You are on page 1of 7

AKTIVITI HANDS ON

Definisi Hands On

Strategi pengajaran Hands On

merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang

melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip yang diterapkan di dalam strategi pengajaran Hands On ini ialah murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca daripada buku atau mendengar kuliah guru sahaja.

Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal.

Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.

Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut pandangan dan pendapat masing-masing. Pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut. (Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MA)

Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali. (Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, New York)

Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan.

Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On

Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan. Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa

Kelebihan Aktiviti Hands-On

Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk

melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.

Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.

Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.

Contoh Strategi Pengajaran Hands On dalam Matapelajaran Sains

Strategi pengajaran ini adalah paling sesuai diterapkan kepada murid di peringkat awal di mana ketika mereka berada di tahun satu lagi, mereka sudah mengenal beberapa alat dan fungsi alat tersebut. Contohnya, dalam topik Conductivity of Electric, murid

tahun 3 dikehendaki mengenalpasti beberapa bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat objek-objek tersebut. Oleh itu, guru akan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah dan setiap murid dikehendaki mencari objek yang mereka fikir boleh mengkonduksikan elektrik.

Pada peringkat ini, murid akan membuat ramalan dan pemerhatian (prediction and observation). Kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains. Setelah mereka mendapat objek-objek tersebut, tugas guru adalah memantau mereka supaya tidak membawa sebarang objek yang berbahaya. Guru perlu sedar bahawa aspek keselamatan adalah keutamaan dalam sesuatu proses pengajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Seterusnya, murid akan mula menguji bahan-bahan yang mereka dapati itu dengan menggunakan papan litar. Peringkat ini dikenali sebagai uji kaji (experimentation).

AKTIVITI MERENTAS KURIKULUM


Tahap kecerdasan seseorang murid amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajarannya. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam kategori murid pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan murid yang tergolong dalam kategori lemah. Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua golongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada pelajar lemah.

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanakkanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Aktiviti merentas kurikulum boleh dijalankan dengan mengambil kira beberapa aspek seperti ;

Penggabungjalinan Kemahiran

satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh.

Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.

Penerapan Nilai Murni

Penerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Pemulihan

Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.

Pengayaan

Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid

You might also like