), behaviorisme berasaskan perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Teori ini menumpukan kepada corak tingkah laku yang berulang sehingga ia berlaku secara automatik. Pada tahun 1956, Benjamin Bloom telah membina klasifikasi dalam tingkah laku pemikiran yang penting dalam proses pembelajaran. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom yang bermula daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Di dalam teori pembelajaran behaviorisme, tingkahlaku diperkukuhkan secara positif akan berulang-ulang dan maklumat diberikan sedikit demi sedikit supaya respon boleh diperkukuhkan. Dengan itu, pengukuhan boleh digeneralisasikan dan menghasilkan perlaziman sekunder. Hal ini boleh disimpulkan bahawa, latih tubi yang diberikan kepada murid secara berperingkat akan mampu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan kerana latih tubi dijalankan secara berulang-ulang dan pelbagai teknik diajar kepada murid. Menurut Shahizan et.al (2006) menyatakan, konsep kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran berpusat pada tindakan fizikal. Seseorang bersedia melakukan tindakan apabila tubuhnya mencapai kematangan selaras dengan latihan yang diperlukan. Kesediaan ini termasuklah perkembangan fizikal dalam otot, tulang, anggota dan pengawalan penyelarasan pergerakan di seluruh badan. Menurut beliau juga, kemahiran psikomotor berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan afektif. Oleh yang demikian, bagi mencapai prestasi perkembangan psikomotor yang cemerlang, kanak-kanak perlu melalui latihan dan demonstarsi yang intensif kerana kemahiram mewarna menggunakan cat air bagi aktiviti catan boleh dipelajari. Menurut beliau juga, terdapat empat tahap penguasaan kemahiran. Tahap pertama ialah memerhati (perception). Selain itu, ada juga pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video. Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih (trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation) dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna. Menurut Kamus Dewan (2007), latih tubi ditakrifkan sebagai ajaran, tunjuk ajar dan sebagainya yang diulang-ulang untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Menurut Siti Hayati (2009) dalam kajian Faktor Sosial Budaya Mempengaruhi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan Perlaksanaan Mengatasi Masalah, beliau telah menggunakan kaedah latih tubi bagi mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5. Beliau telah menggunakan kaedah pemerhatain, temubual dan senarai semak bagi mengumpul data kajian tersebut selama lapan minggu. Hasil daripada kajian beliau menyatakan bahawa teknik latih tubi mampu mempengaruhi faktor sosial budaya yang mempengaruhi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Menurut Ezani (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya. Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Menurut Ee Ah Meng (1987), teknik latih tubi merupakan suatu teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga

pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta kelajuan sesuatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Menurut beliau, penggunaan latih tubi adalah berguna dalam pembelajaran psikomotor dan kognitif aras rendah.

Metodologi Kajian Rekabentuk Kajian Untuk memperolehi informasi dan data yang diperlukan, tiga kaedah kajian digunakan secara triangulasi iaitu soal selidik, temubual dan pemerhatian. Rekabentuk kajian eksperimental digunakan dalam kajian tindakan ini dengan melakukan perbandingan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan setelah kaedah penyelesaian masalah diberikan kepada responden kajian.

Sampel Responden bagi kajian ini ialah hanya satu kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu iaitu Tahun 4 Teratai. Semua murid di dalam kelas tersebut iaitu 20 orang murid dipilih menjadi responden kajian ini. Murid-murid tersebut terdiri daripada 11 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Selain itu, kajian ini juga melibatkan 4 orang guru yang pernah mengajar murid-murid tersebut mata pelajaran Pendidikan Seni Visual semasa mereka Tahun 1, 2 dan 3.

Instrumen Dalam kajian ini instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik, pemerhatian dan temubual. Soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang murid Tahun 4 Teratai yang terbahagi kepada dua bahagian; data demografik dan pandangan tentang mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan aktiviti catan. Borang senarai semak telah digunakan semasa sesi pemerhatian dijalankan. Senarai semak tersebut digunakan untuk merekod dokumen berkaitan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang terdapat pada guru dan sekolah dan merekod alat dan bahan yang dibekalkan oleh sekolah bagi aktiviti catan. Manakala temubual dijalankan terhadap 4 orang guru secara semi struktur. Instrumen yang digunakan oleh penyelidik adalah bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang telah ditimbulkan. Selain daripada instrumen tersebut, ujian pra dan pos telah dijalankan terhadap murid-murid. Ujian pra telah dijalankan terhadap 20 orang murid kelas tersebut bagi memastikan tahap pencapaian murid-murid menggunakan cat air bagi aktiviti catan. Setiap catan yang dihasilkan oleh murid-murid dinilai menggunakan gred A, B, C dan D dan direkodkan dalam satu rekod pencapaian. Setelah murid-murid menjalani kaedah latih tubi, murid-murid sekali lagi diuji menggunakan ujian pos dan hasil catan dinilai menggunakan rubrik yang sama untuk menilai ujian pra.

