You are on page 1of 10

DEFINISI MUZIK - satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk

bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. MATLAMAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SR) AMBILAN KHAS DISEMBER 2011 SENI DALAM PENDIDIKAN SPK2102W HBEF 1403 TOPIK 5 - PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK LIM SIEW CHIN LOO LEK FONG TAN SIA PENG 810605-14-5814 810727-04-5184 851205-05-5220 Memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. OBJEKTIF Menikmati pelbagai pengalaman muzik; Memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri; Merasai dan mengenal konsep muzik; Meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif; Mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas; Memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat; Memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri; Mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama; Mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai; Mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan Menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi

ENCIK PETER ONG JABATAN PENDIDIKAN MUZIK IPG KIK

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut: Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda (kaedah hafalan sebelum mencatat). Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan). Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep). Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

1. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential. Gordon juga mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. 2. Emile Jacques Dalcroze banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik. Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic merupakan pendekatan Dalcroze. 3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik. Imitasi (Mengajuk Balik) Perkembangan kemahirankemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan seperti aktiviti bertepuk tangan, petik jari dan sebagainya. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri. Improvisasi- Belajar dari asas ton. Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. Creation (Mencipta) - Penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa. Literasi Menulis dan membaca nota muzik.

4. Zoltan Kodaly telah merancang satu program muzik secara berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Beliau menekankan aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal. Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan, latihan solfa tangan nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik). John Spencer Curwen dari England mencipta isyaratisyarat tangan untuk mengiringi suku kata solfa (do re mi).

5. Pendekatan Shinuci Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat. Pendekatan Suzuki melibatkan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. 7 KONSEP ASAS MUZIK Irama - Terbentuk daripada susunan bunyi. Melodi - Susunan pic sama ada menaik atau menurun atau mendatar. Harmoni - Kombinasi 2 atau lebih not yang berbunyi serentak. Tekstur - Jalinan lapisan suara dalam lagu sama ada tebal atau nipis suara atau bunyi dalam gubahan. Warna Ton - Karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi. Bentuk - Seksyen atau bahagian lagu. Lagu biasanya mempunyai intro, koros, rangkai. Bahagian akhir dinamakan koda. Ekspresi - Penyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan dalam sesebuah lagu. Dapat disampaikan melalui mud dan dinamik.

KONSEP 1: IRAMA Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang berbeza. Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo, rentak dan corak irama. 1.1 Detik Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan merupakan elemen yang penting dalam muzik. Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu detik ke detik yang lain diukur dengan nilai not muzik. Nilai 4 (angka di atas) mewakili detik dalam setiap bar manakala 4 (angka di bawah) mewakili jenis not yang digunakan (krocet). 1.3 Tekanan Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan penegasan. Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan ada yang dibunyikan kurang kuat. Detik yang kuat dikenali sebangai tekanan dan disimbolkan sebagai tanda > atau ^. Contoh tekanan:

1.2 Meter Meter ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.

1.4 Tempo Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau corak irama muzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza samada cepat, sederhana atau lambat. Antara jenis-jenis tempo ialah: ALLEGRO (Rancak, Cepat) AN DAN TE (Sederhana Cepat) 1.5 Corak Irama Corak irama terbentuk apabila bunyi dan rehat disusun berlainan masa untuk menjadi corak yang nyata. 1.6 Rentak Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat, contohnya rentak masri.

Pergerakan Mendatar

Pergerakan Melompat

Pergerakan Bertangga

KONSEP 2: MELODI Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun mengikut turutan pic yang sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Melodi merangkumi pic, skel, fasa, jeda, tanda kromat, baluk, solfa, kontur dan rangkai lagu. 2.1 Pic Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi samada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Pic bergerak secara mendatar, melompat dan bertangga.

2.2 Skel Skel bermaksud pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonalti. Skel Major Menaik

Skel Minor Menaik

2.6 Baluk Digunakan untuk menada pic yang ditunjukkan garis dan dalam ruangan baluk. Jenis klef ialah alto, trebel, tenor dan bes. 2.7 Solfa Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

2.3 Frasa Frasa bermaksud sekumpulan not yang membentuk satu penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu. Frasa disimbolkan dengan:

KONSEP 3: HARMONI Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Ia melibatkan kaunter melodi yang melibatkan daripada 2 lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato.

