You are on page 1of 21

SEKAPUR SIRIH

Saya Bashirah Bt. Arjunaidy yang bernombor maktab 114033, akhirnya telah berjaya menyelesaikan folio kerjaya yang merupakan salah satu keperluan Kursus Kerjaya (KPD 511). Alhamdulillah, masa yang diberikan untuk melaksanakan folio ini dapat digunakan dengan sebaik dan semaksima mungkin. Saya sedar bahawa folio ini akan memudahkan saya memilih bidang pengajian saya di Institut Pengajian Tinggi sejurus selepas menerima keputusan Sijil Penilaian Malaysia 2013 nanti. Folio kerjaya inilah yang membezakan para pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Para pelajar MRSM diberi peluang untuk menguji kecenderungan dan kelebihan masing-masing melalui pelbagai ujian personaliti yang diadakan di maktab bersama-sama kaunselor. Setelah itu, barulah para pelajar mendapat keyakinan untuk memilih bidang kecenderungan mereka. Maka, terciptalah folio kerjaya ini yang memudahkan para pelajar meneroka bidang kesukaan mereka sendiri sebagai batu loncatan untuk masa hadapan. Kesempatan yang diberikan untuk menemubual tokoh yang arif dalam bidang yang ingin diceburi memberikan suatu pengalaman yang baru kepada setiap pelajar. Bermula dari kerjaya seorang professional sehinggalah seorang praktikal. Segala informasi yang diperoleh amat berguna untuk bidang yang diceburi dan memberi semangat kepada para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti tokoh.

PENGHARGAAN
Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa berhentu sepanjang cuti sekolah akhir semester 2011 ini, akhirnya saya telah berjaya menyelesaikan folio kerjaya yang merupakan salah satu keperluan Kursus Kerjaya (KPD 511). Saya amat gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja folio kerjaya ini kerana ianya amat menepati format yang diberikan oleh para kaunselor maktab. Folio ini tidak mungkin akan terhasil dengan baik sekiranya tiada pihak-pihak dan individu yang menyumbangkan jasa penting dalam penghasilan folio kerjaya ini. Pertama sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kaunselor MRSM Tun Abdul Razak, Pekan yang tidak jemu-jemu member dorongan dan tunjuk ajar yang amat berguna kepada saya. Segala kemusykilan dan pertanyaan yang saya hadapi dapat diselesaikan dengan mudah dengan bantuan para kaunselor maktab yang saya kasihi sekalian. Seterusnya, jutaan penghargaan saya ucapkan kepada ayah, Arjunaidy B. Isa serta ibu saya, Fauziah Bt. Jaafar Babjee kerana banyak memberi bantuan dari segi kewangan dan dorongan yang tidak henti-henti sehinggalah saya menyelesaikan folio kerjaya ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka kerana tidak bosan untuk membawa saya menemui tokoh pilihan saya yang berada kira-kira 9 km dari rumah.

Selain itu, penghargaan ini juga saya ucapkan kepada Dr.Yuszahanim Bt. Yusoff iaitu seorang Pengarah Urusan di Klinik Pergigian Redha, Taman Connought kerana sudi untuk ditemubual dan berkongsi pengalaman beliau bersama saya.Akhir sekali, terima kasih saya hulurkan kepada rakan-rakan semaktab yang tidak lokek berkongsi informasi dan member tunjuk ajar kepada saya yang sedikit sebanyak membantu saya dalam proses pelaksanaan folio kerjaya ini.

