You are on page 1of 24

1 Chapter 3: Etika Perguruan

Bab 3: Bab 3:
ETIIKA PERGURUAN ET KA PERGURUAN

Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Menerangkan konsep etika dan etika profesion Mengenal pasti ciri-ciri etika profesion perguruan Menganalsis tatasusila Kementerian Pelajaran Malaysia Menjelaskan peranan etika kerja Membincangkan beberapa isu-isu etika

RINGKASAN BAB

2.1 Apakah etika? 2.2 Kod etika profesional 2.3 Fungsi kod etika profesional 2.4 Kod etika perguruan 2.5 Tatasusila 2.6 Perintah-Perintah Am 2.7 Etika kerja 2.8 Isu-isu etika Ringkasan Kata Kunci Rujukan

Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Peranan & Tugas Guru Bab 3: Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pengembangan Staf Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Kepimpinan Guru Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Bab ini membincang isu etika profesion dengan tumpuan kepada definisi etika dan kod etika profesional. Juga disentuh ialah berapa fungsi kod etika profesional dan diikuti dengan memperkenalkan kod etika perguruan. Tatasusila yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dibincangkan termasuk perintah-perintah am kerajaan yang menyenaraikan perkara yang dilarang, boleh dilakukan dengan izin dan hukuman. Juga diberi perhatian ialah beberapa isu-isu etika yang berkaitan dengan profesion perguruan.

2 Chapter 3: Etika Perguruan 3.1 Pengenalan

APAKAH ETIKA? Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli perniagaan, Apakah makna etika bagi anda? Antara jawapan yang diberi ialah:

Diterima masyarakat

Ditentuka undangundang

Ditentukan oleh agama Apa yang diajar oleh ibu bapa

Ditentukan oleh tradisi

Apa yang diajar oleh guru

Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar menentukan maksud etika. Berikut ialah beberapa definisi etika:

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral. Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan. Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.

3 Chapter 3: Etika Perguruan Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith,

Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal.

3.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan 6 jawapan yang diberi oleh ahli perniagaan tentang apa itu etika? b) Dengan merujuk kepada definisi etika yang disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama atau hampir sama dalam setiap penyataan.

3.2

Kod Etika Profesional

Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. Dalam Bab 1 dinyatakan bahawa setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesion memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah. Tidak dapat dinafikan bahawa ahli sesuatu profesion sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej dan profesion berkenaan. Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan mengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Contohnya, peguam yang melarikan duit klien atau akuantan mendedahkan maklumat perbadi kliennya. Kalau perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah masyarakat akan menanggung akibatnya. Oleh itu, pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan dikalangan semua ahli sesuatu profesion. Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion.

4 Chapter 3: Etika Perguruan

3.3

Fungsi Kod Etika Profesional

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Kod etika profesional mempunyai EMPAT fungsi utama: (Lihat Rajah 3.1). 1. Pedoman: Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat. Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan. Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut dipamerkan apabila berada di dalam sesuatu keadaan. Secara tidak langsung, kod etika menentukan kerja ahli-ahli dijalankan dengan lebih baik dan teratur.

Pedoman

Pencegahan & Disiplin

Memelihara Maruah Profesion

Mengelakkan Berlakunya Konflik

Rajah 3.1 Fungsi Etika Profesional

2. Pencegahan Dan Disiplin: Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu (seperti Kerajaan) sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika. Secara tidak langsung, kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.

5 Chapter 3: Etika Perguruan 3. Memelihara Maruah Profesion: Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej positif kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod etika yang menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Kod etika merupakan satu panduan kepada ahlinya mempertahankan integriti profesion masing-masing yang menjelaskan bahawa setiap ahli perlu menggunakan pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai. 4. Mengelakkan Berklakunya Konflik: Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika. Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.
3.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Mengapakah sesuatu profesion mesti mempunyai kod etika? b) Sejauh manakah kod etika berjaya mencegah penyelewengan?

3.4

Kod Etika Perguruan Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru. Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru,

6 Chapter 3: Etika Perguruan


Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan. Di halaman depan Buku Persediaan Mengajar dipaparkan ikrar agar semua guru mamatuhi dan menjaga imej profesion.