Contoh:

2.4 Jeda Jarak bunyi di antara 2 pic. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga) 2.5 Tanda Kromat Tanda yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu not dinaikkan atau diturunkan. #- naik ton, b turun ton, Neutral kembali ke not asal.

Kaden merupakan pengakhiran atau penutup frasa kepada setiap ayat dalam muzik. Kaden terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perfek, imperfek dan plagal. Tiga elemen dalam harmoni ialah: o Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad, not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

o Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai. o Pergerakan Kod: Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. KONSEP 4: TEKSTUR Tekstur bermaksud jalinan antara lapisan-lapisan suara yang terdapat dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang yang terdapat dalam sesebuah gubahan. Tekstur terbahagi kepada 4 iaitu Monofoni, Homofoni, Heterofoni dan Polifoni. o Monofoni - Bermaksud satu baris melodi atau muzik satu suara yang dimainkan tanpa sebarang iringan muzik. Contohnya apabila kita menyanyi sebuah lagu tanpa iringan. o Homofoni Apabila melodi diiringi oleh alat muzik yang berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, piano, organ dan sebagainya. o Heterofoni - Bermaksud berbilang suara o Polifoni - Bermaksud dua atau lebih lapis muzik yang dinyanyikan bersama. Setiap lapisan bunyi mempunyai ciri dan kepentingannya yang tersendiri tetapi menyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik.

KONSEP 5: WARNA TON Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : Dram bes - bunyi berat; Kastanet - bunyi ringan. Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu baritone, tenor dan bes. KONSEP 6: BENTUK Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau satu corak melodi yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Sesebuah lagu biasanya mempunyai intro, rangkai dan korus. Bahagian akhir lagu dinamakan coda. Dalam muzik, seksyen ini biasanya ditulis sebagai A B C dan seterusnya. Antara bentuk yang terkenal ialah Bentuk AB (Binari) dan Bentuk Tenari (ABA). Terdapat juga bentuk-bentuk lain seperti Rondo dan strofik. Contoh: Lagu Jingle bells adalah berbentuk Binari. o Bahagian A: Jingle bells, jingle bells, jingle all the way o Bahagian B: Oh, what fun it is to ride in a one open sleigh

KONSEP 7: EKSPRESI Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Ia merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ekspresi merangkumi mud, dinamik, istilah dinamik dan tanda isyarat. 7.1 Mud Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan samada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya. 7.2 Dinamik Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut (>) dan beransur kuat (<). Terdapat 2 jenis dinamik, iaitu kuat ( f ) dan lembut ( p ) 7.3 Istilah Dinamiks

7.4 Tanda Isyarat Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus. Contohnya:

KEMAHIRAN MUZIKAL 1. Kemahiran Muzikal Nyanyian Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut: o postur o pernafasan o sebutan o artikulasi o ekspresi o penghasilan ton (register) o rangkaian (phrasing)

Membina kemahiran menyanyi o Kemahiran Individu menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan menyanyi serta-merta mengikut skor muzik o Kemahiran Ensembel menyanyi dalam ensembel vokal secara senada (unison) menyanyi secara ensembel vokal secara berharmoni dalam lapisan suara (soprano, alto dan tenor) Mendengar secara aktif dan selektif

Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat. Mengenali alat muzik tradisional. Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat permainan. Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

2. Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan Bergembira bergerak dengan muzik. Melibatkan diri secara aktif. Mendengar secara aktif dan selektif. Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan. Memahami konsep muzik melalui pergerakan. Mengenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan dengan muzik. Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan. Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKAL Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut: o Mari Menyanyi o Menyanyi Secara Muzikal o Teknik dan Cara Menyanyi o Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Kegiatannya adalah seperti berikut: o Gerakan mengikut lirik lagu o Gerakan mengikut konsep muzik o Interpretasi muzik dengan gerakan o Gerakan bebas dengan muzik o Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

3. Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik Bergembira bermain alat muzik. Melibatkan diri secara aktif. Mendengar secara aktif dan selektif. Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan bereksperimen dengan pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka.

KESIMPULAN Mengenali asas-asas dan prinsip-prinsip muzik. Memahami maksud, matlamat dan objektif muzik. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal. Menjelaskan faedah SDP dalam proses P&P. Menjelaskan aktiviti-aktiviti muzikal seperti nyanyian, pergerakan dan permainan alat. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pelajar. GLOSARI Komposisi Kebolehan mengubah lagu Kemahiran ensemble Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan dengan pelbagai alat muzik.

You might also like