TUJUAN FOLIO KERJAYA


Saya amat menyedari dan tahu mengenai tujuan utama folio ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memdalami bidang pilihan mereka. Selain itu, pelbagai kelebihan dan kebaikan lain yang dapat saya amati ketika melengkapkan folio ini. Antaranya ialah :Dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sejarah bidang pilihan untuk ke Institut pengajian tinggi kelak. Dapat mengetahui senarai penaja dan biasiswa kerajaan dan swasta agar tidak terlambat untuk memohon sekiranya layak. Dapat mengenali ciri-ciri personaliti seseorang itu untuk menceburi bidang yang diminati kerana yang paling penting untuk menentukan kerjaya ialah minat yang mendalam dalam sesuatu bidang itu. Dapat meletakkan syarat kemasukan sebagai batu loncatan dan cabaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang pilihan tersebut supaya dapat berusaha keras untuk mencapai cita-cita. Dapat mempelajari pelbagai kerjaya yang dapat diceburi dalam bidang yang ingin dikaji dan terbukti sesuatu bidang itu kerjayanya tidak terhad. Memudahkan proses kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi dalam bidang yang ingin diceburi nanti.

BIDANG / KURSUS YANG DIKAJI


Saya telah memilih BIDANG PERUBATAN sebagai platform seterusnya untuk menyambung pelajaran setelah Berjaya menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) kelak. Bidang Peubatan adalah bidang yang amat mencabar. Bukan calang-calang orang yang dapat mengambil pengajian itu apatah lagi ia mengambil masa yang lama. Bidang perubatan menjanjikan anda gelaran doktor, satu nama yang cukup disegani di kalangan masyarakat kerana mereka dianggap ikon. Perubatan dikatakan bidang yang kurang diminati anak Melayu dan bilangan yang mengambil kursus berkenaan di universiti boleh dibilang dengan jari.
Kini, semakin ramai yang mahu mencuba bidang yang memerlukan ketahanan mental itu apatah lagi berhadapan dengan latihan amali yang memenatkan. Begitupun, jumlah pelajar Melayu dalam bidang perubatan dikatakan masih kecil berbanding bangsa lain.

Justeru, saya berpendapat bahawa menceburi BIDANG PERUBATAN bukan sahaja menjamin masa hadapan yang cerah, tetapi juga dapat membantu masyarakat dan Negara ke arah yang lebih sejahtera dan harmoni.

CIRI-CIRI PERSONALITI YANG PERLU DIMILIKI


Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka; Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah; Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan; Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis; Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan; Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya; Berkemahiran berkomunikasi; Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

SYARAT KEMASUKAN KE BIDANG PERUBATAN Syarat kemasukan lepasan SPM

Warganegara Malaysia Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurangkurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu Biology Chemistry Physics Bahasa Inggeris Additional Mathematics Mathematics Lulus ujian dan temuduga. Pertimbangan pemilihan temuduga akan diberi kepada pelajar yang lulus SPM tahun semasa sahaja dengan cemerlang dan mendapat sekurang-kurangya 8A ke atas melibatkan matapelajaran sains.

Syarat kemasukan bagi calon lepasan STPM


Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.67 pada peringkat STPM Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (NGMP 3.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut : Biology Chemistry Physics / Mathematics Mendapat sekurang-kurangnya Gred B / 4B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Physics Chemistry Biology Mathematics Additional Mathematics Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET) Lulus temu duga yang ditetapkan.

Syarat kemasukan bagi UITM / matrikulasi


Mendapat 3.50 Minimum CGPA/PNGK

Gred A- (3.67) dalam dua (2) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:

Biologi Kimia

dan Gred B+ (NGMP 3.33) dalam satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut:

Matematik/ Fizik Lulus SPM/ Setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Biologi, Kimia dan satu (1) mata pelajaran dari mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan/ Fizik MUET Band 3

DAN

Syarat kemasukan bagi calon lepasan Diploma


Mendapat 3.50 untuk minimum CGPA/PNGK Diploma Sains/ Diploma Mikrobiologi/ Diploma Teknologi Makmal Perubatan/ Diploma Farmasi MUET Band 3

SENARAI IPT TEMPATAN DAN LUAR NEGARA YANG MENAWARKAN BIDANG PERUBATAN Malaysia
Universiti awam