IKRAR
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my]

3.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Dengan merujuk kepada Ikrar di atas terangkan maksud frasa-frasa berikut dengan memberi contoh: a) menuju ke arah kebenaran b) percaya kepada demokrasi c) menghadapi cabaran pada masa hadapan d) percaya kepada Rukun Negara

7 Chapter 3: Etika Perguruan

3.5

Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malayisa

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggitingginya.

3.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Sejauh manakah pelajar-pelajar dalam kelas lemah diabaikan dan tidak diberi layanan yang sama? b) Pada pendapat anda, adakah pelung mempertingkatkan kecekapan ikhtisas mencukupi? Jelaskan.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

8 Chapter 3: Etika Perguruan 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

9 Chapter 3: Etika Perguruan

3.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Adakah sekolah anda berjaya mengadakan hubungan mesra dengan kaum ibu bapa? b) Berikan peristiwa dimana persefahaman di antara guru dan masyarakat setempat terjejas. Bagaimana isu itu timbul dan diselesaikan.

IV TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. CATATAN: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my]

10 Chapter 3: Etika Perguruan

KUALA LUMPUR: Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan pekerjaannya, dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya. Bagi saya, tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain, sebaliknya hanya mencari hiburan sendiri, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip video miming Cikgu Shida. Menurutnya, dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan profesyen guru, sebaliknya ia adalah perkembangan sihat. Katanya, jika dilihat daripada sudut positif, ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu. Meraih populariti sejuta pengunjung adalah luar biasa bagi individu biasa dan secara tidak langsung membuktikan guru zaman kini serba boleh. Walaupun buat masa kini dia lebih terarah menghasilkan klip video berbentuk hiburan, mungkin satu hari nanti dia mampu merakam video yang mempunyai unsur edutainment, katanya ketika dihubungi Metro Ahad. Katanya, melihat populariti diterimanya, dia percaya guru berkenaan ada peminat sendiri dan ia mungkin boleh dijadikan ruang untuk menerapkan elemen positif melalui penghasilan klip videonya. Hashim berkata, laman Youtube mampu dilayari sesiapa saja dari seluruh dunia dan ini bererti video itu boleh ditonton pelbagai golongan, sekali gus menaikkan institusi perguruan. Walaupun ada pihak berpendapat tindakan itu (penghasilan klip video) memburukkan nama guru, NUTP tidak melihat ia sebagai sesuatu yang salah dan tidak ada rasionalnya mengenakan tindakan terhadap Cikgu Shida. Sebaliknya, ia lebih kepada kebebasan individu untuk mencari hiburan sendiri dan pada masa sama berkongsi minat itu bersama orang luar, katanya. Sumber : Harian Metro, 2011

3.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca petikan akhbar Harian Metro di atas. Apakah pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain.

11 Chapter 3: Etika Perguruan

3.6 Perintah-Perintah Am Kerajaan Guru sebagai pegawai perhidmatan awam tertakluk kepada Perintah-Perintah Am Kerajaan (Government General Orders) (Lihat Rajah 3.4). Perintah-Perintah Am terdiri daripada bab-bab berikut: Bab A: Lantikan dan Kenaikan Pangkat Bab B: Elaun-elaun dan Kemudahan dalam Perhidmatan Bab C: Cuti Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Bab E: Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan Bab F: Perubatan Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih Masa Tumpuan ialah kepada Bab D yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kelakuan, tugas kawalan dan pengawasan tatatertib, prosedur tatatertib, hukuman, penahanan kerja dan penggantungan kerja, penamatan demi kepentingan awam dan pelbagai perkara yang lain.

Tatakelakuam (Peraturan 4) Seorang pegawai TIDAK BOLEH: a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya b) Berkelakuan sedemikian cara mungkin menyebabkan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya c) Berkelakuan yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah: i. Membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengantugas tugas awamnya hinggamenjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam; atau menggunakan kedudukan awamnya untuk faedahnya sendiri kepentingan

ii.

d) Berkelakuan sedemikian hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam e) Kurang cekap atau kurang berusaha f) tidak jujur atau amanah g) tidak bertanggungjawab

12 Chapter 3: Etika Perguruan h) Membawa atau cuba membawa apa-apa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan sendiriatau tuntutan anggota - anggota perkhidmatan awam yang lain. i) Ingkar Perintah atau berkelakuandengan apa - apa cara yang bolehditafsirkan sebagai engkar perintah j) Cuai dalam melaksanakan tugasnya

Perkara (a) hingga (j) di atas dengan jelas menghuraikan tinkah laku yang tidak seharusnya ditunjukkan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab dan berwiba.

