You are on page 1of 24

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN : MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)

KPR5063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : E AHLI KUMPULAN :


NORAZURA BINTI YAHYA NOR HASLINA BINTI ROSLI NOR AMIRA BINTI NOOR ALI ABDOL RAHIM BIN AHMAD L20101006102 L20101006101 L20101006107 L20101006103

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF.MADYA HJ.ABD LATIF BIN HJ. GAPOR

1.0

PENGENALAN
Kumpulan kami telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa

Inggeris ke atas pelajar SMK Selayang Bharu, Selangor iaitu sebuah sekolah di daerah Gombak. Kami telah memilih tingkatan 2 Silikon yang seramai 30 orang sebagai sampel kajian kami. Isu yang hendak dikaji ialah pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris (B.I). Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran B.I berlangsung. Di dapati bahawa pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai B.I dengan baik. Setelah tamat waktu pembelajaran, kami telah bersemuka dengan guru mata pelajaran tersebut dan bertanyakan tentang pencapaian akademik B.I bagi kelas berkenaan. Selain itu, kami juga meminta rekod pencapaian seperti ujian bulanan peperiksaan setengah tahun. Berdasarkan rekod yang di perolehi, didapati bahawa pencapaian pelajaran B.I kelas 2 Silikon amat tidak memuaskan. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar kami merangka satu pelan tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya pelajar 2 Silikon meminati untuk belajar matapelajaran B.I. iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan sebutan perkataan dan menguasai perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Selangor merupakan antara sekolah yang berada di luar bandar. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran B.I di salah sebuah kelas di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal di dalam ujian B.I bulanan dan pertengahan tahun. Mereka tidak menyedari kepentingan B.I merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu bagi ujian bulanan dan tahunan merosot dari 50.% kepada 40% sahaja. Pertama, guru hanya mengajar untuk mereka lulus peperiksaan semata-

mata tetapi tidak dari aspek menanam minat pelajar untuk meminati B.I. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.

3.0 RASIONAL KAJIAN


Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana B.I merupakan mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana B.I merupakan bahasa antarabangsa seantero dunia. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar diperingkat universiti kerana bahasa yang digunakan semasa sesi kuliah adalah dalam B.I. Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mendapatkan pekerjaan memandangkan semua syarikat swasta mahupun kerajaan memerlukan pekerja yang mahir dalam B.I. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir Sek Men Keb Selayang Bharu (2 Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian B.I.

4.0

FOKUS KAJIAN
Kami akan memfokuskan kajian kami kepada kemahiran sebutan dan perbendaharaan kata

agar pelajar dapat melancarkan bacaan dan menigkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat membaca Bahasa Inggeris dengan lancar sekaligus menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari B.I. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan B.I.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN
5.1 Objektif am

Meningkatkan pencapaian pelajar (markah) bagi subjek pendidikan Bahasa Inggeris. 5.2 i. ii.
iii.

Objektif Khusus Untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris Untuk meningkatkan perbendaharaan kata Membantu pelajar menguasai kemahiran menyebut perkataan Menbantu pelajar mengusai kemahiran belajar kendiri apabila ketiadaan guru Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas

iv. v.

6.0

METODOLOGI KAJIAN

6.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 : Pengenalpastian Isu dan Masalah : Perancangan Tindakan : Pelaksanaan Tindakan : Pemerhatian dan Menganalisis Data : Refleksi dan Penilaian

6.2

Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 2 Silikon di Sekolah

Menengah Kebangsaan Selayang Bharu, Selangor.

6.3

Instrumen Kajian Tinjauan masalah Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat

dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temu bual, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian

a) Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris

Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar, iaitu Pn. Anisah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 2 Silikon dan mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada pelajar. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah :i.

Pelajar tidak mahir sebutan dan perbendaharaan kata serta ejaan dalam Bahasa Inggeris.

ii.
iii. iv.

Tidak bermula dari peringkat asas iaitu dari peringkat sekolah rendah Pelajar tidak mahir tatabahasa Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris

b) Rekod markah ujian bulanan Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Nama pelajar Mohd. Zamri Kamarudin Nazarudin Mat Tahir Mohd. Syafiq Tahir Mohd. Ladin Nur Syuhada Hambali Nor Shazuani Noor Intan Atikah Sobry Nurlina bt Shahabudin Mohd Shuhaidi Tarmizi Anwar Asyraf Fadzillah Naim Nur Maisarah Mohd Nor Hisyam Nor Aqilah Azhari Intan Syamimi Mohd. Asyraf Salleh Nurliyana Sabri Abdul Kamal Oreng Mansor Farah Izzati Zulkifli Mohd. Al-akeef Alamin Mohd. Azman Mahmud Nor Shuhada Shahabudin Mohd. Nazim Idris Mohd. Yunus Abdul Hafifi Meon Nor Hidayah Abu Kasim Abdul Latif Amin bin Isa

Peratus 42 42 40 38 38 37 35 35 33 32 32 32 30 30 28 28 28 27 27 25 25 25 25 23 22 22 20 20 18 15 c) Soal selidik Penyelidik telah memberikan borang soal selidik kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab pelajar mendapat markah yang rendah dalam sebutan dan pembendaharaan kata untuk subjek Bahasa Inggeris.