University of Malaya, Faculty of Medicine Universiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Medicine Universiti Sains Malaysia, School of Medical Sciences Universiti Putra Malaysia, Faculty of Medicine and Health Sciences Universiti Malaysia Sabah, School of Medicine Universiti Malaysia Sarawak, Faculty of Medicine and Health Sciences International Islamic University Malaysia, Kulliyyah of Medicine Universiti Teknologi MARA, Faculty of Medicine Universiti Sains Islam Malaysia, Faculty of Medicine & Health Sciences Universiti Darul Iman,Faculty of Medicine

Universiti dan kolej swasta


Perdana University Graduate School of Medicine, School of Medicine in collaboration with Johns Hopkins University School of Medicine International Medical University, Faculty of Medicine Monash University Malaysia, School of Medicine and Health Sciences AIMST University, Faculty of Medicine and Health Sciences Allianze College Of Medical Sciences, Faculty Of Medicine UCSI University, Faculty of Medical Sciences - School of Medicine Management and Science University, International Medical School Cyberjaya University College of Medical Sciences, Faculty of Medicine Royal College of Medicine Perak, School of Medicine Melaka Manipal Medical College, School of Medicine Penang Medical College, School of Medicine MAHSA University College, Faculty Of Medicine Newcastle University Medicine Malaysia ( NuMED),Faculty of Medicine Management and Science University, International Medical School Taylor's University College,School of Medicine Universiti Tunku Abdul Rahman, School of Medicine Masterskill University College,School of Medicine

Sekolah perubatan di Mesir


Al-Azhar Medical School, Al-Azhar University Kasr El-Aini Faculty of Medicine, Cairo University Ain Shams University Faculty of Medicine Alexandria Faculty of Medicine Mansoura Faculty of Medicine Mansoura Manchester Medical Programme Faculty of Medicine Zagazig University Malaysian Programme Faculty of Medicine Zagazig University Benha Faculty of Medicine, Benha University Fayoum Faculty of Medicine Assiut Faculty of Medicine Suez Canal Faculty of Medicine Minia Medical School Monoufia Faculty of Medicine Sohag Faculty of Medicine Tanta Faculty of Medicine Misr University for Science and Technology Faculty of Medicine

Sekolah perubatan di Sentral Amerika


Costa Rica

Colegio Universitario San Judas Tadeo Escuela Autonoma de Ciencas Medicas de Centro America Universidad Autonoma de Centro America Universidad de Costa Rica Universidad de Iberoamerica (UNIBE) Universidad Hispanoamerica Universidad Internacional de Las Americas Universidad Latina de Costa Rica

Mexico

Instituto Politcnico Nacional, Escuela Superior de Medicina Instituto Politcnico Nacional, Escuela Nacional de Medicina y Homeopata Instituto Tecnologico y de Estudios Superiores de Monterrey Universidad de Guadalajara, Facultad de Medicina Universidad Autnoma de Aguascalientes, Centro de Ciencias de la Salud Universidad Autnoma de Baja California (UABC), Facultad de Medicina Universidad Autnoma de Guadalajara, Facultad de Medicina Universidad Veracruzana, Facultad de Medicina Universidad Autnoma de Nuevo Len (UANL), Facultad de Medicina Universidad Autnoma de Coahuila (Unidad Torren), Facultad de Medicina Universidad Autonoma Metropolitana

Universidad de Monterrey (UDEM) Universidad Autnoma de Sinaloa. Facultad de Medicina Universidad Autnoma de Veracruz Villa Rica. Facultad de Medicina Universidad Autnoma de San Luis Potos. Facultad de Medicina Universidad Juarez del Estado de Durango Campus Gomez Palacio. Universidad Mxico Americana del Norte A.C., Escuela de Medicina Universidad Nacional Autnoma de Mxico, Facultad de Medicina Universidad Nacional Autnoma de Mxico, Facultad de Estudios Superiores Iztacala Universidad Nacional Autnoma de Mxico, Facultad de Estudios Superiores Zaragoza Universidad La Salle, Facultad de Medicina Universidad Panamericana. Escuela de Medicina Universidad Westhill. Escuela de Medicina .Ciudad de Mexico Universidad del Ejrcito y Fuerza Area. Escuela Mdico Militar Universidad Autnoma de Chiapas. Facultad de Medicina Humana Universidad Autnoma de Campeche. Facultad de Medicina Universidad de Guanajuato, Facultad de Medicina Universidad del Mayab, Escuela de Medicina Universidad Autnoma de Yucatn. Facultad de Medicina Universidad Anhuac. Escuela de Medicina Universidad Autnoma de Quertaro. Facultad de Medicina Universidad Autnoma "Benito Jurez" de Oaxaca. Facultad de Medicina Universidad Michoacana de San Nicolas Hidalgo, Facultad de Medicina Universidad Juarez Autonoma de Tabasco

