You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Strategi berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui keadah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.

boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.

Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

Sesuai dengan murid dan kurikulum.

Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

Memberi tugasan mengikut kurikulum.

Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.

Menentukan jadual kerja.

Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.

Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.

Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.

Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.

Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.

Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek

Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut. Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu. Mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. Menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

You might also like