You are on page 1of 17

ALIRAN OBJEKTIF

SEJARAH SJH 1101

Pengenalan Sejarah merupakan bidang yang mementing aktiviti penelitian ke atas fakta-fakta sejarah (peristiwa) secara bertanggungjawab demi mencari dan mewujudkan kebenaran mengenai kehidupan. Sejarawan akan mengumpulkan fakta-fakta sejarah dan menghasilkannya dalam bentuk penulisan atau pensejarahan. Permasalahan yang pertama dalam persoalan objektiviti sejarah ialah keterlibatan (involvement) seseorang sejarawan terhadap kajiannya - sama ada dia harus terikat (attached) atau terpisah (detached) daripada kajiannya.

Edward Hallet Carr Fakta-fakta yang dikumpul oleh ahli sejarah daripada dokumen-dokumen, surat-surat dan sebagainya adalah ibarat ikan di atas papan penyiang si penjaja ikan'. Sejarawan itu memungut ikan itu, membawanya pulang, memasak dan menghidangkannya dalam apa cara yang menarik baginya. Justeru itu, sejarah yang tulen ialah sejarah yang mempunyai pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya. Maka dari sinilah, sejarawan menghadapi dua bentuk konsep, iaitu konsep objektiviti dan konsep subjektiviti dalam pensejarahan. DEFINISI 1. Satu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan sumbernya yang masih kekal dan terlengkap. Objektiviti timbul dari kata asal objektif. 2. Kamus Dewan - suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak dipengaruhi atau dikuasai oleh perasaan atau prasangka sendiri. 3. Abdul Rahman Haji Abdullah - Pengantar Ilmu Sejarah (1994), sejarah objektif sebagai sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite). selari dengan teori oleh Leopold Von Ranke, iaitu wie es eigentlich gewesen yang bermaksud seperti sebenarnya ia berlaku. 4. Muhd Yusof lbrahim objektif sebagai salah satu daripada beberapa sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah dan pensejarahan.

5. Barzun dan Graf The Modern Researcher (1970) objektif adalah apa yang semua orang menyetujuinya atau pandangan yang benar. 6. T.R. Tholfsen Sesebuah karya yang dapat bertahan daripada kritikan. dapat bersaing secara berkesan dengan karya-karya yang lain. melambangkan suatu usaha yang jujur untuk melihat masa lalu spt sebenarnya berlaku. Pengertian Asas Tujuan atau sasaran sesuatu sejarah itu dikaji atau ditulis. ( untuk apa atau siapa) salah satu daripada beberapa sifat atau hakikat sejarah dan juga persejarahan. J.B. Bury sejarah adalah sains tak lebih tak kurang. Jadi kebenaran sejarah itu spt kebenaran sains.. Sesuatu yang tepat dan ekorannya tidaklah banyak persoalan mahupun kritikan yang timbul daripadanya. W.H. Walsh Objektiviti sejarah sebagai yang terpenting dan paling membingungkan dalam falsafah sejarah yang kritis. ( kajian sejarah ) Ibn Kaldun Objektiviti sejarah akan kurang objektif kerana: Adanya semangat kepartian/ memihak kpd sesuatu kepercayaan atau pendapat. Terlalu bergantung kepada sesuatu sumber. Gagal memahami sumber. Jahil tentang hukum yang menguasai perubahan masyarakat. Suka membesar-besarkan sesuatu peristiwa. Merasa yakin kpd yang tidak benar, cuba memuji atau memujuk.

2 aliran dalam pengertian sejarah : Aliran Rasionalisme dan aliran Emperisme. a. Aliran rasionalisme bersifat subjektif . - tokoh-tokoh seperti Benedetto Croce , Arnold Tonybee dan R.G. Collingwood. b. Aliran emperisme bersifat objektif - oleh tokoh-tokoh seperti Leopold Von Ranke , Lord Acton dan J.B. Bury.

Pendokong sejarah objektif Auguste Comte dan Karl Marx. 1. Berusaha membukti kebenaran idea mereka melalui sejarah yang dianggap objektif atau sainstifik. 2. Aliran yang digunakan antaranya positivisme, dialektika materialisme, komunisme sainstifik.