Perkara-Perkara yang Dibolehkan denga Izin (bersyarat): Peraturan 5 - Membuat Pekerjaan Luar Peraturan 8 - Menerima hadiah Peraturan 9 - Memberi atau menerima keraian Peraturan 10 - Pemunyaan Harta Peraturan 12 - Meminjam Wang/ menjadi penjamin

Dengan SYARAT

DILARANG

Perbautan yang Dilarang Sama Sekali Peraturan 7 Penyalahgunaan Dadah Peraturan 11 - Menyelenggara kehidupanmelebihi emolumen dan pendapatan sendiri yang sah Peraturan 13 - Keterhutangan kewanganyang serius Peraturan 23 Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlibih atau tanpa sebab yang munasabah

Hukuman Tatatertib a) memberi amaran b) mengenakan denda c) melucutkan hak emolumen d) menangguh pergerakan gaji e) menurun gaji f) menurun pangkat g) buang kerja

13 Chapter 3: Etika Perguruan

3.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Menurut Perintah-Perintah Am, senaraikan perkaraperkara yang dilarang sama sekali dan yang dibolehkan dengan izin. b) Nyatakan perkara-perkara lain yang dilarang sama sekali.

3.7

Etika Kerja

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan Etika Kerja sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing. Kementerian. Guru yang berkhidmat di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada etika kerja KPM. Pembentukan Etika Kerja KPM terbahagi kepada dua komponen utama: Prinsip Etika Kerja Nilai-nilai Etika Kerja

A) PRINSIP ETIKA KERJA Etika Kerja yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan LIMA prinsip yang utama (Lihat Rajah 3.4).

Niat yang betul Berdisiplin dan beradab

Perlakuan yang baik

PRINSIP ETIKA KERJA

Memperkotakan apa yang dijanji

Penggerak ke arah kebaikan

Rajah 3.4 Prinsip Etika Kerja Guru

14 Chapter 3: Etika Perguruan 1. Niat Yang Betul (Right Intentions) Prinsip pertama, guru yang menjalankan kerjanya dengan niat yang betul akan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif institusi serta agama dan negara. Amalan prinsip ini menyumbangkan kepada mutu pendidikan serta semua pihak berkepentingan. 2. Perlakuan yang baik (Good Behaviour) Prinsip kedua, guru mesti melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai hasil berkualiti samping memperbaiki imej profesion. Ia juga mestilah menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. sambil memberi layanan yang baik kepada pelanggan. 3. Penggerak ke arah kebaikan (Driving force towards Goodness) Prinsip ketiga, guru hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Dia hendaklah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan dan kemuliaan. Dia harus boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha ke arah menjadi pekerja yang terbaik dan cemerlang. 4. Memperkotakan apa yang dikata (Delivers what is Promised) Prinsip keempat, guru hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikata. Justeru itu, ia hendaklah sentiasa menunjukkan ketekalan dalam pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Ia itu, menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. 5. Berdisiplin dan Beradab (Disciplined and Civil) Prinsip kelima, guru hendaklah mengamalkan budaya berperaturan (mengikut peraturan), berdisiplin dan beradab (seperti terdapat dalam ajaran agama). Ertikata lain, guru sentiasa mematuhi peraturan dan arahan-arahan perkhidmatan dan mengamalkan tatacara kehidupan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul selari dengan peraturan masyarakat.
3.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bezakan di antara lima prinsip-prinsip etika kerja b) Berikan contoh prinsip memperkotakan apa yang dikata c) Berikan contoh prinsip niat yang baik. .

