You are on page 1of 13

PENGENALAN Perkataan politik telah wujud sejak permulaan hidup manusia kira-kira 3500 tahun dahulu iaitu sejak

manusia mula-mula menetap di Asia Barat iaitu di tebing-tebing sungai Eupharates dan Tigris.Masyarakat yang hidup ketika itu mula menghadapi beberapa masalah yang memerlukan kerjasama antara sesama mereka dalam menghadapi masalah kekurangan air semasa kemarau dan banjir.Selain itu,mereka juga terpaksa membentuk satu sistem perniagaan agar tidak berlaku kekurangan sumber bumi seperti kayu kayan dan galian yang sukar didapati di tempat mereka.Di samping itu,mereka juga perlu merancang,mengarah dan menyelenggara aktiviti-aktiviti yang lebih besar dan tersusun dalam membawa konsep mencipta dan mewujudkan negara. Negara-negara di Asia Barat ini pada awalnya adalah sebuah negara kecil yang peredaran masanya didorong oleh beberapa kejadian seperti peperangan,penguasaan politik dan kesedaran penduduk-penduduknya dimana ianya membawa kepada perluasan empayar politik yang lebih besar.Mulai abad ke-14,negara-negara di benua Eropah telah memperluaskan kawasan-kawasan jajahan mereka dengan menakluki kawasan di benua Asia,Afrika dan Amerika.Pada abad ini juga lahirnya ilmu-ilmu baru,percetakan dan semangat penerokaan dalam semua bidang kehidupan manusia.Selepas negara-negara kecil ini wujud iaitu kira-kira 5500 tahun dahulu,perkembangan tamadun manusia berterusan sehingga tahun1945 menandakan Perang Dunia Kedua telah tamat. Beberapa orang cerdik pandai dan negarawan mula menyedari bahaya peperangan dan perlunya manusia memikirnya penyelesaian bagi meleraikan pertelingkahan antarabangsa.Maka tiba masanya untuk menubuhkan satu organisasi antarabangsa yang disertai oleh semua negara di dunia.Dengan kata lain politik dianggap sebagai satu cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah dan mengendalikan aktivitiaktiviti manusia.

DEFINISI POLITIK Perkataan politik diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar.Dalam kehidupan seharian istilah politik digunakan untuk menandakan semua proses pembentukan keputusan yang melibatkan orang ramai.Disebabkan itu,politik sering dianggap sebagai satu persaingan untuk menentukan siapa mendapat apa,bila dan bagaimana.Istilah lain yang digunakan ialah dimana politik dibayangkan sebagai satu kegiatan mengagihkan bahan-bahan yang terhad.Oleh kerana semua bahan yang bernilai adalah terhad,maka definisi ini merangkumi hampir semua kegiatan manusia. Namun demikian,istilah politik datang dalam maksud yang lebih terhad.Bagi seorang ahli sains politik,politik bererti kegiatan yang melibatkan pengagihan bahan-bahan yang terhad dalam sesuatu masyarakat.Tujuan manusia berpolitik adalah untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah seperti cara untuk mendapatkan makanan,penginapan,pakaian dan sebagainya.Soeorang ahli falsafah yang terkemuka,Aristotle mengatakan bahawa manusia adalah haiwan politik.Ini kerana tindakan mereka itu melibatkan ahli masyarakatnya.Menurut anak didik Aristotle pula iaitu Plato, politik adalah sesuatu perkara yang asas dan pertama wujud secara formal mahupun tidak formal. Plato juga berpendapat bahawa politik adalah keinginan dalam yang beraneka ragam yang tidak dapat dipenuhi dan tak terpuas oleh manusia. Ini bererti manusia memiliki banyak keinginan yang tidak boleh dipenuhi dengan kekuat an sendiri, maka mereka bersatu dan bekerjasama. Lamakelamaan keadaan ini membawa kepada organisasi politik untuk menguruskan keadaan tersebut.Menurut kaum sofis,politik wujud disebabkan akan tuntutan-tuntutan luar. Misalnya mempertahankan diri daripada binatang buas, serangan dan lain-lain lagi. Jadi untuk mengawal keadaan-keadaan sedemikian mereka memilih wakil-wakil dari puak masing-masing untuk menguruskan dan mengawal kepentingan mereka dan dari situlah bermulanya asas politik.

