Professional Documents
Culture Documents
Dasar ini juga memberi manfaat keapda golongan yang berpendapatan rendah. Penglibatan yang menyeluruh ini telah dicapai melalui tawaran awam kepada orang ramai dan juga pelabur institusi seperti amanah sahan negari. Pemilikan Bumiputra juga telah meningkat menerusi program penswastaan entiti Kerajaan secara MBO. Menerusi kaedah ini, bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat juga meningkat selaras dengan penwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Dasar ini juga membolehkan rakyat Malaysia mendapat teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat perunding. Seterusnya membolehkan rakyat Malaysia dengan sendirinya mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang tertentu dalam peningkatan kecekapan dan produktiviti. Pelaksanaan program penswastaan akan dipertingkatkan menerusi stategi berikut: 1. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yagn akan diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya. 2. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi memenuhi matlamat sosioekonomi. 3. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan. 4. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangna syarikat tempatan khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur. 5. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang. 6. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor. 7. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi entiti yang diswastakan. 8. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan keberkesanannya. 9. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang diswastakan. 10. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.
Pada peringkat awal penswastaan ini, majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh dasar ini Tetapi selepas beberapa tahun , syarikat ini cenderung meningkatkan harga kerana pelabur mahukan keuntungan yang tinggi. Mangsanya ialah pengguna.
[sunting]Senarai
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penswastaan_di_Malaysia