Berikut adalah borang soal selidik yang diberikan:

1. Bil Pernyataan 1.

Tidak setuju

2.

Setuju Tidak Setuju Setuju

Saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris.

2.

Saya tidak ada masa untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris

3.

Saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.

4.

Saya sentiasa mengulangkaji topik perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris.

5.

Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang mudah kerana melibatkan sebutan dan perbendaharaan kata.

6.

Saya sangat meminati subjek Bahasa Inggeris

Analisis soal selidik

25 20 Jum lah 15 Pelajar 10 5 0 P1 P2 P3 P4 P5 P6

S etuju Tidak S etuju

Nom Pernyataan bor


Jadual: Graf soal selidik berkaitan pandangan pelajar berkenaan subjek Bahasa Inggeris.

Di dapati ramai pelajar bersetuju dengan pernyataan negatif yang dikemukan dalam soal selidik yang disediakan. Pernyataan bagi nombor 1 iaitu saya tidak lancar menyebut perkataan atau apa-apa bacaan menggunakan Bahasa Inggeris iaitu seramai 20 orang dan item ketiga iaitu saya tidak berminat untuk menyebut dan meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris pula sebanyak 21 orang. Bagi pernyataan no.6 pula sebanyak 23 orang pelajar telah bersetuju bahawa mereka sangat meminati subjek Bahasa Inggeis. Ini juga membuktikan dan mengesahkan sama dengan hasil dapatan daripada temubual penyelidik dengan guru Bahasa Inggeris.

d)

Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung. bil 1. 2. 3. 4 5. kelakuan Berbual dengan rakan di sebelah Tidur Mengganggu Pelajar baris 1 Pelajar baris 2 Pelajar baris 3 Pelajar baris 4 Pelajar baris 5

rakan

disebelah Menjawab soalan yang diajukan oleh guru Bertanyakan soalan luar topik yang diajar di

Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

10

e)

Ujian Pra

Ujian pra telah dijalankan sebelum minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturut-turut dengan dibantu oleh guru Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan pelajar tingkatan 2 Silikon berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian tentang penglibatan pelajar tingkatan 2 Silikon. Pemerhatian penglibatan murid terbahagi kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila pelajar berkomunikasi satu kali maka akan ditandakan 1 dalam borang pemerhatian.

Analisis Ujian Pra Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra Tempat Masa 8.00-9.00pg 9.00-10.00pg Dalam Bilik Darjah (Dalam Waktu Persekolahan) Kekerapan Bertutur Mengikut Jam Luar Bilik Darjah (Di luar waktu persekolahan) 10.30-11.30pg 11.30-12.30pg 12.30-1.30ptg 2.30-3.30ptg 3.30-4.30ptg 4.30-5.30ptg Jumlah Bilangan Murid 4 2 2 1 2 0 2 0 13

11

Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan keseluruhan ujian pra. Daripada 30 pelajar tingkatan 2 tersebut kekerapan murid berinteraksi dalam Bahasa Inggeris hanyalah 13 kali dalam satu hari. Melalui jadual tersebut, didapati bahawa masa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris yang kerap oleh murid ialah pada jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi, walaupun hanya terdapat 4 kekerapan sahaja. Secara keseluruhannya, penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka adalah amat kurang memuaskan. Dalam langkah ini, guru mengedarkan kepada murid beberapa kad imbasan yang tertera padanya ayat-ayat komunikasi Bahasa Inggeris yang mudah.
1. hello! Good morning / afternoon / night,

2.

hi! I am Hassan, what is your name?

3. My name is Rahman,
4. I am eight years old,

5.

Teacher, may I go out?,

6. Ahmad, may I borrow your eraser?, 7. Sure, here you are

Pada peringkat ini, guru menunjukkan kepada murid, menyebut dengan jelas apa yang tertera pada kad tersebut, seterusnya meminta murid untuk menyebut semula apa yang dipamerkan kepada murid.

6.4

Metod Analisis

12

a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang keputusan pelajar dan kaedah pengajaran guru tersebut. b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah pelajar c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris d) Ujian pra: Analisis markah pelajar e) Pemerhatian : analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar semasa pengajaran di dalam kelas

7.0

STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN


7.1 Simulasi Watak (Roleplay)

Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung. Di antara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi. Daripada pemerhatian yang kami lakukan di SMK Selayang Bharu kami dapati, guru Bahasa Inggeris Tingkatan 2 Silikon telah menggunakan satu pendekatan yang amat menarik bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris iaitu dengan menggunakan kaedah simulasi watak. Simulasi watak itu telah dilaksanakan oleh guru tersebut dengan cara pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya (apa sahaja) dalam sumbangsaran. Pelajar tersebut akan berkongsi
13

dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

Kaedah simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Jenis-jenis simulasi. Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosio drama dan main peranan. Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih

14

awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru. Main Peranan. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang di bayangkan tadi dengan secara sepontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringkas tadi baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah. Prinsip-prinsip menggunakan simulasi. Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:1-Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. 2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan. 3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar. 4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu. 5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

15

6- Semasa sesi simulasi, pastikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu 7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. 8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran. Tujuan-tujuan simulasi. - Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. - Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktivitilakonan, muridmurid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan. - Untuk membina sikap positif : melalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikap yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk. - Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif: melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. - Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan. Kelebihan simulasi.