Terdapat beberapa tokoh politik yang beranggapan bahawa politik adalah pembahagian (distribution) dan peruntukan (allocation) nilai-nilai di dalam masyarakat ialah David Easton yang terkenal dengan teori sistemnya serta Harold D.Lasswell dalam bukunya menyatakan siapa yang dapat apa,bila dan bagaimana(Who gets what,When and How)menjadi sumber rujukan pelajar-pelajar sains politik. Harold D.Lasswell dan Abraham Kaplan dalam buku mereka Power and societymenyatakan bahawa semua tindakan di dalam politik melibatkan kuasa dan pengkajian sains politik merupakan pengkajian empirikal tentang pembentukan dan pengagihan kuasa.Joyce Mitchell di dalam bukunya Political analysis and policymengatakan bahawa politik merupakan pengambilan keputusan secara kolektif atau pembuatan kebijaksanaan umum untuk masyarakat seluruhnya (Budiarjo,1986).Salah seorang tokoh terkemuka sains politik iaitu David Easton menegaskan aspek kebijaksanaan terhadap pembuatan sebarang dasar melalui bukunya The Political System.Di dalam buku tersebut,David mengatakan:kehidupan politik merangkumi berbagai kegiatan yang mempengaruhi kebijaksanaan dari pihak yang berkuasa yang diterima untuk melaksanakan kebijaksanaan itu.Kita berpartisipasi dalam kehidupan politik jika aktiviti kita ada hubungannya dengan pembuatan dan pelaksanaan kebijaksanaan untuk suatu masyarakat.

APAKAH ITU SAINS POLITIK Sains politik merupakan gabungan daripada dua perkataan di mana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri.Perkataan sains membawa maksud ilmu tersebut telah diperolehi dengan menggunakan kaedah yang berbentuk saintifik.Ia merupakan satu badan ilmu tentang sesuatu fenomena yang wujud di mana setelah ianya diujikaji,dibuktikan dan diterima sebagai suatu hakikat apabila terdapat sebarang kenyataan atau kebenaran.Segala ilmu yang diperolehi disusun dengan teliti agar dapt membentuk prinsip-prinsip atau teori tentang sesuatu fenomena yang dapat diterima sebagai sah dan kemudian digunakan untuk dikaji oleh generasi akan datang. Seperti bidang kajian sains sosial yang lain,sains politik sememangnya diketahui merupakan satu bidang yang mengkaji tingkah laku manusia.Namun demikian,apa yang membezakan sains politik dengan sains sosial ialah dari segi tumpuan yang diberikan kepada pengetahuan atau maklumat tentang pemerintahan dan cara ia dipengaruhi oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan tertentu supaya pemerintah memenuhi kehendak mereka.Dengan kata lain,sains politik bukan sahaja mengkaji cara manusia diperintah tetapi juga cara alat-alat pemerintahan digunakan untuk mnyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat umum.Di sini kita menyedari bahawa walaupun pada keseluruhannya pengkajian sains sosial membabitkan soal tingkah laku manusia,kajian sains politik tertumpu kepada cara tingka laku manusia dalam politik bukan sahaja dalam hal menyelesaikan masalah harian mereka,tetapi juga dalam mengendalikan institusiinstitusi politik.Daripada keterangan di atas,dapat disimpulkan bahawa gabungan istilah sains dan politik membawa maksud bahawa sains politik sememangnya mengiktiraf kaedah-kaedah membantu penyelidikan saintifik dan yang pengumpulan berkepentingan maklumat dan rakyat secara biasa sistematik.Kaedah tersebut pula dapat menghasilkan teori-teori politik yang dapat pemimpin,kerajaan,kumpulan menghadapi cabaran-cabaran di masa hadapan.

