You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN KELAB PERMAINAN BOLA JARING

1. NAMA: Kelab/ persatuan ini dikenali sebagai Kelab Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai (2), 81110 Kulai, Johor. 2. ALAMAT: Alamat yang digunakan bagi kelab ini ialah Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai (2), 81110 Kulai, Johor. 3. OBJEKTIF: Objektif kelab ini ialah: 3.1 Mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara. 3.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran luar bilik darjah untuk mengukuh, mengaya dan memantapkan kurikulum. 3.3 Sebagai persediaan masa depan untuk pelajar melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat, membina bakat kepimpinan, mengukuh integrasi dan meningkatkan suasana sekolah lebih menarik dalam usaha melahirkan budaya sekolah tanpa kegagalan. 3.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. 3.5 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

4. TEMPAT MESYUARAT DAN AKTIVITI 4.1 Tempat mesyuarat kelab/ persatuan ini adalah di mana-mana bilik atau kawasan sekolah dengan syarat mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 4.2 Tempat menjalankan aktiviti adalah berrpusat di dalam kawasan sekolah tetapi boleh juga dijalankan di lain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh pihak pentadbir sekolah dengan syarat sentiasa diiringi oleh guru penasihat. 5. KEAHLIAN DAN ORGANISASI 5.1 Keahlian kelab/ organisasi ini adalah terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai (2), 81110 Kulai, Johor. 5.2 Organisasi kelab/ persatuan adalah seperti berikut: 5.2.1Penaung 5.2.2Penasihat 5.2.3Pengerusi 5.2.4Naib Pengerusi 5.2.5Setiausaha 5.2.6Bendahari 5.2.75 orang AJK persatuan. 5.4 Semua murid yang menduduki jawatankuasa hendaklah terdiri daripada ahli kelab/ persatuan. : Guru Besar : Guru penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah : Ahli yang dilantik dalam mesyuarat kelab/ persatuan : Ahli yang dilantik dalam mesyuarat kelab/ persatuan : Ahli yang dilantik dalam mesyuarat kelab/ persatuan : Ahli yang dilantik dalam mesyuarat kelab/ persatuan : Ahli yang dilantik dalam mesyuarat kelab/ persatuan

5.3 Pemilihan jawatankuasa hendaklah dilakukan semasa Mesyuarat Agung atau perjumpaan pertama kelab/

6. MESYUARAT 6.1 Bagi Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung tergempar hendaklah dihadiri tidak kurang dari 1/3 bilangan ahli. 6.2 Bagi Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dihadiri tidak kurang dari 2/4 ahli. 6.3 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari 30 Oktober setiap tahun. 6.4 Memanggil Mesyuarat Agung tergempar: 6.4.1 Atas arahan Guru Penasihat 6.4.2 Apabila difikirkan perlu oleh jawatankuasa 6.4.3 Atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/3 ahli. 6.4.4 Mesyuarat Agung tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan permintaan. 6.4.5 Urusan Mesyuarat Agung tergempar dihadkan hanya kepada maksud mesyuarat itu diadakan. 7. KEWANGAN 7.1 Kelab/ persatuan mendapatkan sumber kewangan daripada yuran tahunan, derma atau aktiviti yang dirancang. 7.2 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli ialah sebanyak RM 5.00 setahun atau pada kadar yang ditetapkan oleh jawatankuasa. 7.3 Jawatankuasa hanya berkuasa membelanjakan wang yang ada untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi tujuan mencapai tujuan dan maksud aktiviti. 7.4 Bendahari tidak boleh menyimpan dalam tangannya wang kelab melebihi RM 10.00 pada satu-satu masa. Wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penasihat. 7.5 Tahun kewangan kelab / persatuan ialah pada 1 Februari hingga 30 Oktober. 7.6 Setiap perbelanjaan kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

8. PERKARA-PERKARA LAIN 8.1 Kelab / persatuan adalah tertakluk kepada semua peraturan sekolah dan undang-undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Negeri Johor, Kelab / persatuan Induk (Kebangsaan /negeri ) dan sekolah. 8.2 Semua kelab / persatuan hendaklah menghantar perlembagaan mereka kepada pendaftar untuk kelulusan sebelum akhir bulan akhir bulan April setiap tahun. Bagi maksud ini pendaftar adalah Guru Besar atau GPK Kokurikulum. 9. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN 9.1 Pindaan Perlembagaan kelab/ persatuan boleh diusulkan oleh ahli dan boleh diluluskan dengan mendapat persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung tahunan atau Mesyuarat Agung tergempar. 9.2 Persetujuan Guru Besar dan penasihat adalah diperlukan sebelum sesuatu pindaan Perlembagaan kelab/persatuan dilakukan. ..........................................................................kegunaan Pendaftar........................................................................... Tarikh diterima Ulasan Pendaftar Tandatangan Pendaftar Cop rasmi Pendaftar

You might also like