15 Chapter 3: Etika Perguruan B) NILAI-NILAI ETIKA KERJA Cheryl Peppers dan Alan Briskin (2000) dalam buku mereka Bringing your Soul to Work: An Everyday Practice menyatakan bahawa telah satu gelombang pembaharuan yang mendesak unsur-unsur kerohanian di bawa ke tempat kerja. Kita telah bincang dalam Bab 2, bahawa ahli-ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius, Vivekananda, Plato dan Dewey telah menyebut pentingnya nilai-nilai murni diamalkan oleh pendidik di institusi-institusi pendidikan. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti TUJUH nilai utama yang menjadi teras dan fokus Etika Kerja (Lihat Rajah 3.5).

Amanah Penyayang Benar

Ikhlas

NILAINILAI

Bijaksana

Dedikasi

Bersyukur

Rajah 3.5 Nilai-Nilai Etika Kerja Guru 1. Amanah (Trust) Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Justeru itu, ia mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai. Seorang pendidik mempunyai sikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ia menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Seorang guru juga hendaklah berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yang membolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifat amanah yang amat dituntut. 2. Benar (Truth) Seseorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas serta benar. Ia mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat

16 Chapter 3: Etika Perguruan yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakap benar dan menepati janji. Ia seharusnya bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. Seorang guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan. Ia boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama. 3. Bijaksana (Thoughtful) Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Ia haruslah menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalismenya. Ia juga mestilah mempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi. 4. Bersyukur (Thankful) Guru hendaklah mempunyai perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. Ia mestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah. Seorang guru mempunyai sifat yang tenang dalam menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan dan tidak mudah berputus asa. Ia seharusnya berpuas hati dengan nikmat yang diperolehinya seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. 5. Dedikasi (Dedication) Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Maka, ia seharusnya bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah. Dia sanggup berkorban demi kepentingan perkhidmatan, tekun, rajin dan bersikap positif dalam melaksanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. Ia mestilah seorang yang sabar, bertanggungjawab, teliti, ceria, tidak cuai atau merungut dalam menjalankan tugas.. 6. Ikhlas (Sincere) Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Dia menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Seorang guru dapat memberi layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ia haruslah bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Seorang guru juga seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan diri.

17 Chapter 3: Etika Perguruan

7. Penyayang (Caring) Seorang guru mestilah menghargai dan mengambil berat terhadap pelanggan. Dia mempunyai sifat pemaaf dan penyayang, tidak sombong dan suka meninggi diri. Guru seharusnya menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk. Ia bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.
3.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Berikan contoh-contoh bagaimana anda telah mengamalkan nilai-nilai seperti penyayang, dedikasi, amanah dan sebagainya dalam bilik darjah.

MMC: Nama Doktor Salah Laku Disiarkan KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council atau MMC) akan menyiarkan nama doktor yang didapati bersalah melakukan perbuatan salah laku. Presiden MMC, berkata majlis itu juga sedang dalam proses mengkaji semula kod etika dan garis panduan bagi penyesuaian masa kini serta amalan masa depan. Majlis sedang mengkaji semula kod etika dalam sembilan bidang khusus iaitu teleperubatan, reproduktif bantuan, kematian otak, ujian klinikal dan penyelidikan bioperubatan. Bidang lain ialah penyebaran maklumat dalam profesion perubatan, rekod perubatan, implikasi etika doktor dalam situasi konflik, perkhidmatan dan perubatan genetik, pemindahan organ dan hubungan antara doktor dan industri farmaseutikal. Diantara 2004 hingga 2006, MMC telahpun mengambil tindakan disiplin terhadap 45 doktor di seluruh negara kerana pelbagai salah laku. Kod Perilaku Profesional menyenaraikan beberapa jenis salah laku yang boleh dikenakan tindakan iaitu mengabai atau tidak mempedulikan tanggungjawab profesional, menyalahgunakan hak istimewa profesional dan kemahiran, mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan, dan kesalahan profesion berkaitan. Bentuk tindakan termasuk penggantungan, amaran dan pembatalan keahlian majlis. BERNAMA 10 October, 2006

18 Chapter 3: Etika Perguruan

3.10 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca laporan mengenai tindakan yang diambil oleh Persatuan Perubatan Malaysia terhadap ahlinya yang melanggar kod etika. Adakah tindakan seumpama ini dilakukan untuk profesion perguruan? Jelaskan