New Delhi

AIIMS ( All India Institute of Medical Sciences ) UCMS (University College of Medical Sciences); with GTB Hospital MAMC (Maulana Azad Medical College); with GB Pant Hospital and LNJP Hospital LHMC (Lady Hardinge Medical College); with RML Hospital VMMC (Vardhman Mahavir Medical College); with Safdarjung Hospital ACMS (Army College Of Medical Sciences); with Base Hospital, Delhi Cantt.

Senarai sekolah perubatan tertinggi di Indonesia Senarai sekolah perubatan rating 15 tertinggi pada tahun 2007 berdasarkan analisa daripada PDAT (Pusat Data Analisa Tempo). 1. Faculty of Medicine University of Indonesia 2. Faculty of Medicine Gadjah Mada University, Yogyakarta 3. Faculty of Medicine Airlangga University, Surabaya 4. Faculty of Medicine Padjadjaran University, Bandung 5. Faculty of Medicine Diponegoro University / Diponegoro University, Semarang 6. Univeristas Hassanudin - Makkasar 7. Universitas Sumatera Utara - Medan 8. Universitas TRISAKTI - Jakarta 9. Universitas Sriwijaya - Palembang 10. Universitas UDAYANA - Denpasar 11. Faculty of Medicine Atma Jaya Catholic University 12. [http://fk.unand.ac.id Andalas University - Padang 13. Faculty of Medicine Brawijaya University, Malang 14. Faculty of Medicine Maranatha Christian University, Bandung 15. Faculty of Medicine Sebelas Maret University, Surakarta Sekolah perubatan di Rusia

Altai State Medical University Amur State Medical Academy Arkhangelsk State Medical Academy Astrakhan State Medical Academy Bashkir State Medical University Cecenja State University Chelyabinsk State Medical Academy, Institute of Medical Education Cita State Medical Academy Cuvassia State University Medical Faculty Dagestan State Medical Academy Habarovsk State Medical Institute I.M. Sechenov Moscow Medical Academy Irkutsk State Medical University Ivanovo State Medical Academy Izhevsk State Medical Academy Jewish State Academy (Moscow), Faculty of Medicine Kabardino-Balkarian State University, Medical Faculty Kemerovo State Medical Academy Kirov State Medical Institute Krasnoyarsk Medical Academy Kuban State Medical Academy

Kursk State Medical University, is the first university in Russia to offer full English Medium Studies. Tver State Medical Academy Kazan State Medical University, Medical Faculty M.K. Ammosov Sakha (Yakutsk) State University, Faculty of Medicine Military Medical Academy Mordovian Ogarev State University, Faculty of Medicine Moscow Medical Stomatology Institute, Medical Faculty Moscow State University (M.V. Lomonosov) Nizhny Novgorod State Medical Academy, Faculty of Medicine North Ossetian State Medical Academy Novgorod State University (Jaroslav the Wise), Faculty of Medicine Novosibirsk Medical Institute Omsk State Medical Academy Orenburg State Medical Academy Osh State University, Medical Institute People's Friendship University of Russia, Faculty of Medicine Perm State Medical Academy Petrozavodsk State University, Faculty of Medicine Rostov State Medical University Russian National Research Medical University named after N.I. Pirogov, (formerly known as Russian State Medical University (RSMU) Ryazan State Medical University, Faculty for post graduates in English Saint Petersburg State Mechnikov Medical Academy Saint Petersburg Medical Academy of Postgraduate Studies Saint Petersburg State Pavlov Medical University Saint Petersburg State Pediatric Medical Academy Saint Petersburg State University, Faculty of Medicine Samara State Medical University, Medical Institute Saratov State Medical University Siberian State Medical University Smolensk State Medical Academy Stavropol State Medical Academy Tver State Medical Academy Tyumen State Medical Academy (TSMA) Ural State Medical Academy Vladivostok State Medical University The Volgograd State Medical University Voronezh N. N. Burdenko State Medical Academy Yakutsk State University Yaroslavl State Medical Academy, Medical Faculty

