You are on page 1of 4

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TU10103 DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1. 2.

Tugasan ini mengandungi satu (1) soalan sahaja. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 warna putih dengan menggunakan saiz font 12 Arial dan langkau baris 1.5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 60% kepada gred akhir kursus. Tugasan ini perlu disiapkan secara kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2-3 orang ahli sahaja. Tugasan hendaklah diserahkan sebelum atau pada 29 Mei 2012. Serahan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan. Pelajar perlu menulis tugasan dalam bentuk penulisan ilmiah. Sila gunakan panduan APA untuk menulis sumber petikan dan bahan rujukan. Plagiarisma dalam apa jua bentuk dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak diberi markah.

3. 4.

5.

6.

7.

8.

SOALAN KERJA KURSUS


HASIL PEMBELAJARAN: 1. 2. 3. 4. 5. Menghuraikan konsep pendidikan awal kanak-kanak. Menghuraikan Akta Pendidikan 1996 (550), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 308 dan Hak Asasi kanak. Meningkatkan kefahaman kepentingan Akta Pendidikan (550) & Akta 308 (Akta Taman Asuhan kanak-Kanak) dan Hak Asasi Kanak-kanak. Menghuraikan garis panduan dan peraturan keselamatan dan kesihatan di prasekolah. Mengaitkan huraian Akta Pendidikan dan Akta Taman Asuhan kanak-kanak dengan Hak Asasi Kanak-Kanak.

OBJEKTIF PROJEK: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. Menyediakan maklumat yang lengkap (matlamat, objektif, visi dan misi penubuhan, tinjauan lokasi tentang prasekolah yang dikaji) Mengenal pasti penubuhan prasekolah memenuhi kehendak Akta Pendidikan, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (308) dan Hak Asasi kanak-Kanak dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan Menyediakan senarai semak berdasarkan Akta Pendidikan (550), Akta Taman Asuhan (308) dan Hak Asasi kanak-Kanak

3.

TUGASAN (100 MARKAH) Persatuan ibu bapa dan guru di prasekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk anak-anak. Anda diminta membantu dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, kesihatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya. Berdasarkan penyataan tersebut, bincangkan bagaimana persekitaran prasekolah yang menarik, kemas dan selamat dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Sub tugasan 1. Berdasarkan rujukan dan pembacaan anda, nyatakan maklumat tentang konsep pendidikan awal kanak-kanak yang lengkap dan kondusif Menyediakan maklumat yang lengkap (matlamat, objektif, visi dan misi penubuhan, tinjauan lokasi tentang prasekolah yang dikaji)

2.

3.

Menyediakan senarai semak berdasarkan Akta Pendidikan (550), Akta Taman Asuhan (308) dan Hak Asasi kanak-Kanak Ulasan hasil daripada dapatan senarai semak.

4.

Panduan pelaksanaan kerja Kursus: 1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan. 2. Buat rujukan perpustakaan. 3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. 4. Senarai semak disediakan dan analisis serta ulasan hendaklah diberikan penjelasan dan mudah difahami dan kaitkan dengan peruntukan Akta Taman Asuhan Akta 308 dan Hak Asasi kanak-kanak. 5. Maklumat tambahan yang berkaitan dan sesuai boleh disertakan 6. Ulasan reflektif. 7. Bibliografi/ rujukan mengikut format APA 8. Tugasan hendaklah ditulis di antara tidak kurang daripada 20 muka surat saiz A4 font Arial bersaiz 12 dan langkau satu setengah baris 9. Lampiran (jika ada) 10. Amalan plagiat tidak dibenarkan 11. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60% Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Bukkti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendalah dikemukakan 3. keseluruhan isi dan pengolahan perlu perlu menunjukkan keaslian hasil dan sokongan ilmiah. 4. format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren 5. penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahan maklumat secara analitikal.

You might also like