You are on page 1of 3

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia

Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seadaadanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

PEMPENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI AMALYSIA

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Pentingnya Perpaduan Sesama Kita Kajian berkaitan dengan perpaduan kaum sebenarnya adalah satu perkara baru dalam kajian sains politik dan J.S.Furnivall adalah merupakan sarjana tersohor dalam kajian ini. Menurut J.S Furnivall sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial sehingga ia mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Jika kita melihat kepada teori falsafah yang disebut oeh Furnivall ini, kita akan mengiakan teori tersebut dalam konteks negara kita pada hari ini. Dega migrasi kaum daripada tanah Besar China dan negara India serta negara-negara lain telah membentuk sebuah negara berbilang kaum dan ia terus kekal sehingga kehari ini. Persoalannya, adakah benar teori "bercampur dan tidak bergabung" seperti mana yang dinyatakan oleh Furnivall? Jika kita percaya sepenuhnya teori ini maka kita terpaksa mengakui bahawa apapun usaha yag dilakukan oleh pihak kerajaan, NGO dan orang-perseorangan dalam mengabungkan semua kaum dalam satu kerangka kehidupan yang harmoni akan menemui kegagalan. Sebab itulah, kita akan melihat bagaimana percaturan yang dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara dalam menangani isu pertembungan antara kaum akan berlaku sehingga ke peringkat berlakunya tangkapan dan mungkin lebih daripada itu.

* Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. * J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidupdalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Etnik dan bahasa yang berbagai - Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni. J.S Furnivall telah menjalankan kajian ilmiahnya ke atas masyarakat di burma dan jawa yang terdiri drpd eropah,cina, india dan orng tempatan.dpatan drpd kajian beliau memahamkan kita ciri2 yg menjdi penyebab kpd wujudnya jurang dlm sesebuah masyarakat majmuk J.S. Furnivall Born John Sydenham Furnivall 14 February 1878 Great Bentley, Essex, England Died 7 July 1960 (aged 82) Cambridge, England Nationality British Other names JS Furnivall Alma mater Trinity Hall, Cambridge University Leiden University Occupation Civil servant and Southeast Asian scholar Spouse Margaret Ma Nyunt (1902-1920)[1] Children 2 daughters[1] Awards Order of OrangeNassau (1948) Thado Thiri Thudhamma of Burma (1949)

You might also like