You are on page 1of 3

Pertandingan Membuat Sandwich Syarat Syarat Penyertaan 1.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Bermasalah Pendengaran (BD)dan Bermasalah Penglihatan (BL) di sekolah rendah dan menengah - Kategori Terbuka. 2. Penyertaan adalah kepada 15 pasukan pertama yang mendaftar pada atau sebelum tarikh tutup 1hb April 2012. Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan. Bayaran dikecualikan sekiranya peserta sudah pun membuat bayaran untuk menyertai senamrobik , pertandingan teh tarik atau gubahan hantaran. 3. Satu pasukan mesti terdiri tidak lebih daripada 3 orang dan mesti berumur 10 tahun keatas pada tarikh penyertaan. Undian giliran bertanding ditentukan semasa pendaftaran . 4. Masa yang diberi adalah 30 minit. 5. Pihak penganjur hanya menyediakan satu (1)buku Roti sandwich dan mentega sahaja. Setiap pasukan mesti menyediakan sendiri bahan bahan lain untuk dibuat inti . 6. Pasukan bebas menggunakan sebarang alatan lain contohnya papan pemotong, pisau roti, acuan, pinggan , talam. 7. Pasukan mestilah menyediakan sekurang kurangnya tiga(3)keping sandwich untuk dinilai oleh para hakim . Keputusan hakim adalah muktamad. 8. Pemarkahan diberi mengikut rasa, kebersihan, kreativiti, pakaian /persembahan dan kerjasama berpasukan . Setiap kategori markah bernilai 20 mata (/20) 9. Pemberian hadiah utama adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala pasukan lain berhak menerima hadiah sagu hati. 10. Pihak penganjur berhak menarik balik penyertaan mana mana pasukan yang melanggar peraturan yang dinyatakan diatas.

Pertandingan Teh Tarik Syarat Syarat Penyertaan 1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Bermasalah Pendengaran (BD)dan Bermasalah Penglihatan (BL) di sekolah rendah dan menengah - Kategori Terbuka. 2. Penyertaan adalah kepada 15 pasukan pertama yang mendaftar pada atau sebelum tarikh tutup 1hb April 2012. Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan. Bayaran dikecualikan sekiranya peserta sudah pun membuat bayaran untuk menyertai senamrobik , pertandingan membuat sandwich atau gubahan hantaran. 3. Satu pasukan mesti terdiri tidak lebih daripada 3 orang dan mesti berumur 10 tahun keatas pada tarikh penyertaan. Undian giliran bertanding ditentukan semasa pendaftaran. 4. Masa yang diberi adalah maksimum 3 minit(teh disediakan sebelum masa bermula) 5. Pihak penganjur hanya menyediakan teh O panas . Setiap pasukan mesti menyediakan sendiri alatan dan bahan lain untuk dibancuh contohnya cawan,jag, apron, susu atau gula . 6. Setiap pasukan akan dipertandingkan satu persatu mengikut giliran dihadapan hakim. 7. Pasukan mestilah menyediakan 3 cawan teh tarik untuk dinilai oleh para hakim . Keputusan hakim adalah muktamad. 8. Pemarkahan diberi mengikut rasa, kebersihan, kreativiti, pakaian /persembahan dan kerjasama berpasukan . Setiap kategori markah bernilai 20 mata (/20) 9. Pemberian hadiah utama berupa hamper adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala pasukan lain menerima hadiah sagu hati. 10. Pihak penganjur berhak menarik balik penyertaan mana mana pasukan yang melanggar peraturan yang dinyatakan diatas.

Pertandingan Gubahan Hantaran Syarat Syarat Penyertaan 1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Bermasalah Pendengaran (BD)dan Bermasalah Penglihatan (BL) di sekolah rendah dan menengah - Kategori Terbuka. 2. Penyertaan adalah kepada 15 pasukan pertama yang mendaftar pada atau sebelum tarikh tutup 1hb April 2012. Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan. Bayaran dikecualikan sekiranya peserta sudah pun membuat bayaran untuk menyertai senamrobik , pertandingan membuat sandwich atau pertandingan teh tarik 3. Memandangkan pertandingan ini dijalankan masa serentak dengan pertandingan teh tarik, adalah dinasihatkan tidak menyertakan pelajar yang sama untuk kedua dua pertandingan ini. 4. Satu pasukan mesti terdiri tidak lebih daripada 3 orang dan mesti berumur 10 tahun keatas pada tarikh penyertaan. Undian giliran bertanding ditentukan semasa pendaftaran. 5. Masa yang diberi adalah maksimum 30 minit 6. Setiap pasukan mesti menyediakan bahan gubahan mengikut daya kreativiti sendiri. 7. Pasukan mestilah menyediakan satu (1)gubahan hantaran untuk dinilai para hakim. Keputusan hakim adalah muktamad. 8. Pemarkahan diberi mengikut kecantikan, kekemasan, kebersihan, kreativiti, dan kerjasama berpasukan . Setiap kategori markah bernilai 20 mata (/20) 9. Pemberian hadiah utama adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Manakala pasukan lain menerima hadiah sagu hati. 10. Pihak penganjur berhak menarik balik penyertaan mana mana pasukan yang melanggar peraturan yang dinyatakan diatas.

You might also like