SUMBER-SUMBER TAJAAN & BIASISWA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Yayasan Pelajaran MARA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Pertahanan PTPTN

Agensi Yayasan Negeri


Yayasan Wilayah Persekutuan Yayasan Perak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yayasan Selangor Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Melaka Yayasan Pahang Yayasan Sarawak Kumpulan Yayasan Sabah lembaga Biasiswa Negeri Kedah Jabatan Zakat Negeri Kedah Yayasan Pelajaran Johor Yayasan Terengganu Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Pulau Pinang Yayasan Kelantan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)


Yayasan Khazanah Bank Negara Yayasan Bursa Malaysia Yayasan FELDA

Agensi Swasta

Taylor's Universiti College Universiti Multimedia

International Medical University (IMU) Fairview International School, Kuala Lumpur ASTRO HSBC MAXIS Yayasan Chemical Company of Malaysia (CCM) United Malacca Berhad Utusan Group Yayasan Sime Darby The Star Kuok Foundation Berhad GAB Foundation

BIDANG KERJAYA DALAM PERUBATAN

Doktor Perubatan Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit. Keterangan Tugas Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit; Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis; Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis; Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu; Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan; Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum; Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain; Menyediakan dokumen dan laporan saintifik; Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya: Doktor Perubatan Pakar Bedah Pakar Questetik Pakar Psikiatri Pakar Oftamologi Pakar Kardiologi Obstetrision Dan Pakar Ginakologi Pakar Neurologi Ahli Farmasi Doktor Haiwan Doktor Pergigian Kelulusan Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30 ETP RM 165.00 EKA RM 170.00 Elaun Kritikal RM 500.00 Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00

Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri. Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain

Doktor PergigianJ Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan.

Pergigian melibatkan sebilangan amalan yang berkaitan dengan kaviti mulut. Rawatan yang paling biasa yang melibatkan pembedahan gigi ialah rawatan untuk karies atau pereputan gigi. Gigi yang mereput diisi dengan amalgam gigi, komposit gigi, atau porselin gigi. Pembedahan mulut dan rahang adalah salah satu bentuk pembedahan gigi yang lebih terperinci. Doktor gigi boleh mempreskripsikan perubatan, sinar-x, dan peralatan bagi kegunaan rumah dan pejabat. Kebanyakan penyakit mulut (seperti keratosis odontogenik dwisisi) dan keganjilan (seperti beberapa batang gigi yang tidak tanggal) boleh menandakan penyakit bersistem, saraf ataupun lain-lain penyakit. Kebanyakan pengamal pergigian melakukan pembaikan, pemasangan gigi palsu, terapi endodontik tetap, terapi periodontal tetap dan eksodontia mudah, dan juga pemeriksaan. Kebanyakan pengamal am selesa merawat kes rumit seperti menanam implan dan dan mengekstrak gigi bongsu. Semua doktor gigi harus mencapai beberapa peringkat kemahiran dalam pelbagai bidang untuk lulus dari sekolah pergigian dan memperoleh lesen. Seorang doktor gigi biasa harus mempunyai sekurang-kurangnya mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang biologi atau bidang lain yang berkaitan di kolej, maka sekurang-kurangnya empat lagi tahun Pendidikan-siswazah di sebuah kolej pergigian. Setelah selesai sehingga, doktor gigi yang telah menerima sama ada doktor falsafah pada pembedahan pergigian atau doktor mengenai perubatan pergigian. Selepas menyelesaikan studi, sesetengah doktor gigi di Cookeville memilih untuk setahun internship dan latihan bagi pengkhususan sebelum mengamalkan profesion mereka. Terdapat sekurang-kurangnya sembilan diiktiraf kepakaran pergigian yang memerlukan kajian lanjutan dan latihan. Setelah selesai mengadakan kajian ke atas, doktor gigi akan diberikan lesen khas yang membolehkan mereka amalan pergigian kepakaran mereka telah diambil.