Aliran objektif Aliran objektif ini didasari oleh tradisi emperisme John Locke dan positivesme Aguste Comte yang melihat adanya pemisahan di antara subjek dan objek. Karya sejarah yang bersifat objektif pada asasnya adalah suatu penulisan yang

merupakan tafsiran atau penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan berdasarkan kepada sumbernya yang masih kekal. Hasil itu haruslah dipertahankan kebenarannya untuk sementara waktu sehinggalah wujudnya pentafsiran baru yang akan mengambil alih tempat tersebut.

4 dasar penulisan sejarah 1. Ketepatan dan kesahihan di dalam fakta, 2. Kesempurnaan di dalam menyampaikan bukti, 3. Struktur logikal yang berkesan 4. Kelancaran persembahan.

DUA SUDUT PENGERTIAN OBJEKTIVITI SEJARAH Pengertian yang pertama 1. Objektif itu bermakna tujuan atau sasaran sesuatu sejarah itu dikaji atau ditulis. Maknanya ialah untuk apa atau siapa sejarah itu dikaji? sebagai contoh ialah Tun Seri Lanang telah memperbaiki semula 'Hikayat Melayu' yang dibawa daripada Goa dan dinamakan Sulalatus Salatin. tujuan memenuhi permintaan Sultan Abdullah Ma'ayah Syah untuk teladan serta iktibar bagi keturunan yang akan datang

Pengertian yang kedua lebih kontroversi dan memerlukan perbincangan yang lebih luas serta mendalam lagi. Ini kerana dianggap sebagai sifat sejarah itu sendiri. la adalah merupakan persoalan yang intrinsik bagi sejarah dan pensejarahan.

Pengasas aliran Sejarah Objektif LV Ranke sejarawan seharusnya berusaha membuat satu persembahan tulen fakta-fakta berpandukan kepada penyelidikan rapi ke atas peristiwa-peristiwa lepas yang khusus dan nyata, berasaskan kepada tafsiran sumber-sumber yang asli dan kemasukkan unsur moral hanya mendedahkan sejarah kepada prasangka dan berat sebelah yang boleh menggugat kewibawaannya sebagai satu bidang ilmu yang sahih. matlamat pengajian sejarah untuk menggambarkan kejadian-kejadian

sebagaimana yang berlaku. Menurut Pieter Gayl, "historisme" bermakna menjauhkan diri dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada darjah-darjah kecuali apa yang dibekalkan oleh proses sejarah itu sendiri. Lord Acton (1834 - 1902) "Cambridge Modern History ( 1896) Biarlah gambaran para sejarawan tentang sesuatu peristiwa itu serupa sahaja dan memuaskan hati setiap pihak tanpa sebarang perasaan subjektif atau sikap berat sebelah (bias). Ini adalah berasaskan kepada keyakinan tentang kemampuan memperolehi fakta sejarah secara muktamad. Sejarah adalah sejenis sains dan ia mampu menghasilkan karya sejarah yang bersifat saintifik dan objektif.

Kesimpulan Di dalam mewujudkan hasil karya sejarah yang bersifat objektif, beberapa perkara harus diambil kira iaitu; 1. Sikap yang jujur. 2. Tidak ada bias tetapi adil dan berkecuali di dalam penulisan. 3. Perlu memahami kaedah penyelidikan sejarah dan mengamalkannya di dalam penulisan. 4. menggunakan sumber yang secukupnya untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang membolehkan ia membuat tafsiran secara adil dan saksama atau bersikap kritis 5. Sejarawan tidak boleh membuat pentafsiran secara sesuka hati mengikut perasaannya demi untuk menyukakan sesuatu pihak atau mendapatkan keuntungan dan kepentingan. 6. Tafsiran itu pula haruslah menggambarkan kebenaran tanpa memasukkan unsur pengadilan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang dikajinya itu.

DEFINISI SEJARAH

SJH 1101

Dari sudut bahasa bahasa Arab -syajarah iaitu dari kata syajaratun yang ertinya pohon. bererti salasilah, asal-usul, riwayat.

