You are on page 1of 16

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd.

Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. YAB Tan Sri Dato, Memohon Bantuan Peruntukan Untuk Penyelenggaraan Infrasturuktur Sekolah Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SJKT Ladang Patani Para, Sungai Petani 23 NOVEMBER 2011

merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Sekolah ini tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa. Keadaan ini menyebabkan murid-murid sekolah ini belajar dalam suasana yang kurang kondusif dan selesa. 3. Justeru, saya menyeru jasa baik YAB Tan Sri Dato untuk

menghulurkan peruntukan khas untuk menyelenggara serta menaik taraf kemudahan-kemudahan di sekolah ini. Antara kemudahan yang perlu diselenggara dan dinaik taraf adalah seperti berikut :

a. Membuat siling di bangunan A sekolah b. Menaik taraf tandas guru lelaki dan perempuan c. Menaik taraf tandas murid lelaki dan perempuan d. Membina sebuah kantin 4. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar infrastruktur sekolah

yang rosak untuk perhatian YAB Tan Sri Dato. Atas kerjasama dan perhatian daripada YAB tan Sri Dato amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

(M.L.MARAN KMN,AMN,AMK,BKM,PJK) Penyelaras Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. s.k. 1. 2. 3. 4. YB Senator Dato G.Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden MIC Kebangsaan Yang Berbahagia Dato Tajul Urus Bin Mat Zain, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok Encik Arumugam Ariman AMN,AMK,BKM,PJK, Pengerusi MIC Bahagian Merbok. Puan S.Veknaswari, Guru Besar, SJK(T) Ladang Patani Para.

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. YAB Tan Sri Dato, Memohon Membina Pondok Menunggu Bas Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SJKT Tun Sambanthan, Sungai Petani 23 NOVEMBER 2011

merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Seramai 233 orang murid belajar di sekolah ini. Jumlah guru pula ialah seramai 21 orang. 3. Sekolah ini tidak mempunyai kemudahan kemudahan pondok

menunggu bas di luar sekolah. Keadaan ini menyebabkan murid-murid sekolah ini basah kuyup ketika hujan dan terpaksa menahan keadaan panas terik semasa menunggu bas di luar perkarangan sekolah.

4.

Justeru, saya menyeru jasa baik YAB Tan Sri Dato untuk

menghulurkan peruntukan khas untuk membina pondok menunggu bas di luar perkarangan sekolah ini. Atas kerjasama dan perhatian daripada YAB Tan Sri Dato amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

(M.L.MARAN KMN,AMN,AMK,BKM,PJK) Penyelaras Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

s.k. 1. 2. 3. 4. YB Senator Dato G.Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden MIC Kebangsaan Yang Berbahagia Dato Tajul Urus Bin Mat Zain, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok Encik Arumugam Ariman AMN,AMK,BKM,PJK, Pengerusi MIC Bahagian Merbok. Puan B.Marimuthu,, Guru Besar, SJK(T) Tun Sambanthan

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. YAB Tan Sri Dato, Memohon Membina Sebuah Pondok Bacaan Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SJKT Ladang Lubok Segintah, Sungai Petani 23 NOVEMBER 2011

merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Seramai 110 orang murid belajar di sekolah ini. Jumlah pelajar tadika ialah seramai 40 orang. Jumlah guru dan staf pula ialah seramai 22 orang. 3. Sekolah ini amat memerlukan sebuah pondok bacaan bagi

memberi kemudahan kepada pelajar untuk belajar serta beristirehat pada waktu rehat.

4.

Justeru, saya menyeru jasa baik YAB Tan Sri Dato untuk

menghulurkan peruntukan khas untuk membina pondok bacaan di sekolah ini. Atas kerjasama dan perhatian daripada YAB Tan Sri Dato amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

(M.L.MARAN KMN,AMN,AMK,BKM,PJK) Penyelaras Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

s.k. 1. 2. 3. 4. YB Senator Dato G.Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden MIC Kebangsaan Yang Berbahagia Dato Tajul Urus Bin Mat Zain, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok Encik Arumugam Ariman AMN,AMK,BKM,PJK, Pengerusi MIC Bahagian Merbok. Puan V.Rumavathy, Guru Segintah. Besar, SJK(T) Ladang Lubok

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. YAB Tan Sri Dato, Memohon Bantuan Peralatan Seperti Mesin Pemotong Rumput, P.A.Sistem serta Tembok Penahan Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SJKT Ladang Sungkop Para, Sungai Petani 23 NOVEMBER 2011

merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di luar bandar. Seramai 40 orang murid belajar di sekolah ini Jumlah guru dan staf pula ialah seramai 11 orang. 3. Untuk makluman YAB Tan Sri Dato sekolah ini tidak mempunyai

pembantu tadbir. Ini menyukarkan pihak sekolah untuk menjalankan tugas-tugas perkeranian. Saya amat berharap agar YAB Tan Sri Dato dapat membekalkan seorang Pembantu Tadbir untuk sekolah ini.

