You are on page 1of 2

__________________________________________________________________ PANDUAN PENULISAN AKADEMIK

PANDUAN PENULISAN AKADEMIK


JIDAR 4 sm di sebelah kiri 2.5 sm di sebelah kanan 2.5 sm di sebelah atas 2.5 sm di sebelah bawah SUSUNAN Abstrak Halaman Kandungan Halaman Senarai Jadual Halaman Senarai Rajah Halaman Senarai Simbol / Singkatan / Tatanama / Istilah Halaman Senarai Lampiran Teks (Isi Perbincangan) Rujukan Lampiran FORMAT RUJUKAN (Sistem Harvard) a. Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contoh: Menurut David Drakakis (2000), perumahan dan perancangan pembangunan...." Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh: Perumahan dan perancangan pembangunan yang baik adalah disebabkan peranan pihak kerajaan yang efisyen dan dibantu oleh pihak swasta (David Drakakis, 2000). Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh: Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa oleh Kralj dan Petrovic (1995)...... Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang pertama. Contoh: Safaai Deris, et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual. Gunakan huruf kecil (a,b,c) untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh: Contoh perisisan yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a). Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b).

b.

c.

d.

e.

UMS 1113/USS/ZABD________________________________________________________________________

__________________________________________________________________ PANDUAN PENULISAN AKADEMIK

FORMAT SENARAI RUJUKAN (Sistem Havard) Diletakkan di bahagian akhir teks (isi perbincangan). Susunan rujukan dalam senarai rujukan mesti mengikut abjad. Bagi pengarang yang mempunyai 2 penerbitan atau lebih, nyatakan mengikut kronologi tahun. Jenis bahan rujukan: 1. Buku Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbitan: Penerbit. Halaman 2. Artikel dalam buku Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. dlm. Nama pengarang buku. Judul Buku. Tempat terbitan: Penerbit. Halaman. 3. Artikel dalam jurnal Nama penulis (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Halaman. 4. Tesis Nama Penulis (Tahun). Judul. Nama Institusi: Tesis. 5. Perundangan Nama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor Perundangan. 6. Bahan sumber yang tidak diterbitkan Nama Pengarang (Tahun). Judul. Tidak diterbitkan. NOTA Nota ialah maklumat tambahan yang dimuatkan dalam sebuah penulisan. Tujuan: memberi maklumat tambahan mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman berkenaan. Contoh: nota kaki, nota akhir dan sebagainya. Ia dicatat mengikut angka dan menurut urutan iaitu 1, 2, 3 dan sebagainya.

SILA RUJUK BUKU PANDUAN MENULIS TESIS LB2369.P36 2002 n.2r

UMS 1113/USS/ZABD________________________________________________________________________

You might also like