16

-Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. -Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka. -Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan. -Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul. -Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar. -Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negative dan membina sikap positif. -Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. -Secara tidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah. Perlaksanaan aktiviti simulasi. Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

Peringkat sebelum simulasi. - Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. - Kemahiran.Guru mengenalpasti kemahiran yang akan menjadi fokus.

17

- Penyerapan nilai.Guru menentukan jenis penilaian yang akan digunakan. - Penilaian.Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi. - Pengukuhan dan pengayahan.Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan. - Alatan.Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan Peringkat perlaksanaan simulasi. - Adakan set induksi untik menarik minat murid Bacakan arahan dengan jelas. - Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan. - Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian. - Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka. - Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan. - Murid yang lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan. - Diakhir simulasi penilaian dijalankan Peringkat selepas simulasi. - Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. - Menulis laporan tentang masalah itu. - Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi. - Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan. Perlaksanaan sesi main peranan. Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu peringtak sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan peringkat selepas main peranan Peringkat sebelum main peranan.

18

- Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan. - Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan. - Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak yang ditentukan. - Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi. Guru memberitahu aspek- aspek yang perlu diberi perhatian. Peringkat semasa sesi main peranan. - Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara kelas. - Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek lakonan yang tertentu. Peringkat selepas sesi main peranan Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru) akan menenyakan kelas (muridmurid) tentang siapa yang paling aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif. - Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan: -Menganalisis kesan main peranan, -Membaiki kelemahan jika ada, -Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar, -Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu kemahiran. -Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan mereka dalam main peranan. Langkah-langkah perlaksanaan main peranan. - Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan kepada murid-murid. - Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.

19

- Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat. - Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela. - Berikan masa untuk mereka membincangkan tentang masalah yang ada. - Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu disampaikan. - Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah dibuat. - Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki sekiranya ada kekurangan dan jika perlu. - Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar peranan pelakon. - Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.

Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.

8.0
BIL 1. 2.

JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN


AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data Menulis proposal Kajian TARIKH PERLAKSANAAN 26 Julai 2010 31 Julai 2010

20

3. 4.

Merancang Tindakan Melaksanakan Tindakan 1. Mengumpul maklumat Temu bual Pemerhatian Soal selidik

5 Ogos 2010 9 Ogos 2010 - 30 September 2010

9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 9 Ogos 2010 11 Ogos 2010

Strategi tindakan yang dicadangkan mula dijalankan (simulasi watak (role play simulation) Menjalankan ujian Pra

30 September 2010

9.0

KOS KAJIAN
Bil 1. 2. 3. Jenis Bahan Kertas A4 Print Fofostat bahan Kuantiti x harga seunit 1 x RM12.00 RM0.30 x 25 Set Jumlah kos RM12.00 RM 7.50 RM50

21

JUMLAH

RM 69.50

10.0 PENUTUP
Kajian ini diharap dapat membantu murid-murid dalam mempertingkatkan penguasaan B.I mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkatan dengan betul. Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan pelajar 2 Silikon dapat meningkatkan minat mereka untuk mempelajari B.I. sekaligus melonjakkan penguasaan B.I dengan baik walaupun ada kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan B.I. dan bukan semata-mata lulus dalam peperiksaan serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk mempelajari B.I. walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Adnan Kamis (1985) Pertalian Antara Sikap Pelajar Mata Pelajaran Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik., Jurnal Pendidikan :UKM, 17-36.

22

Alis Putih (2008)Kajian Tindakan Di Sekolah, Satu Pengenalan. , Jitra : Pure Honey Enterprise. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Erwin Tripp (1994). Language Acquisation And Communicative Choice. Stanford University Press. Fathman A. K. (1995). Variables Affecting The Successful Learning Of English As A Second Language. New York : Tesol Quarterly. Hassan Al. (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jumali Ismail (1992). Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Dalam pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Di Kalangan Pelajar Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 11 : 1071 1080. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Othman Lebar (2009), Modul Kajian tindakan.

23

Sinari Mohd Eunos (2003). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Dalam Mata Pelajaran KHB KBSM. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarmizi Amran (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tahun 4 SPA Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Tuckmen dan Blair (1998). Factor Associated With Pupil : Attitudes Towards Mathematics In Negerian Primary School. Research Technological Mathematics Education. 33 : 247 - 255. Widad Othman (1998). Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

24

You might also like