You are on page 1of 3

REKABENTUK DALAMAN i) Aspek Persekitaran

a) Bunyi-bunyian Butik Jefferson tidak menggunakan elemen bunyi-bunyian kerana rekabentuk ekslusif yang seiring dengan suasana persekitaran dalaman.

b) Bau-bauan Setiap pelanggan yang mengunjungi butik Jefferson akan terhidu baubauan yang wangi dan segar sesuai dengan fesyen-fesyen terkini yang dipamerkan. Dengan bau-bauan tersebut ia mampu menarik perhatian serta mempengaruhi pelanggan untuk memasuki kedai tersebut. Pelanggan juga akan merasa lebih selesa untuk memilih dan membuat pembelian.

c) Penglihatan

Lampu Penggunaan lampu neon yang berwarna putih menonjolkan lagi konsep yang dibawa iaitu konsep bertemakan hitam putih. Dengan penggunaan lampu neon tersebut ia dapat menimbulkan lagi kesan ekslusif yang lebih menarik terhadap produk yang ditawarkan.

Warna Butik Jefferson menggunakan elemen yang berwarna putih dan hitam sebagai warna utama butiknya. Penggunaan warna ini dapat menimbulkan suasana yang bersih dan ekslusif. Warna tersebut juga mampu meninggalkan kesan kepada tanggapan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan. Hal ini dapat dibuktikan

sekiranya seseorang pelanggan memasuki butik tersebut, mereka akan dapat merasakan berada di dalam butik yang mewah

Lantai Lantai yang digunakan oleh Butik Jefferson adalah jenis lantai yang mampu membalikkan cahaya lampu. Ini dapat dilihat apabila lampu neon dibuka ia mampu menonjolkan keadaan lantai yang bersinar-sinar. Keadaan lantai di dalam butik tersebut mampu menjaga keselamatan para pelanggan yang mengunjungi kerana penggunaan lantai tersebut tidak licin.

Dinding Terdapat 5 buah cermin yang diletakkan pada dinding dijadikan sebagai pintu Fitting Room pada sudut hadapan yang berdekatan dengan kaunter bayaran. Ia dapat menimbulkan keadaan yang lebih luas dan panjang.

d) Sentuhan -

e) Lain-lain Faktor

ii) Corak Aliran iii) Lokasi Perjabatan iv) Penyusunan Barang Niaga

You might also like