Sains politik juga dianggap sebagai suatu pengkajian tentang kerajaan,kuasa serta institusiinstitusi lain.Pengkajian ini dibuat kerana manusia mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan perkara-perkara tersebut dan peranan manusia itu sendiri.Pentafsiran terhadap sains politik sejagat ilmu pengkajian kemanusiaan sentiasa mengalami perubahan akibat daripada perkembangan masa.Ini ditengahkan oleh penulis buku Six Books On State iaitu Jean Bodin.Pentafsiran baru mengenai sains politik ini wujud pada abad ke-19 dan abad ke20 di mana ianya dikatakan sebagai suatu penafsiran moden.Penafsiran tentang sains politik sebagai ilmu kemasyarakatan yang mempunyai kaitan dengan perilaku dan perbuatan manusia di mana ianya merupakan suatu yang amat penting kerana di sini sains politik dianggap sebagai suatu disiplin. Selain itu,sains politik merupakan satu kajian tentang ilmu kemasyarakatan.Pembahagian ilmu kemasyarakatan ini dibahagikan kepada aspek ekonomi,politik dan sosial.Dalam dunia yang empiris,aspek-aspek tersebut wujud serentak iaitu tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain sebagai contoh,kuasa politik tidak boleh dipisahkan dengan kawalan sumber-sumber ekonomi dan nilai-nilai kemasyarakatan.Dalam kata lain,dalam penganalisaan fenomena politik,satu pendekatan antara disiplin perlu digunakan supaya satu fahaman kesempurnaan dapat dicapai.Jadi dapat dilihat bahawa perubahan masa telah mengaitkan sains politik dengan ilmu masyarakat,ekonomi,negara,tingkah laku dan disiplin.(Ahmad Martadha Mohamed,1998) Kesimpulannya,konsep sains politik merupakan pengkajian tentang ilmu-ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkait rapat dengan tingkah laku serta disiplin manusia itu sendiri.Peredaran masa serta perkembangan teknologi telah menjadikan sains politik ditafsirkan sebagai ilmu yang mengkaji kuasa kerajaan,institusi-institusi serta pengawalan yang sah ke atas manusia.Ini menunjukkan sains politik mempunyai bidang yang luas dan ia merupakan bidang yang pengting berkaitan dengan masyarakat.Oleh itu,definisi-definisi yang dihuraikan oleh berbagai-bagai tokoh politik masih berasaskan kepada lima perkara penting iaitu negara,kekuasaan,pembuat keputusan,kebijaksanaan dan pembahagian atau peruntukan.

SEJARAH AWAL SAINS POLITIK SELEPAS KEMUNCULAN SAINS SOSIAL Kewujudan sains politik pada abad ke-19 dilihat masih muda berbanding dengan disiplindisiplin sains sosial yang lain.Kini disiplin sains politik dilihat semakin berkembang seiring dengan disiplin-disiplin sosial yang lain seperti sosiologi,psikologi dan antropologi.Jika ditinjau dari konteks yang lebih luas,sains polotik dikatakan sebagai bidang sains yang tertua di dunia di mana ianya merangkumi persoalan mengenai negara dan kehidupan politik.Dalam penulisan tokoh ahli falsafah terkemuka seperti Aristotle dan Plato mengatakan bahawa pemikiran mengenai negara telah bermula sekitat tahun 450 SM iaitu pada zaman Yunani lagi.Plato telah diiktiraf sebagi Bapa Falsafah Politik manakala Aristotle pula digelar sebagai Bapa Sains Politik oleh kerana peranan mereka sebagai penulis dan pelopor dalam mengembangkan disiplin sains politik. Menurut David Easton,perkembangan sains politik dibahagikan kepada beberapa tahap atau fasa.Antara peringkat-peringkat perkembangan politik yang diketengahkan oleh beliau ialah:i. ii. iii. iv. Peringkat universalisme Peringkat legalisme Peringkat behaviourisme Peringkat selepas behaviourisme atau pasca behaviourisme