Kata riwayat bererti laporan atau cerita tentang kejadian. kata hikayat (yang dekat dengan kata sejarah), ertinya cerita tentang kehidupan. Biografi - menjadikan manusia sebagai objeknya, (bios ertinya hidup, graven ertinya menulis). Autobiografi - cerita mengenai kehidupan penulis yang ditulis oleh diri sendiri .

Sejarah dari sudut negara Bahasa Belanda ialah geschiedenis (dari kata geschieden = terjadi). Dalam bahasa Inggeris - history, (berasal dari bahasa Yunani historia yang bererti apa yang diketahui dari hasil penyelidikan atau ilmu. Sejarah bererti peristiwa yang terjadi dalam masyarakat manusia pada masa lampau.

Definisi sejarah 1. Thomas Carlyle peristiwa masa lampau yang mempelajari biografi orang-orang

terkenal. Mereka adalah penyelamat pada zamannya. Mereka merupakan orang-orang besar yang pernah dicatat sebagai peletak dasar sejarah. 2. Collingwood Semua sejarah ialah sejarah pemikiran. (Yang memerlukan sejarawan

menggambarkan kembali dalam fikirannya pengalaman-pengalaman yang lalu (reenactment of past experience). 3. Herodotus Herodotus, Bapa Sejarah. - sejarah tidak berkembang ke arah depan dengan tujuan yang pasti, melainkan bergerak seperti garis lingkaran yang tinggi rendahnya diakibatkan oleh keadaan manusia. 4. Ibnu Khaldun Catatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban dunia, tentang perubahanperubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu. 5. Erich Kahler - The meaning of history, (1965) Kejadian yang berlaku pada individu di masa yang lalu itu lebih merupakan kerjaya dari sejarah ( tetapi Erich tak beri sebab/bahas ). Sejarah hanya bermula dengan timbulnya institusi-institusi, organisasiorganisasi, hukum-hukum dan lain-lainnya itu. (Pernyataan ini ada logik tetapi tidak boleh diterima seluruhnya betul.

6. Toynbee, (dari faham agama semawi). Sejarah bergerak dari hidup manusia yang beredar dari mula hingga akhir dalam peringkat-peringkat zaman sebelum, semasa dan akan datang. Berlaku secara sedar serta rasional yang sederhana - memandang ke hadapan dengan penuh cemerlang (kegelapan?). harapan

7. J.B.Bury Sejarah adalah sains, tak lebih tak kurang

8. Eh Carr Satu proses perhubungan yang tidak akan putus antara ahli sejarah dan bahan. Ia satu kesinambungan peristiwa dari zaman dahulu hingga kini. 9. Croce Sejarah adalah sejarah sezaman.

10. Ranke mementingkan aspek politik dan golongan atasan. zaman kemuncak aliran sekular. mempengaruhi aliran pensejarahan moden hingga kini. 11. F.J. Tenggart Dua ukuran kepentingan sesuatu peristiwa : Mesti mengubah nasib bangsa,masyarakat dan negara. Melibatkan perjuangan genting antara dua pihak. Sejarah dapat dirumus :

1. What (apa) - menunjuk kepada peristiwa yang terjadi pada masa lampau.

2. Who (siapa) - menunjuk tentang tokoh atau orang yang terlibat dalam peristiwa. 3. When (bila) - menunjuk waktu terjadinya peristiwa tersebut. 4. Where (di mana) - menunjuk kepada tempat peristiwa terjadi. 5. How (bagaimana) - menunjuk kepada proses terjadinya peristiwa tersebut. 6. Why (mengapa) - menunjuk kepada keterkaitan sebab akibat peristiwa tersebut.

CAKUPAN SEJARAH SEKULAR 1. Sekitar persoalan alam dan manusia. 2. Persoalan tentang sejarah alam dikaitkan dengan bidang ilmu sains tabii. 3. Sejarah manusia dianggap ruang lingkup sejarah yang sebenar. Aliran dlm pensejarahan 1. Tradisional / konvensional.

