You are on page 1of 7

AEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB OLEH: KAMARUDIN BIN JAFFAR KANDUNGAN

Pengenalan Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang. Konsep Pendekatan. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya, Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif yang dicetuskan oleh Hilda Taba. Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,intrepetasi data serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalah bersifat aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan. Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu inilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumus kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataanya adalah dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan..Beliau juga merumuskan pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu. Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , sesuatu pendekatan itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpetasi terhadap falsafah pendidikan Islam.Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak. Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Konsep Strategi Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan , terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit. Konsep Kaedah Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek. Konsep Teknik Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya.

Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara , syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar. Aras kemahiran Teknik mengajar Pengetahuan Latih tubi dan hafazan Kefahaman Syarahan Aplikasi Tunjuk cara atau demonstrasi Analisis Penyoalan Sintesis Perbincangan Penilaian Sumbangsaran Konsep Aktiviti Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan. Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan ,strategi, kaedah dan aktiviti dapat dilihat berdasarkan rajah berikut : Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Walaubagaimanapun , beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan bahasa arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar. Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam. Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh para ulama salaf tidak relevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara saksama dan jujur.Begitu juga dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun di peringkat tinggi. Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur fizikal sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas dengan jelas. Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut. Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ialah : 1. Kaedah Tematik. (Tariqah Al Mauduiyah) Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau mutholaah. Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imlaiyah)

Kaedah ejaan atau imlai ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka. Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing. Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan pandangan mazhab mereka. Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy

3. Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah) Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan. Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya. 4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah) Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran. 5. Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah) Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contohcontoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir. Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan. 6. Kaedah Induktif Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum. Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh. Rumusan Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.

BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam .7991 , . 7991 , Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Bahagian A , Kumpulan 1991 ,Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur .6991 Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur _________________, Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit Bahasa Arab Bahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan .Malaysia

1 lampiran

: . . .1 . . .2 . : . .1 : . . .2 . . . .3 . . . .4 . . . . .5 . .6 . . . .7 . .8 . : . .1 . . .2 . .3 . . .4 .5 .

: . . 1. . . . 2. . . . . 3. . . . 4. . . . 5. . . .

Penggunaan al-Quran dalam kaedah mengajar bahasa Arab

08APR2008Tinggalkan Komen
by ibnrajab in Bahasa Arab

Bismillahirrahmanirrahim.. Penggunaan al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu bahasa Arab terutama nahu (grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang utama oleh para nuhat (ahli-ahli nahu) sejak zaman berzaman. Bermula daripada Abu Aswad al-Duali yang telah menyahut seruan saidina Ali K.W dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan daripada segi nahu) dalam pembacaan al-Quran. Sibaweih (180H) dalam bukunya al-Kitab juga menggunakan dalil ayat-ayat al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu. Penggunaan dalil daripada ayat-ayat al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu dipanggil dengan istilah syahid al-quran. Syahid al-quran yang pertama digunakan oleh Sibawieh di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk pertama tentang ilmu nahu. Sekiranya dilihat pula Ibnu Hisham (761H) maka beliau juga menggunakan syahid al-Quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu bahasa Arab. Di dalam bukunya syarh qatr al-nada wa bal al-sada penggunaanya (syahid al-quran) yang pertama adalah dalam bab alkalimah apabila beliau membawa ayat al-quran sebagai dalil kepada jumlah mufidah.

