You are on page 1of 12

Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh

sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan 6.0 PROGRAM PENDIDIKAN jatidiri. GURU

Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru pelatih membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.

Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana latihan profesionali yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu bapa, berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai, beretika dan mempunyai latihan yang cukup. Guru-guru perlu mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar.

Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan dengan pelajar, kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti, kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawat yang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guru yang baik ialah guru yang efektif. Guru yang efektif merupakan guru yang berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan serta keberkesanan di dalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.

Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak dicapai. Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab bersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagi membantu perkembangan profesionalisme.

Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisas guru pelatih. Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah:

(a)pengajaran dan pengalaman di bilik darjah,(b)pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah, dan(c)pembentukan 6.1 ciri sahsiah yang Program sesuai dengan profesion keguruan. Guru

Objektif

Pendidikan

Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah. Secara khusus, program tentang ini tugas memberi dan peluang kepada guru pelatih asas belajar: keguruan.

tanggungjawab

mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut.

mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang sistem menilai telah kelebihan dan dan dipelajari kelemahan di kesan-kesan dalam pengajaran dan dan kursus. pembelajaran. kokurikulum keguruan. pengurusan sekolah.

prosedur

teknik

pengelolaan

kurikulum etika

mempraktikkan pentadbiran dan

mengamalkan, mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaran berasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan.

menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.

membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif

dalam

suasana

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berbeza.

mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsi secara positif dalam bidang perguruan.

melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencuba pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.

6 diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedar atau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan.

Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat menigkatkan keyakinan dan self-esteem guru

Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks

pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula berakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.

Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat dengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat, metodologi, proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknya oleh pelbagai pihak yang terlibat dan

berkepentingan.

7.1

ISU

DISIPLIN

Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia) ?

Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan , Malaysia yang merupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/Guru Besar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betul mengamalkannya?

Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggap professional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besar yang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr. Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakan lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi

mereka dengan sengaja melakukannya ,''. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telah menunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan. ``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu menyalahi peraturan,'' katanya.

Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yang tidak beretika 1. yang berlaku di sekolah-sekolah di Kes Malaysia seperti berikut: Suapan

Contoh

a. Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan.

b. Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarakat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan.

c. Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asrama sekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.

d. Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma kerana beliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.

e. Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.

2.

Contoh

penggunaan

dokumen

palsu

untuk

mengelirukan

majikan

a. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B. b. Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknya kerja lain dibuat. c. Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan.

3.

Contoh

kes

pengurus

sekolah untuk

yang

mengambil

kesempatan atau

daripada saudara

kedudukannya/jawatannya

kepentingan

peribadi

a. Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukan sekolah. b. Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilik guru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik

isteri/suaminya. c. Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.

4.

Contoh

kes

pecah

amanah

a. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, dan bukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan.

b. Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah.

Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku.

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan, Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004).

Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).

Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar, penguasa, penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan Guru Besar diingatkan bahawa

kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu ... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk membuat jualan keadaan-keadaan tertentu seperti perayaan Hari

Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan pelajar-pelajar dan lain-lain guru. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia).

7.2

ISU

SEMASA

PROGRAM

LATIHAN

GURU

Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep guru sebagai berikut:

Agen Fasilitator Penggerak

mangkin

dalam dalam

pertumbuhan

dan

perkembangan

pelajar. pelajar. pelajar. model.

pembelajaran usaha dan

kepada

Pembimbing Pembuat keputusan dalam penggunaan

peluang

ada

untuk

kebajikan

pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program latihan pengajar:

Kemahiran

profesional

belum

mantap

Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran, sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapi banyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa dan masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.

Kekurangan

bimbingan

dan

tunjuk

ajar

Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam mata pelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor perlu menjalani housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikat dengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.

Jangka

masa

latihan

yang

singkat

Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di universiti mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup.

7.2.1

Kekurangan

latihan

pendidikan

guru

dalam

perkhidmatan

Pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah pendidikan terancang dan berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.

Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.

Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah:

Bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pendidikan dan pengetua maktab perguruan bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pendidikan Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilih semula untuk berkhusus. Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya.

7.3

ISU

CALON

GURU

Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia dilandar dengan banjir siswazah akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan.

Kriteria

bercorak

akademik

digunakan

dalam

pemilihan

calon

perguruan

tanpa

menitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguaman, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari STPM.

Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru. Kebolehan intelektual bakalbakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang

mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di Amerika Syarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA 2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latar belakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman dan Brousseou, 1985).

Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang-undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-mata tidak dapat menjadi ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baik adalah sangat penting.

Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadi seorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:

Nilai faktor faktor dedikasi, komitmen

sikap

motivasi personaliti aspirasi

dan

kepuasan

diperolehi.

sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya.

8.0

CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti berikut :

Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akan sentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah. Selain daripada itu, juga pamerkan

Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan

program

peningkatan

profesionalisme

guru

Melalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

3. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan.

4. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar

5. Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik) tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiran sentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

6.

Pembangunan

Profesionalisme

Melalui

Pengurusan

Ilmu

a. Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar. b. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik. c. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta untuk mencapai matlamat mereka.

d. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalah pelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaian pelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar.

9.0

PENUTUP

Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya profesional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan

You might also like