SJH 1101

Pokok persoalan yang tertumpu kepada golongan manusia tertentu sahaja. ( res gestae) Bersifat elitisme. ( gol.bangsawan )

2. Mengapa ? Melibatkan tindakan golongan politik dan pentadbiran sahaja. Tindakan mereka biasanya membawa impak yang besar kepada rakyat, bangsa dan negara. Pelopor Res gestae 1. Herodutus : Karya Histories memaparkan tentang peperangan antara Greek dan Parsi. 2. Thucydides : (The Peloponnesian War) mengisahkan peperangan antara Sparta dan Athens. Zaman Renaisance Sejarawan lebih bersifat pensejarahan humanis ( kemanusiaan ) yang mementingkan aspek politik dan ketenteraan. Dianggap sebagai alat propaganda golongan berkuasa; memupuk ketaatan kpd kerajaan. Revolusi Perancis - Enlightenment Memperkembangkan aliran ini dengan perjuangan ke arah sekularisasi dan memperluaskan peranan akal tanpa batasan. Ini memperluaskan horison atau domain sejarah. Anti agama Darwinisme + Marxisme Darwinisme berasaskan teori biologi.

Kesannya:

Marxisme berasaskan ekonomi. Kedua-duanya berasaskan teori sains tabii dan sains sosial.

Mempengaruhi bidang pengajian sejarah daripada bersifat autonomi sejarah kepada heteronomi sejarah.

Darwinisme / evolusionisme memanjangkan skop pengajian sejarah. melalui teori ini menjadi asas kepada pemikiran Zaman Prasejarah. sebelum ini konsep ini belum wujud / dipandang tidak penting.

Marxisme menekankan sejarah kelas bawahan yang dianggap sebagai golongan tertindas (proletar) sebelum ini sejarah lebih menekan kepada golongan elitis. pensejarahan Marxis alat propanganda kelas buruh.

Pensejarahan abad ke 20 1. Muncul aliran Annales ( 1929) menolak corak pensejarahan tradisional. Kemukakan konsep ruanglingkup lebih luas dan menyeluruh meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia dgn mengiktiraf semua sebagai

bersejarah belaka. Lahirlah berbagai-bagai subdisiplin/ cabang sejarah dalam berbagai-bagai tema dan aspek. 2. Teologi Mementingkan persoalan ketuhanan. Terlalu penting sehingga semua persoalan tertakluk kepada peranan Tuhan belaka.

Pensejarahan Sekular Islam Terjalin dalam dua unsur: 1. Perbuatan dan tindakan manusia 2. Campurtangan dan tindakan Allah SWT. Bermaksud sejarah bukan persoalan alam dan manusia shj tetapi persoalan ketuhanan juga. Peranan Tuhan bukan sebagai pelakon sejarah ( sptmana dalam pensejarahan praGreek yang bersifat teokratik dan mitos. DALAM ISLAM lebih melihat unsur ketuhanan sebagai penggerak sejarah walaupun yang mencetuskan kejadian sejarah ialah manusia. Islam tetap memandang sejarah dari kacamata kegiatan manusa. Gesta Dei peranan tuhan Pada dasarnya pensejarahan Islam bersifat peranan tuhan tetapi dalam bentuk yang lebih luas. Seperti aliran sekular,Islam tetap memperkatakan tentang persoalan manusia seluruhnya. Jadi dalam pensejarahan Islam terdapat tuntutan untuk memberi perhatian kepada tokoh atau golongan tertentu.

Cabang-cabang dalam sejarah Wujud secara subjektif dalam bentuk kajian dan penulisan. Dalam pengertian objektif sejarah ia berlaku secara keseluruhan dan saling berhubungkait. 3 kategori 1. Thematik menekankan tema-tema dan topik-topi tertentu spt sejarah, politik, sosial, ekonomi,kebudayaan, pemikiran,agama. 2. Paradigmatik rangka konseptual yangmendasari pandangan dan falsafah seseorang spt falsafah sejarah, sosiologi sejarah dan psikologi sejarah. 3. Corak geografi konsep ruang dan kawasan tertentu spt sejarah dunia, sejarah Malaysia, negara-negara tempatan dan lain-lain.