3.8

Isu-Isu Etika

Guru tak masuk kelas murid yang lemah Guru memperkosa murid

Guru mendisiplin pelajar dengan merendam mereka dalam kolam Guru masuk ke kelas lambat Guru menumbuk guru besar Guru berkelahi dengan pelajar

Guru tak mengajar mengikut sukatan pelajaran Guru terlibat dengan pengedaran dadah

Ra ja h 3 . 6 B eb er ap a j en i s sa l ah l ak u gu ru Baca petikan akhbar di atas tentang salah laku di kalangan profesion perubatan. Beberapa jenis salah laku dikenal pasti oleh Majlis Perubatan Malaysi (Malaysian Medical Council); iaitu mengabai atau tidak mempedulikan tanggungjawab profesional, menyalahgunaan hak istimewa profesional dan kemahiran, mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan, kesalahan profesion berkaitan. Tahukah anda doktor di Malaysia tidak boleh mengiklan perkhidmatan yang ditawarkan? Bagaimana pula dengan profesion perguruan? Sering kali kita membaca dan mendengar di media tulis dan elektronik berkenaan salah laku guru (Lihat Rajah 3.6). Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius tentang tingkah laku guru kerana sedikit sebanyak menjejaskan profesion perguruan. Perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa sedemikian hanya melibatkan segelintir daripada 450,000 guru di Malaysia.

19 Chapter 3: Etika Perguruan a) Berniaga Di Sekolah Terdapat kes-kes dimana bilik guru mnnjadi kawasan pernigaan. Ada antara guru yang ghairah berniaga sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada pula guru yang menjalankan perniagaan dari boot kereta! Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia. Guru sepatutnya melaksanakan tangggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan bukan menjalankan perniagaan di sekolah. Amalan ini melanggar kod etika perguruan dan Perintah Am.

b) Kerja Sambilan Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlu memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan. Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialah mengadakan kelas tuisyen. Guru mengadakan kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan. Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Berikut ialah garis panduan serta syarat meluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan : pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan; permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurangkurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula; pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu; pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya; pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi; pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar; pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing; khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat; pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan

20 Chapter 3: Etika Perguruan [sumber: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. BIL. 1
TAHUN 2006]

Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka mengutmakan kegiatan mencati pendapatan teambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah mereka. Mereka menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawab mereka di sekolah ( 2010, h:43).

c) Gangguan Seksual dan Rogol Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya (Kod Amalan Pencegahan dan Peinbasinian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999. Kementerian Sumber Manusia Malaysia). Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan (seperti usikan atau gurauan berunsur seks), gangguan bukan lisan (seperti isyarat tangan yang membayangkan perlakuan seks) gangguan visual (menunjukkan bahan lucah), gangguan psikologi (seperti mengulangi jemputan yang tidak dilayani) dan gangguan fizikal (seperti sentuhan yang tidak diingini). Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan seperti dibincangkan dalam Bab 2, guru berperanan sebagai Pengganti Ibu Bapa. Malangnya segelinter guru telah mengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol pelajar, termasuk murid sekolah rendah. Seperti kata pepatah Harapkan pagar, pagar makan padi. Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Kemungkinan trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa. Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual dengan individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol, sama ada dilakukan dengan kerelaan mangsa atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori (statutory rape). Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati mangsa itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu: "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat." d) Diskriminasi dan Layanan Tidak Adil Diskriminasi secara ringkasnya berlaku apabila seorang pelajar itu dilayan dengan cara yang kurang menyenangkan oleh guru atau pihak pentadbiran sekolah. Kod etika perguruan menekankan bahawa; Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul keluarga, intelak, akademk dan status-status lain