4. di

Pada masa yang sama, semasa membuat lawatan baru-baru ini beberapa bahagian para akibat hakisan yang air hujan. Keadaan ruang ini

saya dapati tembok penahan di tepi ruang makan RMT sekolah ini retak membahayakan pelajar menggunakan makan

tersebut. Oleh itu, saya menyeru jasa baik YAB Tan Sri Dato untuk menyediakan peruntukan khas untuk membina tembok penahan tersebut. Pihak sekolah juga ada memohon sebuah P.A.Sistem dan sebuah mesin pemotong rumput. Justeru, saya amat berharap agar peralatan-peralatan sekolah ini. Atas kerjasama dan perhatian daripada YAB Tan Sri Dato amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, (M.L.MARAN KMN,AMN,AMK,BKM,PJK) Penyelaras Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. s.k. 1. 2. 3. 4. YB Senator Dato G.Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden MIC Kebangsaan Yang Berbahagia Dato Tajul Urus Bin Mat Zain, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok Encik Arumugam Ariman AMN,AMK,BKM,PJK, Pengerusi MIC Bahagian Merbok. Puan G.Veemaladevi, Guru Besar, SJK(T) Ladang Sungkop Para tersebut dapat dibekalkan demi kepentingan

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. U.P: Encik Yusran Shah Bin Mohd Yusof, (Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pelajaran Malaysia) YAB Tan Sri Dato, Memohon Mempercepatkan Pembinaan Bangunan Tambahan Empat Tingkat SJK(T) Saraswathy, Jalan Tiong, Sungai Petani, Kedah Darul Aman Salam 1 Malaysia. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa surat melalui pejabat YAB Perdana Menteri Pihak kami merakamkan pihak ucapan terima kasih dan 19 NOVEMBER 2011

bertarikh 10 Mac 2011, No.Rujukan : PPM (T) 100-6/10 KLT.10 (43) telah diterima. penghargaan kepada Pejabat Perdana Menteri kerana

mengambil tindakan berhubung perkara tersebut. Sehubungan itu, kami telah menerima surat daripada Pejabat Menteri Pelajaran Malaysia

bertarikh 18 Mac 2011, No.Rujukan : KPM.MPM.200-2/1/6 Jld. 9 (117) yang ditandatangani Encik Ismail Bin Mohamed (Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Pelajaran Malaysia) yang mengatakan permohonan pembinaan bangunan tambahan empat tingkat sekolah ini sedang diteliti dan dipanjangkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada bulan Ogos 2011 yang lalu kami telah menerima surat bertarikh 26 Julai 2011, No.Rujukan PPM(T)600-8/5/2 Jld.3 (64) daripada Pejabat YAB Perdana Menteri bahawa satu rayuan telah dihantar kepada Pejabat YAB Menteri Pelajaran. Namun, setelah lima bulan berlalu kami tidak menerima sebarang berita tentang perkembangan tentang rayuan tersebut. Justeru, saya menyeru jasa baik YAB ini. 3. YAB Tan Sri Dato, sebagai sebuah sekolah Tamil yang terbesar di Tan Sri Dato supaya mengambil perhatian khusus serta mempercepatkan kelulusan pembinaan bangunan tambahan sekolah

Daerah Kuala Muda/Yan, sekolah ini merupakan tumpuan masyarakat India yang mendiami kawasan sekitar untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah. Jumlah murid-murid yang dihantar ke sekolah ini meningkat setiap tahun. Berikut dinyatakan jumlah anggaran murid-murid untuk lima tahun akan datang. Tahun 2011 2012 2013 2014 2015 Bilangan Murid (anggaran murid) 1050 orang 1150 orang 1250 orang 1350 orang 1450 orang

