You are on page 1of 2

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji saling hubung kait sistem ekologi terutamanya hubungkait antara litosfera, biosfera dan hidrosfera di kawasan kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Pengkajian akan melihat ketiga-tiga komponen utama tersebut saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain. Kajian dijalankan mengikut komponen yang telah ditetapkan, Setiap kumpulan diberi tajuk yang berbeza dan salah satunya adalah mengenalpasti bentuk muka bumi akibat hakisan serta dikehendaki mengulas keberkesanan kaedah kawalan hakisan permukaan dan cerun yang ditemui di tapak kajian yang dikaji. Tapak kajian yang dikaji memiliki ciri-ciri bentuk muka bumi yang tidak sekata, berbukit-bukau dan mempunyai aliran air sungai semula jadi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian dan kaedah rujukkan. Berdasarkan kaedah pemerhatian, didapati kawasan kajian ini terdedah dengan agen-agen hakisan seperti air mengalir, hujan, jentera pembinaan dan angin. Kesan daripada wujudnya agen-agen tersebut menyebabkan berlakunya perubahan bentuk muka bumi di tapak kajian seperti tanah jerlus, tanah runtuh, aliran air lumpur dan sebagainya. Kajian komponen biosfera pula bertujuan mengkaji serta mengenalpasti spesis tumbuhan yang boleh bertahan dan hidup di tapak yang terdedah dengan agen hakisan. Selain itu, kajian ini juga mengkaji peranan tumbuh-tumbuhan tersebut serta cadangan untuk memulihkan tanah yang telah terdedah dengan agen hakisan. Malah komponen hidrosfera pula mengkaji sistem hidrologi yang memberi impak kepada sesebuah kawasan. Kajian ini juga telah melakukan beberapa uji kaji di beberapa kawasan yang mempunyai badan air bagi mengenal pasti tahap pH dan suhunya selain turut menguji tahap kedalaman sedimen bagi menghubungkaitkan fungsi sistem saliran dan kualiti air. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa ketiga-tiga komponen tersebut sememangnya saling berhubung kait.

RUJUKAN Abdullah Mohamad Said. (1999). Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. Shah Alam: Institut Teknologi Mara. Baransim Bin Kolok.(2006). Impak Pembangunan Terhadap Kualiti Air Sungai Padas , Daerah Tenom, Sabah, Tesis Pengijazahan. Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan: UPSI. Semester 2 (2005/2006). Emiliano D. S. (2001). Trees, palms, and bamboos of the University of the Philippines Diliman. Philipines: University of Philippines Press. Jon Ardle. (2007). Bamboos and Grasses. Great Britain : Dorling Kindersley Ltd. Khairuddin Hj. Kamaruddin(2001). Tumbuhan tempatan Malaysia, kaitannya dengan nama tempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ong Hean Chooi. (2006). Tanaman Hiasan Khasiat Makanan & Ubatan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

RUJUKAN INTERNET http://fazlisyam.com/2008/01/29/rumput-tahi-ayam-ageratum-conyzoides/ http://www.flickr.com/photos/larra505/502172454/ http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/rencana/147-pendidikan cerun-tanah-tinggi-elakkan-malapetaka-tanahruntuh http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Semalu http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kertas http://wannura.wordpress.com/?s=rumput http://www.plantamor.com/index.php?CatID=4 tentang-

You might also like