SEJARAH POLITIK
Aliran tradisonal yang bercorak klasik. Keinginan untuk berkuasa mempengaruhi hampir seluruh manusia. Kuasa politik menjadi faktor penggerak yang mengubah perjalanan sejarah manusia.

Contoh-contoh The Persian Wars kejayaan Greek mengalahkan Parsi. Peloponnesia kekalahan Athens ( menceritakan ttg persoalan politik dan kekuasaan.) Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu ttg asal usul sultan. Sejarah Malaysia rangkaian sejarah tokoh politik dan pentadbiran yang berkuasa.

Kemuncak sejarah politik Leopold von Ranke ( 1795-1886) bapa pensejarahan moden. Katanya seluruh perjalanan sejarah adalah terpusat pada negara, seolah-olah negaralah yang menjadi tuhan penggerak sejarah.

Reaksi - Dianggap sempit dan tidak menyeluruh.

2 jenis politik : 1. Politik Tinggi menyentuh ttg kegiatan golongan elit pemerintah, dasar pentadbiran dan pelaksanaannya. Munculnya sejarah diplomatik( sejarah antarabangsa), sejarah perlembagaan dan sejarah ketenteraan. 2. Politik Rendah - Lebih menyeluruh kpd kegiatan-keiatan masyarakat dan orang awam. Eg. Tentang gerakan politik di kampung / sikap pengundi/penyokong parti tertentu. Kesannya tidak besar kepada negara.

SEJARAH SOSIAL
1. G.M. Trevelyan sejarah orang kebanyakan dengan mengenepikan politik. 2. P.J. Blok the history of the people 3. Dikaitkan dengan pendapat Voltaire kajian tentang pola-pola kebudayaan yang menekankan aspek social.

Ciri utama 1. Aspek kualitatif - iaitu sistem nilai atau sikap golongan yang dikaji. 2. Aspek Kuantitatif - menggunakan rajah / perangkaan dalam kajian yang dilakukan. Contoh-contoh Sejarah kebudayaan Sejarah ekonomi Sejarah pemikiran Sejarah keluarga Sejarah wanita * tumbuh dan berkembang sendiri. Adakala dibahas dalam kajian sosiologi.

SEJARAH EKONOMI
Muncul dengan terbitnya buku Wealth of Nation ( 1770 ) oleh Adam Smith dan konsepsi sejarah kebendaan oleh Karl Marx. Jenis Sejarah Ekonomi 1. Tematik - menekankan aspek kegiatan ekonomi / tema tema ekonomi dalam sejarah. 2. Paradigmatik - faktor ekonomi sebagai skema mental / - asas falsafah dalam menganalisis setiap kejadian sejarah. Aliran pensejarahan Marxis 1. Konsepsi Marx sebagai model yang lengkap

2. Cuma menekankan tema-tema marxis. Penekanan kpd tema ekonomi dalam sejarah merupakan pensejarahan Marxis.( disebut sebagai sejarah ekonomi sahaja.)

Peringkat / aliran Sejarah Ekonomi 1. Aliran Tradisional bersifat menyeluruh dan luas.( termasuk kegiatan sosial). Tokoh Fernand Braudel. 2. Aliran New Economy History ( cliometrik ) bersifat khusus dan menjurus kepada ekonomi sahaja.Tokoh R.W. Fogel,J.R.T. Hughes, S.L.Engerman, A. Fishlow dan R.P.Thmas.

Ciri-ciri sejarah ekonomi: 1. Kemampuan membuat generalisasi. 2. Kemampuan menyusun data secara kuantitatif 3. Kemampuan membuat kajian komparatif 4. Mengindentifikasikan pola atau kecenderungan.

