You are on page 1of 5

Resepi Dan Cara Masak Chicken Cordon Bleu

Resepi Chicken Cordon Bleu dan Sup Cendawan ini sebenarnya saya buat minggu lepas tetapi malas nak update dalam blog. Tadi waktu kelas Muffin, ramai pula kawan-kawan yang request suruh update dalam blog.
Selalu terima request dari blogger untuk buat tutorial atau tips blogging, tetapi kali ini dari kawan-kawan offline. Segan juga sebenarnya nak beritahu saya ada blog bukan mudah untuk menerangkan tentang blog kepada bukan blogger. Ok.. mula-mula kita buat sup cendawan. Sediakan bahan-bahan dulu. Sup Cendawan 2 tin cendawan butang ( ambil cendawan, buang airnya ) 1 dicincang dicincang halus 3 helai daun bay 50 gm butter 4 sudu besar bawang holland 1 sudu besar bawang putih 8 cawan air 9 cawan susu penuh krim chicken stock secukup rasa daun parsley dan black paper

kasar

Bahan Pemekat ( Roux ) Cairkan 50 gm butter , kemudian masukkan 100 gm tepung gandum. Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk. Buat Roux sementara menunggu sup kita sejuk. Roux boleh disimpan dan digunakan bila perlu di lain kali. Cara Memasak Sup Cendawan Cairkan butter, tulis bawang holland dan bawang putih. Bila terbit bau, masukkan cendawan yang dipotong kasar. Masak sebentar, masukkan daun bay dan air. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan biarkan sejuk.

Bila dah sejuk, kisar hingga hancur. Masak semula bersama tin cendawan yang dipotong halus. Masukkan susu dan stock ayam. Biarkan mendidih. Masukkan bahan pemekat ( roux ) mengikut kehendak sendiri. Boleh masukkan sedikit daun pasley dan black paper sesedap rasa.

Gravy Mushroom sos perang yang disiram atas ayam Bahan-bahan 1 tin cendawan butang di potong halus 4 sudu besar bawang holland 1 sudu besar bawang putih 50 gm butter 150 gm brown sos knorr 8 cawan air 4 cawan susu penuh krim

Cara -cara memasak Gravy Mushroom Cairkan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga terbit bau. Masukkan cendawan , masak hingga ada sedikit air. Bancuh brown sos dengan separuh air dan masukkan ke dalam tumisan cendawan tadi. Kacau sebentar dan masukkan baki air. Biarkan sos menjadi sedikit gelap dan masukkan susu. Kacau hingga pekat. Masukkan roux jik perlu lebih pekat.

Saya tak sempat pula nak ambil gambar gravy mushroom ini. Tetapi inilah brown sos knorr yang digunakan. Saya snap untuk simpan dalam telefon, senang untuk rujuk bila mencari di pasar raya. Sup semua dah siap. Bahan utama menu ini semestinya ayam. Chicken Cordon Bleu 4 keping ayam bahagian dada di buang tulang 100 gm bread crump 100 gm tepung gandum 30 gm tepung jagung 1 sudu tepung beras Garam Serbuk lada sulah 4 keping chesse slice Minyak masak. Cara Memasak Chicken Cordon Bleu Ayam dibersihkan, buang kulit. Tebuk bahagian tengah dan gaul dengan garam dan lada sulah. Hati-hati jangan sampai tebukkan tersebut berlubang. Kepingan cheese dilipat empat dan dimasukkan ke dalam tebukan tersebut.

Tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras di bancuh dengan sedikit air. Gaul ayam di dalam adunan bancuhan tepung dan golekkan di dalam bread crump ( serbuk roti ) Goreng api perlahan di dalam minyak yang penuh.

Bila dah siap, hidang bersama coleslaw dan roti perancis. Resepi untuk buat roti perancis di sini > Resepi Roti Perancis

Nota : Krim disapu pada roti 100gm butter 1 sudu besar lada hitam sudu besar oregano sudu besar chicken stock sudu parsley labu bawang putih yang dicincang halus. Gaul semua bahan dan sapu pada roti yang dipotong bulat. Bakar 5 minit. Siap juga saya tulis resepi , sebenarnya tak berapa rajin untuk update resepi sebab nak menyediakan gambar pun ambil masa. Kebetulan kertas resepi saya dah rosak tertumpah air nak tak nak kenalah menaip juga di blog untuk simpanan diri sendiri sambil berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Terimakasih Cik Syerie Noer Hidayaty dari Kolej Komuniti Hulu Selangor yang menyediakan resepi dan mengajar kelas tersebut. Saya dah buat chicken cordon bleu ini di rumah, menjadi dan anak-anak pun suka! Hujung minggu ini suami balik dari outstation, bolehlah bergaya macam masterchef

You might also like