You are on page 1of 1

amalan membaca

Perdana Menteri menggalakkan seluruh rakyat Malaysia agar rajin membaca.banyak bahan bacaan yang terdapat di pasaran seperti surat khabar, majalah dan buku.oleh sebab membaca memberikan banyak faedah,maka dikatan membaca itu jambatan ilmu. Apabila kita membaca akan menambahkan ilmu pengetahuan kita.ilmu pengetahuan itu meliputi bidang sains,bahasa dan agama.Segala pengetahuan tersebut boleh kita manfaatkan dalam kehidupan kita seharian supaya kita tidak dikatan seperti katak di bawah tempurung. Orang yang suka membaca bermakna orang itu tahu memanfaatkan masa lapang.Jika tidak membaca,kemungkinan kita akan menonton televisyen atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal.kesannya kemungkinan kita boleh terjebak dengan kegiatan yang tidak sihat seperti menghisap rokok. Membaca boleh meningkatkan penguasaan kita dalm sesuatu bahasa .Contohnya , apabila kita banyak membaca buku bahasa inggeris , kita akan menemui kosa kata baru.Kesannya penguasaan bahasa inggeris kita meningkat ,sekali gus mata pelajaran bahasa inggeris juga baik. Membaca satu aktiviti yang boleh memberikan hiburan.sebagai contoh,apabila kita membaca buku cerita ,akan timbul perasaan seronok dan tenang dalam diri kita.Kesannya ,ketenangan yang kita peroleh menyebabkan kita mudah mengulang kaji pelajaran. Membaca boleh mewujudkan rasa yakin terhadap kemampuan diri sendiri .Sebagai contoh,jika kita membaca buku motivasi,kita akan berasa yakin untuk menghadapi peperiksaan .Kesannya peperiksaan yang dihadapi terasa begitu mudah kerana kita sudah membuat persiapan. Kesimpulannya ,membaca merupakan aktiviti yang berfaedah.Oleh sebab itu,saya menyeru rakan-rakan agar memanfaatkan setiap saat dengan membaca.Sesungguhnya,kita perlu membaca daripada menjadi kutu embun.

You might also like