SEJARAH KEBUDAYAAN
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia dan masyarakat. * Cakupannya seluas bidang kehidupan manusia itu sendiri. Jenis Sejarah Kebudayaan 1. Kebudayaan Tinggi / elit 2. Kebudayaan popular/ massa -Kajian dibuat berdasarkan sumber bukan

dokumentasi. Hanya melalui - kajian luar ( pemerhatian, menemuduga dan turut terlibat). Lebih menjurus kepada kaedah penyelidikan yang utama dalam kajian ANTROPOLOGI. * Bidang kebudayaan juga disebut antropologi budaya.Tokoh-tokoh : E.B Taylor, Lewis Henry Morgan, James Frazer. Taylor masyarakat berkembang secara evolusi daripada tahap kebuasan, barbarisme dan tamadun. Morgan tiga tahap evolusi kebudayaan manusia iaitu kebuasan, barbarisme dan tamadun.

Teori teori Evolusi baru Abad ke 19 - menekan prinsip unilinear kebudayaan berkembang maju dari tahap yang sama. Kini - prinsip multilinear kebudayaan berkembang secara tidak selari dalam kawasan yang berbeza. Daripada prinsip multilinear wujud teori partikularisme sejarah. ( tidak boleh

membuat generalisasi yang umum dan menyeluruh untuk menerangkan perkembangan dan perubahan kebudayaan. Bidang lain dalam antropologi Etnologi kajian tentang etnik / bangsa-bangsa. Ethno lingustic ( bahasa ) History of arts - kesenian

SEJARAH PEMIKIRAN
Seawal pemikiran Herodotus dan Thucydides. Berkembang selaras perkembangan tokoh-tokoh Kristian. Kelahiran Islam , penulisan pemikiran sejarah semakin berkembang. Misalnya Al Farq Bayn Al Firaq Oleh Al Baghdadi. Terus berkembang sehingga abad ke 18. Kini hanya aspek-aspek tertentu daripada sejarah pemikiran itu sendiri. Pelopor abad ke 19 adalah Wilhelm Dilthey. Tokoh lain Friedrich Meinecke Die Entstehung des hisorismus. James Harvey Robinson Mind in the making Fanklin L.Baumer Intelectual History and Its Problems.

Sejarah Pemikiran = Sejarah falsafah Berbeza: Ini kerana sejarah falsafah lebih khusus. Dikaitkan dengan pemikiran tinggi. Sejarah pemikiran meliputi pemikiran sederhana dan biasa. Pemikiran falsafah pula merupakan sebahagian daripada sejarah pemikiran yang utama.

Intipati sejarah pemikiran: Mengkaji tentang pertumbuhan dan perkembangan / penerimaan dan penolakan sesuatu gagasan tertentu. Mengkaji tentang KESAN dan pengaruh gagasan-gagasan tersebut terhadap masyarakat.

SEJARAH AGAMA
Tidak popular dalam disiplin sejarah. Tidak banyak beza dengan kajian tentang perbandingan agama. 1. Pandangan Islam - Agama berasal daripada wahyu. Maka wajar persoalan agama dan sejarah agama berkembang sendiri. 2. Pokok Persoalan - Berusaha memahami dengan jelas umat beragama. Kefahaman tentang konsep dan ciri-ciri ajaran agama. Sejauhmanakah agama mengalami persambungan atau perubahan daripada identitnya yang asal. Apakah tujuannya Membantu dalam menentukan keyakinan seseorang pada agama. Dapat diketahui agama manakah yang sebenarnya agama atau pseudoagama. Bagi ahli akademik dapat ditambah kefahaman dan pengertian tentang sesuatu agama.

SEJARAH DUNIA
Juga dikenali sebagai world history, international history, universal history, dan ecumenecal history.( dunia sebagai suatu unit politik yang bersifat partikularistik). Setiap istilah mempunyai pengertian tersendiri tetapi memadai kita katakannya sebagai sejarah dunia belaka. Bila bermula ? Sejak zaman klasik khususnya zaman Hellenisme ( kerajan Iskandar Zulkarnain). Konsep kesatuan dunia dimulai oleh falsafah Stoisime. Pengasasnya ZENO. Hasilnya wujud idea COSMOPOLIS atau kota sejagat. Zaman Pertengahan Era pengukuhan dengan konsep keuniversalannya oleh pensejarahan Kristian. Sejarah

digariskan dengan sejarah asal usul manusia, kemunculan bangsa dan jatuh bangun sesebuah kerajaan dan tamadun. Pensejarahan Kristian tidak bersifat ecumenical.