Begitu juga Ibnu Aqil (769H) yang juga tidak ketinggalan dalam menggunakan syahid alQuran ini di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu. Syahid al-Quran yang pertama di dalam kitabnya syarh ibn Aqil ialah apabila beliau memperkatakan juga tentang al-kalam (iaitu al-kalimah). Jikalau ada pihak yang mengatakan Ibnu Hisham dan Ibnu Aqil kedua-duanya adalah syarih (orang yang melakukan huraian) kepada matan Ibnu Malik (alfiah) yang bersifat nazam atau syair maka sepatutnya lah mereka menggunakan al-Quran, maka kita lihat pula kepada ulama-ulama nahu yang melakukan huraian kepada matan al-ajrumiyah (bukan syair) yang juga menggunakan syahid al-Quran di dalam menghuraikan kaedahkaedah nahu. Kita ambil contoh al-Syeikh muhammad Ab al-Bariy (1298H) yang telah menulis nota tentang matan bekenaan menggunakan syahid al-Quran pada permulaan bab nahu lagi iaitu bab al-ikrab dan al-bina manakala al-syarih bagi matan al-ajrumiyyah pula iaitu al-Syiekh muhammad al-Raaini menggunakan syahid al-Quran, dan syahidnya yang pertama datang dari bab al-kalam. Sekiranya kita perhatikan ulama-ulama nahu terdahulu, mereka sangat berpegang teguh dengan al-quran di dalam pengajaran mereka tentang kaedah-kaedah nahu. Sehinggakan pada permulaan bab lagi mereka telah menggunakan al-Quran sebagai bukti atau dalil ketepatan kaedah yang dibawa. Tetapi apabila kita merujuk kepada kitab-kitab pengajaran nahu yang ditulis oleh ulamaulama kini, maka kita dapati sebahagian daripada mereka menggunakan al-quran dan sebahagian yang lain pula tidak menggunakan al-quran langsung di dalam menerangkan kaedah-kaedah nahu. Di antara kitab-kitab nahu yang masih menggunakan al-quran sebagai bukti ketepatan kaedah nahu adalah seperti kitab jami al-durus yang dikarang oleh al-Ghalayini (1912), kitab al-tatbiq al-nahwi karangan Dr. Abduh al-Rajihi (1988), dan juga kitab terbaru yang mengemukakan huraian (syarh) kepada matan al-ajrumiyyah yang telah dilakukan oleh Muhammad Mahyu al-Din Ab Hamid yang dinamakan dengan al-tuhfatu al-saniyyah juga tidak ketinggalan menggunakan syahid al-quran sebagai hujjah membuktikan ketepatan nahu bahasa Arab. Manakala kitab-kitab yang tidak menggunakan syahid al-quran di dalam menghuraikan kaedah-kaedah nahu adalah seperti kitab al-nahwu al-wadhih tidak menggunakan syahid al-quran pada kedua-dua jilid (untuk marhalah ibtidaiyah dan thanawiyyah). Begitu juga

buku-buku ringkasan nahu bahasa Arab yang digunakan di sekolah-sekolah juga tidak menggunakan syahid al-Quran ini. Kesimpulan daripada kajian yang sedikit ini (jika boleh dikatakan) bahawa terdapat kaitan yang jelas di antara menggunakan syahid al-quran dalam kaedah pengajaran bahasa Arab dengan penguasaan ilmu bahasa Arab itu sendiri dalam kalangan pelajar-pelajar. Maksudnya, kemungkinan kesukaran pelajar-pelajar dan kelemahan mereka menguasai ilmu bahasa Arab kerana mereka kini telah jauh daripada al-Quran itu sendiri yang mana suatu ketika dahulu didekatkan oleh guru mereka melalui kaedah penggunaan syahid alQuran. Hal ini demikian kerana kaitan al-quran itu sendiri dengan bahasa Arab adalah diibaratkan seperti isi dengan kuku. Tidak sempurnalah jari yang tidak mempunyai kuku tetapi hanya ada isinya sahaja dan begitulah sebaliknya. Jadi usaha untuk memantapkan kembali penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah dengan mengembalikan mereka kepada kaedah sebagaimana yang diasaskan oleh ulama terdahulu, di antaranya adalah menggunakan al-Quran di dalam pengajaran nahu bahasa Arab itu sendiri. Sesungguhnya mukjizat al-quran yang maha suci itu memungkinkan pelajar mudah faham tentang kaedah-kaedah nahu yang nampak seakan-akan terlalu susah kini. Mudahmudahan usaha mengembalikan al-quran bersama kaedah pengajaran nahu akan memantapkan kembali penguasaan nahu dan bahasa Arab itu sendiri. Wallahu aklam.

You might also like