21 Chapter 3: Etika Perguruan Prinsip ini jelas bahawa guru yang beretika akan mengamalkan keadilan dan mewujudkan peluang pengajaran-pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang amat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Foo Say Fooi 2005; Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheon, Zulkufli & Zakiah Noordin, 2012). e) Mengabaikan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. Ada sekolah yang mengamalkan sistem pengaliran dengan menagihkan pelajar berdasarkan pencapaian akademik. Contohnya, jika terdapat 7 kelas dalam Tahun Enam, pelajar ditempatkan dari kelas 1 hingg 7 berdasarkan pencapaian akademik mereka. Pelajar pencapaian tinggi akan ditempatkan di Kelas 1 manakala pelajar pencapaian akademik paling rendah ditempatkan di Kelas 7. Kadang kala, kelas-kelas ini diberikan nama-nama seperti Anggerik, Mawar, Jujur, Amanah dan sebagainya. Apa nama yang berikan pun, warga sekolah mengetahui manakah kelas yang terdiri daripada pelajar pencapaian akademik rendah. Mungkin pelajar-pelajar ini tidak boleh membaca dan mengira pada tahap yang kehendaki walau pun sudah berada di Tahun Enam. Rasional kebanyakan sekolah mengamalkan sistem sedemikian adalah untuk memudahkan guru mengajar dan menangani masalah disiplin pelajar di dalam sesuatu kelas (Foo Say Fooi, 2005). Soalan yang timbul, ialah sama ada amalan ini berfaedah kepada pelajar. Kemungkinan pelajar yang ditempatkan dalam kelas yang pencapaian akademik rendah di sekolah rendah akan berada di kelas yang sama di sekolah menengah hingga Tingkatan 5. Bayangkan sikap, perasaan dan personaliti seorang individu yang ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah selama 11 tahun! Apakah sikap guru yang mengajar pelajar-pelajar ini?

3.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah pandangan anda tentang menempatkan pelajar pencapaian rendah dalam satu kelas? b) Adakah diamalkan disekolah anda? c) Bincangkan tingkah laku pelajar dalam kelas-kelas ini?

22 Chapter 3: Etika Perguruan

KEDAH Seorang guru didenda RM2,000 selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu. Guru itu akan dipenjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda itu. Mengikut laporan media memetik Bernama, GURU kemudian membayar denda itu. Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap GURU selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. GURU, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha GURU BESAR, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan, di sini kira-kira pukul 8.35 pagi, 20 Disember 2006. Dalam rayuannya GURU meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008 manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah. [nama dan tempat telah ditukar] UTUSAN MALAYSIA ONLINE 27 April, 2011

3.12 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca petikan akhbar Harian Metro di atas. Apakah pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain dalam kelas serta dalam forum atas talian.

Walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka melakukan amalan yang tidak sihat. Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika jika tidak dibendung akan berleluasa hingga menjejaskan profesion perguruan dan persepsi masyarakat. Selain perlaksanaan undang-undang, amalan kepercayaan agamanya adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai benteng utama dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika.

23 Chapter 3: Etika Perguruan

KATA KUNCI Etika Etika profesion Ikrar Tatasusila Etika kerja Perintah Am Prinsip etika kerja Nilai etika kerja Niat yang betul Amanah Gangguan seksual Keikhlasan Bersyukur Kerja sambilan Tanggungjawab

RINGKASAN Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat resam. Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah dalam kehidupan seharian manusia. Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) Kod etika memberi satu gambaran positif tentang imej sesuatu profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Empat fungsi kod etika profesional ialah sebagai pedoman, memelihara profesion, mencegah & mendisiplin dan mengelakkan konflik. Tatasusila kod etika perguruan terdiri daripada tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan ibu bapa. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan Etika Kerja sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing.

24 Chapter 3: Etika Perguruan

Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya

RUJUKAN Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston. Boston Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Keinenterbn Suinber Manusia. (1 999). Kod arnnlcin Lintzik mencegnh dan membasnfii gcinggiicrri seksircil cli ternpnt kerja. Kuala Lumpur, Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan Petronas, Bangi, Selangor. Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Peppers, C. & Briskin, A. (2000). Berrett-Koehler Publishers (August 30, 2000) Mohd. Janib Johari (2001). Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press. Mackie, J (1977). Ethics: Inventing Right and Wrong., Viking Press, Velasquez, M. & Andre. C., Shanks. T, & Meyer.M. (1987). Issues in Ethics IIE Vol.1 (1).

You might also like