Konsep pensejarahan dunia baru Sebagai satu aliran dalam sejarah spekulatif. Para pendokong aliran Herder, Hegel, Oswald dan Arnold Toynbee. Tokoh abad ke 19 dan 20 : Leopold van Ranke, H.G. Wells dan Eduard Fueter. Perkembangan sejarah ini semakin pesat selepas PDII kerana dunia saling berhubung.

Pensejarahan Islam Islam agama universal. Konsep kesejagatan sedia dijelaskan. Kemunculan Islam mengubah bangsa Arab dan sejarah dunia seluruhnya. Pandangan Henri Pirenne Islam membawa 2 perubahan besar: Pemusnahan perpaduan kebudayaan barat. Pemindahan pusat ekonomi dari Rom Timur ke Utara. ** Dengan perubahan ini bermulanya Zaman Pertengahan di Eropah; diikuti oleh zaman Renaisans yang berpunca dari tamadun Islam. Islam mengubah dunia Dengan perubahan ini bermulanya Zaman Pertengahan di Eropah; diikuti oleh zaman

Renaisans dan zaman Moden di Eropah yang berpunca dari tamadun Islam. Hakikatnya : Islam telah mengubah sejarah dunia. ( Islamlah yang membentuk konsep sejarah dunia.)

SEJARAH WILAYAH
Lebih kecil dari sejarah dunia. Pembahagian kepada kawasan-kawasan tertentu, contoh : dunia barat dan timur, Timur Tengah, Asia Tenggara, dunia ketiga. Sejarah wilayah lebih dahulu berkembang dalam bentuk pratis daripada bentuk teori. Sejarah wilayah banyak menimbulkan kontroversi dalam menentukan kewilayahan masing-masing.

SEJARAH NEGARA
Berkembang selaras dengan perkembangan nasionalisme sesebuah negara. Wujud kerana kawasan baru merdeka dan mencari identiti nasional masing-masing. Bertolak dari sikap patriotik dan pragmatik, matlamat pengkajian sejarah untuk memupuk kesedaran sejarah.

Kontroversi Kesatuan unit politiknya yang berubah dan tidak tetap. Hampir semua negara terlibat dalam masalah perebutan hak milik kawasan. Konsep nasionalisme sendiri berubah-ubah dari masa kesemasa. Dalam Islam konsep ini bukan menjadi matlamat

SEJARAH TEMPATAN
Bersifat geografi unit kawasan yang kecil. Dalam tradisi Islam dinamakan sebagai kecintaan kepada kaum /wilayah sendiri. Di barat telah lama wujud tetapi mulai 1945 mulai popular. Muncul aliran Leicester School yang menjadikan satu jabatan sejarah di Universiri Leicester. Kelebihan Menarik perhatian kerana ada hubungan emosi dengan pengalaman seseorang. Tidak terlalu elitis/tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja. Bersifat inter disiplin tema dan kaedah penyelidikannya sediri yang luas dan menyeluruh. Falsafah sejarah ( meta-sejarah)

Dua aliran 1. falsafah sejarah klasik ( aliran spekulatif) - Bersifat spekulatif dan kontemplatif - Bersifat fungsional untuk mendapat teladan dan iktibar. 2. Aliran kritical atau analitik - Mementingkan kajian dan penyelidikan terhadap masa lampau.

SOSIOLOGI SEJARAH
Bersifat paradigmatik. ( menggunakan model / konsep-konsep sosiologi dalam kajian tentang sejarah. Konsep dan model sosiologi diguna untuk menganalisis perkembangan sejarah. Data sejarah dipakai untuk mengukuhkan teori dan konsep sosiologi.

PSIKOLOGI SEJARAH
Penggunaan konsep, idea dan teknik psikologi dalam kajian sejarah, terutama individuindividu pada masa lampau.

You might also like