PERINGKAT UNIVERSALISME Peringkat universalisme merupakan tahap perkembangan kajian politik yang penting iaitu dari segi aspek masa dan juga aspek tumpuan yang dibangkitkan dalam persoalan pokok di atas.Secara amnya,pada tahap ini para pemikir lebih menumpukan kepada kewujudan serta masalah yang mungkin dihadapi oleh masyarakat sempurna.Tajuk-tajuk yang menjadi tumpuan pemikiran mereka diklasifikasikan kepada tiga persoalan pokok.Sebagai contoh,apakah itu manusia?Apakah itu masyarakat?Apakah itu sejarah tamadun manusia? Pandangan serta ilmu yang dikemukakan oleh mereka merupakan idea-idea yang bercorakkan moral tentang soal-soal kesusilaan,keharmonian,peraturan-peraturan hidup bermasyarakat. Ahli falsafah terkenal iaitu David Easton juga menyatakan bahawa setiap pemikir yang wujud pada fasa itu telah mengemukakan pemikiran serta falfasah yang bercorak moral yang mempunyai sifat-sifat keistemewaan yang tersendiri.Peringkat universalisme ini bermula kira-kira 500 S.M. dan berterusan sehingga ke penghujung abad ke-19 di mana peringkat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut perubahan institusi politik yang ditaja,tabiat dan penglibatan rakyat jelata.Tahap-tahap yang dimaksudkan ialah tahap pemikir klasik iaitu kira-kira 500S.M. hingga abad ke-14;tahap pemikir pembaharuan iaitu antara tahun 1500M hingga 1700M dan ketiga tahap selepas zaman pembaharuan iaitu antara tahun 1700M sehingga 1900M.
TAHAP KLASIK PEMIKIRAN POLITIK Ahli falsafah terkemuka dunia Plato telah membincangkan soal maksud dan perlaksanaan keadilan oleh negara.Di dalam karyanya Republic,Plato telah menjelaskan konsep keadilan,pengaruh personaliti manusia,tujuan hidup berkelompok,struktur-struktur politik yang sesuai,latihan-latihan yang perlu diberikan kepada bakal pemimpin dan mengelaskan perlembagaan.Ajaran-ajaran beliau ..............................................

PERINGKAT LEGALISME Selepas peringkat universalisme,muncul pula peringkat legalisme di mana para pemikir politik mula memberi penekanan kepada persoalan masyarakat sempurna dan mencipta teori-teori sejagat.Pada penghujung abad ke-19,institusi negara mula diberi perhatian daripada para pemikir politik.Perubahan tentang tumpuan pengkajian institusi negara mulamula sekali telah dipelopori oleh Machiavelli. PERINGKAT REALISME Bagi kumpulan penyelidik di Amerika Syarikat,mereka berpendapat bahawa kaedah penyelidikan yang digunapakai dalam sains politik yang dipraktikkan di Eropah tidak lagi digunakan di negara mereka.Ini kerana,mereka berpendapat kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik di Eropah lebih mementingkan falsafah moral dan memberi perhatian kepada aspek-aspek perlaksanaan undang-undang oleh pemerintahan.Kaedah pengkajian yang dijalankan di Amerika Syarikat lebih mengutamakan soal-soal jentera kerajan yang terlibat dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. Namun Amerika Syarikat mula mengalami kesan daripada perubahan-perubahan sosioekonomi dan politik yang lebih pesat pada hujung abad-19 dan awal abad ke-20 jika dibandingkan dengan di Eropah.Ini terjadi berikutan terdapat ramai pendatang yang terdiri dari berbilang bangsa pergi ke Amerika Syarikat menyebabkan pelbagai masalah sosial dan politik berlaku sementara kaedah penyelidikan universalisme dan legalisme yang digunakan sebelum ini pula tidak dapat digunakan.Disebabkan hal ini,penyelidk-penyelidik mewujudkan suatu kaedah baru yang digabungkan antara kaedah universalisme dan legalisme serta politik berbentuk tidak normal yang berasaskan masalah-masalah yang timbul dalam politik dan sosial di Amerika Syarikat.Kaedah baru yang dimaksudkan dikenali sebagai realisme yang menunjukkan satu peringkat baru dalam sejarah penyelidikan politik.Kaedah yang digunapakai di Amerika Syarikat ini merupakan kaedah yang dipelopori melalui Walter Bagehot dalam bukunya The English Constitution(1865 hingga 1867).Pada peringkat ini,para penyelidik sains politik lebih menumpukan kepada kumpulan yang mempengaruhi kerajaan dan juga persoalan bagaimana sesuatu operasi