Pegawai Pergigian Mereka bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Seorang Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan diagnosa. Mereka juga akan melakukan rawatan seperti tampalan, cabutan, dan gigi palsu. Untuk menjadi Pergawai Pergigian, anda perlu mempunyai ijazah di dalam pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negeri. Pengamal pergigian perlulah mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Semenjak 29 Jun 2001, setiap pegawai baru perlu berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun. Umunya tangga gaji permulaan adalah bermula dari P1T5. Mereka boleh berkhidmat sama ada di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Orang Asli, dan swasta. Jururawat Pergigian Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan kanakkanak, kerjaya ini adalah sangat sesuai. Tugas mereka adalah memberi rawatan kepada kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah. Mereka juga akan terlibat dalam promosi pendidikan kesihatan pergigian yang dibuat dalam bentuk ceramah, play, pameran dan kempen. Sekarang, latihan untuk menjadi jururawat pergigian hanya terdapat Kolej Pergigian Latihan Kanak-Kanak di Pulau Pinang. Setelah tamat latihan pelajar akan diberi Diploma Kejururawatan Pergigian. Juruteknologi Pergigian Jika anda seorang yang gemarkan kerja tangan dan kejuruteraan, anda sesuai memilih bidang ini. Seorang Juruteknologi Pergigian, mereka akan membuat prostesis (gigi palsu, korona), aplian ortodontik, an aplian pembedahan mulut. Selain daripada itu, mereka juga terlibat di dalam pembaikan peralatan pergigian dan pembangunan klinik. Pembantu Pembedahan Pergigian Pembantu pembedahan pergigian bertanggungjawab dalam membantu pegawai pergigian dan jururawat dalam pengurusan pesakit. Mereka juga bertanggungjawab di dalam infleksi kontrol di bilik rawatan. Selain itu, mereka juga boleh menerima resit bayaran daripada pesakit serta mengemaskini rekod atau kad rawatan pesakit.

Keterangan Tugas Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan menggunakan peralatan pergigian dan x-ray; Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan; Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat; Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi; Merekabentuk, membuat dan memasang gigi palsu penuh dan sebahagian, ortodontik dan alat pergigian lain serta menjalankan kerja pemasangan titian gigi; Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu; Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan kesihatan pergigian;

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: a.Pakar Ortodontik yang banyak membantu memperbaiki rupa bentuk dan fungsi rahang dan gigi kita. b. Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami penyakit teruk seperti kanser mulut dan seumpamanya. c.Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit pergigian yang berleluasa. d.Pakar Pergigian Kanak-kanak yang banyak membantu memulihkan keadaan kesihatan pergigian kanak-kanak. e.Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang mengidap penyakit gusi dan periodontium. f.Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat. g.Pakar Pemeliharaan Gigi pula akan mengetahui semua jenis rawatan tampalan yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. h.Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya.

Ciri-Ciri Peribadi

Doktor pergigian memerlukan gabungan pengetahuan perubatan, kemahiran klinikal, kekuatan manual dan minat untuk bekerja dengan orang pelbagai usia dan latar belakang. Sebagai tambahan, mereka juga perlu :

Sihat tubuh badan; Mempunyai ketangkasan manual dan visual; Pintar; Berkemahiran dalam menjalinkan hubungan perseorangan; Sikap yang menyenangkan dan mententeramkan; Minat dalam bidang fizik, kimia dan biologi; Suka bergaul dengan orang. Jika seseorang calon bersedia untuk mengambil Sarjana Muda Sains Pergigian(BDS), beliau / dia mesti ada kesabaran, stamina untuk bekerja keras untuk tempoh yang panjang, kesihatan yang baik, perangai sejuk, kuat kemahiran interpersonal, kuasa penumpuan, ketangkasan pengguna, ketepatan bersama-sama dengan mata yang berminat untuk terperinci. Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,739.10 ETP RM 165.00 EKA RM 170.00 Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00

Prospek Kerjaya Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian.

