You are on page 1of 5

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2012

. JABATAN PELAJARAN SELANGOR

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2/2012 BAHAGIAN 1 (a) Corak geometri yang abstrak boleh dihasilkan dengan menyambung siri dua titik pada garis lurus yang menyilang antara satu sama lain. Corak yang menarik dan canggih ini juga dikenali sebagai corak seni tali. Ia boleh dihasilkan dan direka dengan menggunakan set geometri. Rajah 1 menunjukkan salah satu corak ini, yang direka dengan melukis garis lurus pada satah Cartesan.

RAJAH 1

Kumpulkan lima corak daripada majalah, surat khabar atau internet. Anda juga boleh mereka corak anda sendiri. (b) Rene Descartes dan Hero (atau Heron) Alexandria adalah dua tokoh matematik yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Lakukan penyelidikan dan tulis tentang sejarah kedua-dua ahli matematik tersebut dan sumbangan penting mereka.

BAHAGIAN 2 Encik Ali memiliki sebidang tanah berbentuk segi empat tepat dengan dimensi 3 km x 8 km. Dia mahu menggunakan sebahagian tanah tersebut untuk penternakan ayam.

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2012

(a) Terdapat sebuah bangunan kecil berhampiran ladang ternakan ayam itu. Kenal pasti bentuk bangunan tersebut dengan melukis semua garis dan lengkung di bawah pada paksi-paksi yang sama. Namakan jenis bangunan tersebut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. x = 8,

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2012 (b) Rajah 2 menunjukkan dimensi tanah, PQRS , dan segi tiga berlorek ABC sebagai sebahagian daripada tanah itu yang akan digunakan untuk ternakan ayam.

1.5 km S R

3.5 km B C 8 km 1 km A 5 km 3 km

P 3 km Rajah 2

Hitungkan panjang pagar yang diperlukan untuk memagar ladang ternakan ayam tersebut. Berikan jawapan anda betul kepada km terdekat.

Rakannya, Encik Muthu, mencadangkan supaya ladang ternakan ayam beliau dibina dalam bentuk segi tiga bersudut tepat. Encik Ali bersetuju dan memutuskan untuk memagar segi tiga yang baru, ABD, bersudut tegak di B dengan keadaan luas segi tiga ABD mestilah sama dengan luas segi tiga ABC. Dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza, tentukan kedudukan D.
(c)

(d)

Encik Ali mendapati bahawa selalunya tiga ekor ayam akan menetaskan tiga biji telur
3

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2012 dalam tempoh satu setengah hari. Hitungkan bilangan telur yang akan ditetaskan oleh sembilan ekor ayam dalam tempoh sepuluh hari?

BAHAGIAN 3 Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan beliau, Encik Ali telah memutuskan untuk membina sebuah nurseri pada bahagian lain tanahnya. Beliau membeli 100 meter pagar untuk memagar satu lagi kawasan berbentuk segi tiga. Dia lebih suka memagar sebuah segi tiga sama kaki dengan nilainilai pengukuran luas dan panjang sisi, dalam integer. (a) Dengan menggunakan kalkulator atau ICT, bantu Encik Ali untuk meneroka segi tiga sama kaki yang berbeza yang boleh dibentuk dengan melengkapkan jadual di bawah. Seterusnya, nyatakan dimensi bagi empat segi tiga sama kaki yang mempunyai luas dan panjang sisi, dalam integer. (Anda boleh menggunakan Rumus Heron untuk mencari luas segi tiga.) [Rumus Heron: Luas ABC = , di mana

dan a, b dan c adalah sisi ABC]. a b c Area

. . .

. . .

. . .

. . .

Jabatan Pelajaran Selangor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2 2012

(b) Dengan menggunakan kalkulus, tunjukkan bahawa luas segi tiga dengan perimeter 100 meter adalah maksimum apabila segi tiga tersebut adalah segi tiga sama sisi. Seterusnya, cari luas maksimum segi tiga ABC.

PENEROKAAN LANJUTAN Formula Heron boleh digunakan untuk mencari luas segi tiga apabila panjang tiga sisi diketahui. Pembuktian formula tersebut boleh buat secara algebra, geometri atau trigonometri. Jalankan penyelidikan yang menggunakan internet untuk mencari satu bukti Formula Heron dalam manamana satu kategori yang disenaraikan. .

REFLEKSI
Semasa melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai murni yang telah anda amalkan? Wakilkan pendapat atau perasaan anda terhadap perkara tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif seperti menggunakan simbol, ilustrasi, lukisan atau lagu.

KERTAS SOALAN TAMAT

Jabatan Pelajaran Selangor

You might also like