You are on page 1of 6

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak Surah Luqman untuk anak yang cerdik Surah Yaasin untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat Surah Maryam untuk memudahkan bersalin Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya.

Doa semasa hamil Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan. Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal. Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..). Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Selepas kelahiran Bayi Amalan suami semasa isteri mengandung. Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : *Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT *Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. *Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. *Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. *Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. *Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. *Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. *Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba. *Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. *Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. *Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. *Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. Adab suami ketika isteri sedang mengandung Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : *Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. *Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. *Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. *Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. *Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim." *Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. Mengapa bayi lahir menjadi kenan Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak *Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu

mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu. *Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. *Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
Amalan-amalan ketika mengandung 1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan 2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam 3. Membaca ayat-ayat Al-Quran Surah-surah amalan ketika mengandung o o o o o o o

Al-Fatihah dan ayat Kursi Seluruh surah Yassin Seluruh surah At-Taubah Seluruh surah Yusuf Seluruh surah Luqman Seluruh surah Maryam Surah An-Nahl ayat 78


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. o

Surah Al-A'raf ayat 189


Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang

bersyukur

Link laman-laman web Al-Quran Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa
o

Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. o

Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. o

Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194


Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
o

Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 1. Mengasihi dan menyayangi suami 2. Menjaga perkataan terhadap suami 3. Tidak terlalu cerewet 4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami 5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga 6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka 7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

Adab suami terhadap isteri Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar Selesaikan selisih faham Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.

1. 2. 3. 4.

5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

You might also like