Keadaan ini sudah tentu akan menyebabkan bilik darjah yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah peningkatan pelajar di sekolah pada ketika itu. 4. Selain itu, infrastruktur dan prasarana yang terdapat di sekolah ini

juga tidak dapat memberi keselesaan kepada seluruh warga sekolah ini memandangkan bangunan sekolah ini telahpun berusia lebih 88 tahun. Struktur dan keadaan bangunan lama ini juga tidak sesuai untuk dinaiktaraf. Keadaan bilik darjah yang dibina tanpa mengikut standard hanya dapat menampung jumlah pelajar seramai 35 orang pada satusatu masa. Ini menyebabkan kesesakan pelajar dalam kelas, suasana pembelajaran tidak begitu kondusif dan kurang menyenangkan para pelajar. 5. Di samping itu, keadaan tandas murid-murid dan guru-guru juga

tidak begitu selesa untuk digunakan walaupun telah dibaik pulih dan diselanggara beberapa kali oleh pihak kami dan sekolah. 6. Kekurangan kemudahan ini sering sahaja menjadi topik

perbincangan masyarakat setempat terutama ketika mesyuarat agung PIBG berlangsung. Pihak PIBG tidak dapat menjawab secara konkrit berkaitan perkara ini. Selaku Pengerusi PIBG, saya sekadar memberi penjelasan pembinaan bangunan tambahan empat tingkat sekolah ini akan diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-10. 7. YAB Tan Sri Dato, saya berharap perkara ini diberi perhatian dan

dipercepatkan demi mengembalikan kepercayaan dan reputasi waris yang melebihi 2000 orang terhadap kerajaan Barisan Nasional. Bersamasama disertakan salinan surat-surat yang telah dihantar kepada kami.

Akhir sekali, pihak PIBG menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan YAB Tan Sri Dato, yang begitu prihatin serta merasai denyut nadi rakyat dalam menyelesaikan masalah rakyat. Kerjasama YAB Tan Sri Dato dalam mempertimbangkan pembinaan bangunan tambahan empat sekolah ini didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kaih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

. (BATHMANATHAN A/L NADARAJAN) Yang Dipertua PIBG, SJK (T) Saraswathy, Sungai Petani, Kedah.

s.k. 1. Yang Berbahagia Dato Tajul Urus Bin Mat Zain, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok. 2. Encik M.L.Maran, Penyelaras Barisan Nasional DUN Bukit Selambau. 3. Encik Arumugam Ariman AMN,AMK,BKM,PJK, Pengerusi MIC Bahagian Merbok. 4. Encik M.Veeriah, Tuan Guru Besar SJK(T) Saraswathy.

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. U.P: Encik Yusran Shah Bin Mohd Yusof, (Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Pelajaran Malaysia) YAB Tan Sri Dato, Sokongan Mempercepatkan Permohonan Pembinaan Bangunan Tambahan Empat Tingkat SJK(T) Saraswathy, Sungai Petani, Kedah Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa SJKT Saraswathy, Sungai Petani, merupakan salah sebuah sekolah yang terbesar dalam negeri Kedah dengan bilangan pelajar kira-kira 1050 orang. Memandangkan kedudukan sekolah yang strategik maka bilngan pelajar makin bertambah dari setahun ke setahun. Disebabkan pertambahan bilangan pelajar tersebut maka sekolah memerlukan bangunan tambahan empat tingkat pada masa ini. 3. YAB Tan Sri Dato, pembinaan bangunan tambahan empat tingkat sekolah ini sangat penting dalam percaturan geo-politik setempat terutama dalam Parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau. 19 NOVEMBER 2011

4. Sehubungan itu, saya selaku Penyelaras DUN Bukit Selambau memohon jasa baik YAB Tan Sri Dato untuk mempercepatkan pembinaan bangunan tambahan empat tingkat sekolah tersebut. Saya juga berharap agar permohonan ini diberi perhatian khusus oleh YAB Tan Sri Dato demi menaikkan imej dan memberi reputasi yang baik terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan. Atas kerjasama dan perhatian daripada YAB Tan Sri Dato amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Saya yang menurut perintah,

(M.L.MARAN KMN,AMN,AMK,BKM,PJK) Penyelaras Barisan Nasional, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. s.k. 1. Yang Berbahagia Dato Tajul Urus Bin Mat Zain, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Merbok. 2. Encik Arumugam Ariman AMN,AMK,BKM,PJK Pengerusi MIC Bahagian Merbok 3. Encik M.Veeriah, Tuan Guru Besar SJK(T) Saraswathy 4. Encik N.Bathmanathan , YDP PIBG SJK(T) Saraswathy

You might also like