You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Zaman remaja merupakan suatu tempoh peralihan yang penuh dengan perubahan dan cabaran yang ada kalanya menimbulkan pelbagai perasaan negatif. Ahli psikologi mengatakan bahawa no man is an island yang membawa maksud remaja sentiasa dikelilingi keluarga dan masyarakat untuk membimbingnya ke arah hidup yang sejahtera. Namun begitu, pada abad yang ke-21 ini ketika kanak-kanak dan remaja melalui pengalaman zaman persekolahan sudah terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh mereka terutama dari segi kelakuan tingkah laku. Pengaruh-pengaruh negatif yang terkesan dalam diri kanak-kanak dan remaja ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor pemakanan, persekitaran, keluarga dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan ketara pada institusi kekeluargaan apabila ibu bapa yang bekerja hanya menumpukan perhatian pada kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Era globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat amnya mengambil sikap sambil lewa dan leka dari menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga sehinggakan ia menjadi salah satu penyebab kepada masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dan remaja dikelilingi keluarga, guru dan rakan sebaya yang sejak kecil dididik bermula dari perkembangan mereka melalui cabaran-cabaran dalam kehidupan. Jika disingkap dengan lebih mendalam, anak-anak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh keadaan persekitaran. Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat dikenalpasti seperti faktor neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi masalah kepada pelajar-pelajar lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.

2.0 KONSEP DAN DEFINISI HIPERAKTIF

Secara amnya, masalah kanak-kanak yang hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik-klinik seluruh negara termasuklah negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Kanak-kanak mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti manakala pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Keseimbangan pula merujuk kepada kemahiran kanak-kanak berhubung dengan obejk persekiatarannya ( Scrib, 2010 ). Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.

Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD ( Attention Deficit Hyperactive Disorders ). Hiperaktif juga merupakan suatu kepayahan dalam mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan. Sebagai contoh, mereka tidak pernah memikirkan sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak sendiri.

3.0 CIRI-CIRI PELAJAR HIPERAKTIF

Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga aspek. Seorang guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi anak muridnya dan masalah hiperaktif seorang murid juga dapat dikenalpasti melalui tingkah lakunya. Pertama ialah masalah hiperaktif. Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak akan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak pada tangan dan kaki serta akan mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini tidak akan duduk di kerusi mereka sewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di situ dan ada guru yang sedang mengajar ketika itu. Selain itu,mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan daripada kanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan masalah ini menyebabkan kanak-kanak hiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan dan permainan berbanding murid yang lain. Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk belajar secara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar bergerak cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan Aspek kedua dalam masalah hiperaktif ini ialah kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di dalam kelas mereka tidak akan memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka walaupun itu merupakan guru mereka. Kanak-kanak ini akan melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka dan akan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka. Tambahan lagi, menurut para penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa. Di samping itu, aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah aspek menurut kata hati (Impulsivit). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan spontan sebelum soalan yang diajukan belum habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu giliran serta sering menggangu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Gejala hiperaktif ini boleh dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada kanak-kanak ini berlaku dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau tempat awam. Walaubagaimanapun, perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah dengan rakanrakan dan kehidupan sehariannya.
3

4.0 TEORI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI

4.1 Pendekatan Konstruktivisme Sosial

Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat meng ukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini. Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.

4 . 2 Teori Kognitif Piaget

Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapat bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain itu , Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piag et menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka

mengenai perkaitan sebab dan kesannya. Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengan skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai

pengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Ole h sebab itu, pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognitif yang seimbang dalam kehidupan mereka.

5.0 FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HIPERAKTIF Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling. 5.1 Faktor Genetik Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif. 5. 2 Faktor Neurologik Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yangmengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).

Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif. Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut. 5. 3 Faktor Kultural dan Psikologi Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan. a) Faktor pemanjaan Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa.

b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanakkanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanakkanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah. Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid BinArshat, 2010).

c) Orientasikan kesenangan Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanakkanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.

5. 4 Pengaruh Sekolah Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, mereka merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan perhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)

6.0 KESAN PELAJAR YANG MENGALAMI GANGGUAN HIPERAKTIF

7.0 PENDEKATAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari pihak ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan sebaikanya. Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang hendak disampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar lain yang berada di dalam bilik darjah tersebut. Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan yang dipanggil sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang guru itu mengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapa dan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas. Dalam membuat diagnosis yang lengkap, ia memerlukan penilaian daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yang menyebabkan seseorang pelajar hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti tingkah laku pelajar yang mengalami masalah hiperaktif. Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar hiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru semasa di dalam bilik darjah. Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini berdekatan dengan meja guru iaitu sebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini membolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi pelajar berkenaan walaupun pada masa yang sama guru tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui pemerhatian dan pengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini dengan lebih jelas dan dapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar itu dan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di dalam bilik darjah.