Analisis Data

Semua data bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2007. Data yang diperolehi juga telah dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan rajah. Analisis juga dibuat secara perbandingan di antara markah ujian pra dengan ujian pos bagi melihat peningkatan tahap kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid selepas menjalani latih tubi.

Perbincangan Permasalahan Kajian Setelah menjalani temubual, pemerhatian dan soal selidik terhadap guru dan responden kajian, didapati punca yang menyebabkan murid-murid tersebut lemah menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air adalah disebabkan rasa kebimbangan guru berkaitan dengan disiplin murid semasa menggunakan media basah. Guru bimbang murid-murid akan mengotorkan baju dan bilik darjah dengan menumpahkan air dan cat air. Disebabkan oleh kebimbangan tersebut, guru kurang dan tidak mengajar cat air semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Akibat daripada masalah tersebut, murid-murid jarang diajar kemahiran menggunakan cat air dengan betul dan tidak diberi pengayaan dan pemulihan bagi meningkatkan kemahiran menggunakan cat air semasa aktiviti catan dijalankan. Selain itu, guru juga bimbang masa pengajaran dan pembelajaran banyak digunakan untuk melakukan pembersihan selepas murid-murid menjalani aktiviti catan. Bagi memperkukuhkan dapatan ini, soal selidik telah diedarkan kepada responden iaitu murid-murid Tahun 4 Teratai bagi mengetahui punca murid-murid lemah menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air. Berikut merupakan dapatan soal selidik yang telah dijalankan.
Bil. Pernyataan Ya Frekuensi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Saya belajar Pendidikan Seni Visual mengikut jadual. Cikgu mengajar Pendidikan Seni Visual setiap minggu. Saya pernah menggunakan cat air. Saya pernah belajar catan semasa di Tahun 1,2 atau 3. Cikgu pernah menunjukkan cara menggunakan cat air. Cikgu pernah mengajar saya cara memegang berus. Cikgu pernah mengajar saya mencampur warna di atas palet. Cikgu membetulkan sekiranya saya membuat kesalahan. 0 0 20 0 0 6 4 7 Peratus (%) 0 0 100 0 0 30 20 35 Tidak Frekuensi 20 20 0 20 20 14 16 13 Peratus (%) 100 100 0 100 100 70 80 65

9.

Cikgu memesan untuk membawa cat air, berus warna, palet, bekas air dan kertas lukisan. Saya mempunyai cat air. Saya mempunyai pelbagai saiz berus warna. Saya mempunyai palet. Saya mempunyai bekas air. Saya membawa bahan catan yang dipesan oleh cikgu. Guru menyuruh saya menggunakan bahannya apabila saya tidak membawa bahan.

20

100

10. 11. 12. 13. 14. 15.

14 0 19 18 15 20

70 0 95 90 75 100

6 20 1 2 5 0

30 100 5 10 25 0

Jadual 2.0 Punca-punca Menyebabkan Murid-murid Lemah Penguasaan Kemahiran Mewarna Menggunakan Cat Air Dalam Aktiviti Catan

Penyelidik telah menjalankan kaedah penyelesaian terhadap murid-murid tersebut yang menjadi responden kajian ini. Penyelidik telah menjalankan teknik latih tubi mewarna menggunakan cat air dalam kalangan responden. Jadual 1 dibawah menunjukkan tahap pencapaian responden selepas menjalani latih tubi.

Murid

Ujian Pra Gred Peratus (%) 53 64 55 43 47 35 40 45 65 55 45 20

Ujian Pos Gred B A B A A B C A B C B C Peratus (%) 70 85 69 80 84 70 59 85 75 59 75 50