Terdapat computer peluang untuk gigi di jabatan-jabatan pergigian di hospital-hospital, rumah nursing, klinik pergigian dan jabatan kesihatan serta pengajaran jabatan di kolej pergigian. Selain itu, doktor gigi boleh bekerja dalam Penyelidikan dan fungsi Penasihat syarikat farmaseutikal dan lain-lain yang mengeluarkan produk penjagaan gigi dan ubat-ubatan seperti ubat gigi, cuci mulut, produk penjagaan gusi dan lain-lain Terdapat beberapa doktor gigi yang lebih suka bekerja sendiri seperti doktor yang lain, yang juga merupakan pilihan yang menguntungkan. Kebanyakan doktor gigi adalah pengamal umum yang bekerja dalam amalan persendirian dan mampu untuk mengupah sebilangan kecil syarikat-syarikat bersekutu atau pembantu. Terdapat permintaan yang tinggi untuk rawatan pergigian oleh penduduk penuaan, dan penjagaan pencegahan adalah satu trend di kalangan syarikat insurans. Sekarang adalah peluang yang sempurna bagi anda untuk mendapatkan pendidikan yang besar dan menjadi sebahagian daripada kelas pekerja yang mendapat nama baik daripada pesakit-pesakit mereka telah dijaga.

KESIMPULAN
Setelah menyelesaikan folio kerjaya ini, saya yakin bahawa bidang perubatan adalah bidang yang amat sesuai dengan personaliti saya. Bidang perubatan bukan sahaja luas untuk diceburi malah memberi masa hadapan yang cerah kepada setiap kerjaya yang berada di bawah bidang ini. Meskipun begitu, untuk menceburi bidang perubatan memerlukan minat yang kuat untuk mempelajarinya. Itulah antara kata-kata tokoh saya iaitu Dr. Yuszahanim Bt. Yusoff yang tersemat di minda saya. Dengan melihat senarai institut pengajian tinggi awam dan swasta yang menyediakan kursus perubatan ini membuatkan saya percaya bahawa kerajaan Malaysia ingin menambah bilagan pelajar bidang perubatan kerana tenaga muda bidang perubatan amat kritikal. Senarai biasiswa dan penaja dalam bidang perubatan ini amat banyak dan pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada para pelajar perubatan. Hal ini membuktikan bahawa, pelbagai pihak ingin menigkatkan lagi produksi pelajar bidang perubatan untuk memenuhi kekurangan tenaga doktor pada masa kini. Kerjaya dalam bidang perubatan bukan sahaja mulia malah ianya juga membuatkan kita semakin dekat dengan Pencipta kita. Kerjaya dalam bidang perubatan tidak terhad sama ada dalam bidang awam mahupun swasta. Bermula dengan bekerja di hospital kerajaan atau swasta, sehinggalah berjaya membuka rangkaian klinik sendiri. Ini adalah salah satu sebab mengapa saya tertarik untuk menceburi bidang ini kerana kerjayanya yang tidak pernah terhad. Malah menjadi doktor tidak mengira usia sama ada muda mahupun tua. Selagi seseorang itu pernah menjadi doktor, dia akan tetap menjadi doctor selagi hayat dikandung badan. Dengan melaksanakan folio kerjaya ini, ianya menbuatkan saya tidak sabar untuk belajar sehabis baik agar boleh menceburi bidang perubatan yang memang menguji ketahan fizikal dan mental. Saya amat berharap cita-cita saya untuk menjadi doktor akan tercapai dengan memdalami kerjaya ini dengan lebih mendalam.