dalam politik negara dijalankan oleh kerajaan.Oleh itu,terdapat beberapa sub-bidang kecil daripada pengkajian sains politik diperkenalkan bertujuan untuk pembelajaran dan penyelidikan yang lebih mendalam. Pada tahun 1940,terdapat empat bidang kajian yang telah diberi penekanan oleh para pengkaji dan pelajar-pelajar sains politik, di mana ianya dibentuk melalui asas-asas dalam peringkat realisme.Empat bidang kajian yang dinyatakan ialah falsafah politik, kerajaan kebangsaan, kerajaan perbandingan dan hubungan antarabangsa.Bidang falsafah politik ini wujud daripada peringkat universalisme.Bagi kerajaan kebangsaan dan kerajaan perbandingan pula lebih menekankan kepada corak perlaksanaan dan perjalanan badan institusi-institusi kerajaan termasuklah badan eksekutif,jentera pentadbiran,perundangan dan kehakiman.Para sainstis politik memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan politik parti politik,kumpulan berkepentingan,kumpulan pendesak dan pengundi-pengundi di mana kumpulan politik ini dapat memberi rangsangan dalam proses politik.Selain itu,penekanan juga turut diberikan dalam memperbaiki corak pentadbiran yang melibatkan badan institusi-institusi kerajaan.Ahli penyelidik perlu memastikan insitusi-institusi kerajaan ini dapat membentuk kerajaan yang lebih efisien dari segi pentadbiran negara. Walaubagaimanapun,para penyelidik pada peringkat Realisme ini hanya tertumpu kepada kerajaan Barat sahaja yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.Para penyelidik ini dilihat lemah dalam mengkaji corak pemerintahan demokrasi negara mereka sahaja tanpa memberi perhatian terhadap corak pemerintahan dunia luar seperti fasisme-nazisme, totalitarian atau pemerintahan kuku besi seperti di Russia,Sepanyol, Jerman, Itali dan Jepun.Ini kerana kelengkapan para penyelidik politik dalam pengkajian sains politik masih tidak mencukupi apatah lagi mereka tidak berupaya untuk meramal tentang kemungkinan persaingan antara dua corak pemerintahan yang berbeza.Satu peristiwa yang dapat dijadikan bukti ialah peristiwa yang berlku pada tahun 1930-an dimana berlakunya peperangan antara dua buah negara iaitu Britain dari kumpulan bersekutu dan Jerman dari kumpulan Axis yang mengamalkan pemerintahan yang berlainan.Para pnyelidik ini dianggap tidak peka dan sudah ketinggalan kerana tidak dapat menjangka kebarangkalian peperangan yang mungkin berlaku akibat daripada persaingan corak pemerintahan di

dunia.Namun begitu,perkara yang dapat dipelajari oleh para penyelidik ini ialah kesedaran daripada peristiwa itu yang membawa kepada perubahan baru dalam pengkajian sains politik.Para penyelidik mula megubah corak penyelidikan mereka dengan mewujudkan satu kajian baru dalam peramalan perubahan tamadun manusia pada masa hadapan. Selepas Perang Dunia Kedua,satu perubahan telah berlaku dalam bidang sains politik.Para penyelidik mula menukar bentuk penyelidikan bertujuan memperbaharui kaedah kajian mereka dengan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan ramalan arah perubahan tamadun manusia dan sains politik.Perubahan dan penukaran corak penyelidikan sains politik telah dilakukan oleh Charles Merriam dan rakan-rakannya.Mereka berpendapat bahawa perubahan dan penukaran dalam kajian ini perlu dilakukan supaya ianya dapat dijadikan sebagai kelengkapan untuk membuat ramalan mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang mungkin berlaku di mana ianya dapat diatasi oleh pemerintah.Para penyelidik sedar akan tanggungjawab mereka dalam mencipta kaedah baru dalam dunia politik di mana kaedah baru ini dapat dijadikan sebagai nasihat-nasihat kepada pemerintah.Ianya amat penting supaya pemerintah dapat bersiap sedia dalam menghadapi aliran perubahan politik yang semakin pesat ini. PERINGKAT BEHAVIOURISME Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua,pengkajian mengenai sains politik mula berkembang secara langsung.Para pemikir politik yang terlibat ketika itu ialah Graham Wallas (1908), Walther Lippman (1922), David Easton, Karls Deutsch, Lucian Pye, G.A. Almond dan Harold Lasswell.Peristiwa persaingan di antara dua negara besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia serta negara bersekutu mereka telah mempengaruhi sub bidang sains politik.Perubahan yang dialami dalam penyelidikan sains politik adalah penyingkiran kaedah falsafah-sejarah-perbandingan.Ciri-ciri penyelidikan dan penemuan pengkajian antropologi, ekonomi, psikologi, dan sosiologi yang digunakan oleh penyelidik sains politik dijadikan sebagai gantian kepada kaedah falsafah-sejarah- perbandingan dengan tujuan mengembangkan kajian sains politik.Para pengkaji sains politik juga berusaha menghasilkan teori-teori tepat. Golongan penyelidik juga menyingkirkan corak pemikiran dan penggunaan konsep-konsep politik seperti negara, kedaulatan, perlembagaan