Min

Sisihan Piawai

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12

C B C C C D C C B C C D

61.5 74.5 62 61.5 65.5 52.5 49.5 65 70 57 60 35

8.5 10.5 8.631 13.43 18.5 17.5 9.5 20 5 2 15 15

M13 M14 M15 M16 M17 M18 M19 M20

C D C D C C D C

45 25 59 15 48 58 30 50

A B B C A A B A

95 65 65 55 90 85 60 85

70 45 62 35 69 71.5 45 67.5

22.638 20 3 20 21 13.5 22.638 17.5

Jadual 2 Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual tersebut menjelaskan tentang perbezaan pencapaian murid bagi ujian pra dan ujian pos. Melalui dapatan tersebut 5 orang murid yang mendapat markah paling rendah iaitu gred D telah meningkat ke gred B dan C. Murid-murid lain juga telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pos. Min bagi skor ujian pra tersebut ialah 44.85. Menurut rubrik pemarkahan yang digunakan min skor pencapaian tersebut ialah masih dalam gred D. Manakala min skor pencapaian tersebut telah meningkat dalam ujian pos sebanyak 72.8 iaitu pada gred B. Graf 1.0 di bawah menunjukkan tahap peningkatan skor pencapaian murid-murid tersebut setelah menjalani latih tubi selama 4 minggu secara berturut-turut.

Graf 1.0 Analisis Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Perbincangan Tentang Implikasi Dapatan Kajian Dengan Fokus Kajian Secara keseluruhan dapatan kajian dapatlah disimpulkan bahawa teknik latih tubi boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid Tahun 4 mahupun murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Teknik latih tubi ini dapat digunapakai kerana teknik latih tubi merupakan satu siri latihan yang boleh melatih murid-murid bagi menguasai kemahiran asas mewarna menggunakan cat air. Hal ini terbukti kerana hasil dapatan yang menunjukkan peningkatan tahap penguasaan murid-murid. Hasil dapatan ini boleh diperkukuhkan menurut Ezani Yusuf (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya. Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Cadangan Tajuk Kajian Masa Depan Penyelidik mencadangkan supaya kajian ini dilanjutkan dengan lebih mendalam dan terperinci berkaitan dengan penguasaan cat air dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Hal ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu kaedah atau teknik baru dan sesuai untuk meningkatkan tahap kemahiran murid-murid di sekolah rendah menggunakan cat air dalam aktiviti catan mahupun dalam aktiviti Pendidikan Seni Visual yang lain. Contonnya, dalam bidang membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional, terdapat penggunaan cat air dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, penyelidik yang seterusnya boleh memperkembangkan lagi kajian ini dan mengaplikasikan teknik latih tubi yang digunakan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid semasa menggunakan cat air. Selain itu, kajian ini boleh dilanjutkan kepada murid-murid lain sama ada di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu ataupun di sekolah rendah yang lain. Hal ini kerana, masalah penggunaan cat air merupakan satu masalah yang sering kali berlaku kerana terdapat sebilangan guru tidak mahu mengambil rasiko mengajar menggunakan cat air. Guru perlu mengawal dan sentiasa peka terhadap disiplin dan tingkah laku murid agar sesi pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan terkawal dan berjalan dengan lancar. Guru boleh menggunakan kajian ini sebagai panduan untuk membuat kajian seterusnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah berkaitan cat air. Akhir sekali, kajian ini boleh dilanjutkan untuk menambahkan lagi dapatan kajian ini berkaitan dengan punca-punca yang menyebabkan murid-murid lemah menguasai kemahiran menggunakan cat air. Daripada punca-punca yang dikenalpasti, guru-guru dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Masalah yang menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran ini perlu diatasi supaya muridmurid dapat menerima ilmu yang perlu disampaikan kepada mereka. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah kelemahan penguasaan kemahiran cat air yang dihadapi kerana teknik latih tubi mampu mengukuhkan kemahiran yang perlukan latihan yang berulangan.

10

Senarai Rujukan Buku Al Hurwitz and Michael Day (2007). Children and Their Art: Methods for The Elementary School. Thomson Higher Education, Belmont. United State of America. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam (2002). Reka Bentuk Perisisan Multimedia. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. Chua Y.P (2006). Kaedah Penyelidikan. Serdang: McGraw-Hill Sdn Bhd. Ee A.M (2005). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Ee A.M (1987). Pedagogi Bakal Guru. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. John P (1978). John Pike Paints Watercolor. Watson Guptill University of California. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nani Menon & Abdullah (2006). Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah. Wangsa Melati: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rozita Tapah & Mazlan Othman (2004). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Shahizan, Tsai C.C & Saw H.C (2006). Interpersonal dan Intrapersonal Untuk Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Simpson E.J (1972). The Classification of Educational Objectives in The Psychomotor Domain. Washington DC: Gryphon House.

Media Elektronik Ezani Yusoff (1999). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Jun 24, 2011 dari bobezani.tripod.com/teknik.htm

11