10

Selain itu, pendekatan seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan pelajar hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu mengelakkan dari meletakkan tempat duduk pelajar ini bersebelahan atau berhampiran dengan tingkap atau pintu dan lukisan yang berwarna. Ini akan mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan pelajar ini menyelinap keluar tanpa disedari oleh guru, akan menyebabkan diri mereka tercedera jika duduk berdekatan dengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana , sifat semulajadi pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya sangat menebal (Jas Laile Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang pergerakan mereka untuk mendekati sesuatu yang berada di sekitarnya sekaligus akan menyebabkan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam membantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan bahawa hanya peralatan yang diperlukan sahaja berada di atas meja pelajar terbabit. Peralatan-peralatan lain yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi memastikan objek-objek yang tidak diperlukan ini akan menganggu pembelajaran mereka. Guru juga digalakkan untuk memberi pujian terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebih tenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Pujian yang diberikan guru ini adalah penting supaya mereka akan mengekalkan sikap yang positif ini sekaligus akan meningkatkan semangat mereka untuk berubah. Pendekatan multidisiplin pula memerlukan ibu bapa membawa anal-anak mereka

berjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan menggunakan cara perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka dalam bentuk yang normal. Pendekatan ini memerlukan bantuan pakar terutamanya pakar kanak-kanak supaya anak-anak mereka akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko yang bertambah buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu bapa harus sedar jika mereka melakukan hukuman yang terlalu berat ia mungkin akan meninggalkan kesan-kesan hitam dalam hidup anak mereka. Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara negatif terjadi akibat kesalahan ibu bapa dalam menghukum, membawa anak mereka berjumpa pakar adalah jalan terbaik. Ini kerana semasa dalam perhatian pakar, anak-anak yang bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana untuk menjalinkan hubungan sosial dengan keluarga, rakan dan masyarakat.
11

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah ibu bapa perlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan penyakit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif ini, ibu bapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang dalam hidangan anak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan kemurungan. Tiada sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah penting (Kementerian Kesihatan Malaysia,2008). Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan. Berdasarkan kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh menurunkan kadar hiperaktiviti dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk mengawal masalah ini digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia disarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang biasa digunakan adalah jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai kesan sampingan yang biasa berlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Sebelum mengambil ubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan sampingannya perlu sentiasa dipantau.

12

8.0 KESIMPULAN

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila kanakkanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-teman yang lain. Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan. Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapat memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan

bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

13

9.0 BIBLIOGRAFI

Gangguan hiperaktif dalam kelas (2010). Diperoleh pada November 8, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas Hamid BinArshat, 2010. Kanak-kanak yang hiperaktif. Diperoleh pada 6 November 2011. (http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanakkanak-yang-hiperaktif.html) Hiperaktif: Masalah kanak-kanak ADHD dan kepentingan permakanan (2008). Diperoleh pada November 9, 2011 daripada http://pkbp.smkintan.edu.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=111 Huffman, Karen (2002). P sychology in Action. USA: John Wiley & Sons.

Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan gaya pemakanan. Diperoleh pada November 11, 2011 daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Kecelaruangayapemakanan.php Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD) . Diperoleh pada November 10, 2011 daripada http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanakkanak/KecelaruanHiperaktifkanak_kanak.p hp Mohd Faldz Ibrahim, 2007. Membimbing anak hiperaktif. Diperoleh pada 4 November 2011. (http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing- Anak-Hiperaktif) Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). P sikologi P ersonaliti. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

Norman Supadma, 2009. Hiperaktif P ada Anak. Diperoleh Pada 30 Ogos 2010, daripada http://bali.forumotion.net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-anakt1540.htm

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). P sikologi P endidikan Untuk P erguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Raihanah Abdullah, 2004. Anak hiperaktif berkurang apabila Umur Meningkat. Diperoleh pada 6 November 2011. (http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid4 8 Scrib (2010). Kanak-Kanak & Perm ainan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-ataukurang-tumpuan

Zuhayati yazid, 2009. Menangani Anak-anak hiperaktif. Utusan Malaysia. Diperoleh pada 4 November 2011. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0924&pub=Utusan_M alaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

15

You might also like