dan undang-undang yang tidak bersesuaian untuk meningkatkan keberkesanan dalam penyelidikan sains politik. Mereka lebih mengutamakan pengkajian tentang pengaruh tingkah laku golongan rakyat jelata terhadap proses pembuatan dasar kerajaan di mana golongan ini merupakan golongan yang berpengaruh dalam proses politik dan juga urusan kerajaan. Walaubagaimanapun, sains politik mula mengalami beberapa peringkat perubahan. Behavioural atau pergerakan tingkah laku adalah nafas baru bagi perkembangan bidang sains politik sejurus selepas Perang Dunia Kedua.Tahap ini dikenali sebagai Peringkat behaviourisme (1950-1965). Peringkat ini memberi tumpuan kepada kesedaran bahawa pengaruh tingkah laku, Psikologi memberi peranan atau pengaruh yang amat besar dalam proses politik.Sains politik dikatakan mengalami satu revolusi mental yang hanya memberi tumpuan kepada struktur-struktur kerajaan dan kumpulan. Perubahan yang dihasilkan oleh golongan behaviouris pada tahap ini tidak diterima secara mudah oleh golongan tua atau tradisionalis. Pada peringkat awal, telah berlakunya persaingan yang sengit diantara golongan saintis politik aliran lama dan aliran muda. Perkara ini berlaku kerana kedua-dua golongan ini ingin menunjukkan kehandalan kaedah dan penyelidikan yang digunakan oleh mereka. Golongan tua atau tradisionalis berpegang kuat kepada pendirian bahawa kegiatan politik tidak boleh diperangkakan. Selain itu, mereka berpendapat bahawa sebarang ilmu tentang politik hanya boleh diperolehi dengan menggunakan ilham dan kebijaksanaan pemikir politik tertentu. Jelas sekali kejayaan behavioris telah berjaya menarik sokongan kakitangan akademik yang berpengaruh di mana mereka turut mengakui bahawa sebarang kegiatan politik perlu dikaji secara sistematik. Pergolakan antara golongan behavioris dengan golongan tradisionalis memberikan kesan yang amat penting dalam penekanan kaedah pengkajian mengenai proses politik. Ianya turut memberi erti kepada penyelidikan keatas struktur dan institusi politik yang kian lama berkurangan.

Peringkat pasca behaviorisme

Teori politik selepas behaviorisme yang berasaskan kenyataan dan bukti yang langsung mula muncul. Teori-teori politik yang dihasilkan hampir sebahagiannya berbentuk analitikal dan agak sempit. Kenyataan-kenyataan yang dikemukakan hanya melibatkan sekumpulan kecil masyarakat sahaja berbanding teori politik lama yang mengemukakan teori yang luas di mana ianya melibatkan keseluruhan tamadun manusia. Ini bermakna subbidang teori politik aliran baru ini lebih bersifat teori empirikal yang membantu para penyelidik membuat analisis terhadap sesuatu fenomena atau peristiwa politik. Contohnya teori-teori tentang parti politik yang dikemukakan oleh Giovarnni Sartori dan Maurice Duverger, teori-teori pembentukan dasar awam yang dikemukakan oleh Seymour Lipset dan teori proses pembuangan undi seperti yang dikemukakan oleh Bernard Berelson. Kesimpulannya perubahan dalam behaviorisme dan beberapa pendekatan membolehkan sains politik menjadi satu bidang kajian yang matang dan mempunyai kaedah-kaedah dan alatan-alatan penyelidikan. Perubahan dan pendekatan ini mampu menghasilkan teori-teori yang membanggakan tentang proses politik. Pengkajian sains politik juga menjadi satusatunya pengkajian yang dapat mengemukakan ilmu tentang tingkah laku manusia yang bercorak politik, proses pemerintahan dan proses yang menerajui perubahan yang tersusun dikalangan masyarakat yang menghadapi pelbagai cabaran.

You might also like