You are on page 1of 9

ipgm kampus rajang, 96509 bintangor,sarawak.

Bahasa Pijin
Oleh: Low Tze Jian Frensyllah Jauney

Bahasa pijin
Bahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya.

Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Bahasa pijin
bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa yang terbentuk tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal. A+B = C Bahasa A bercampur dengan bahasa B menjadi bahasa C. Bahasa C tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Bahasa Pijin bersifat sementara kerana tiada penutur asli. berlaku di pasar, pusat-pusat perdagangan dan lain-lain yang dikunjungi oleh pelbagai penutur bahasa.

Bahasa Pijin
Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa pijin memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu.

Di Malaysia anda boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar atau bazaar language.

Penciptaan pijin
Lazimnya, bahasa pijin timbul kerana: Pertembungan kebudayaan
Melalui penjajahan (pijin Hong Kong-Inggeris, pijin MacaoPortugis) Melalui perdagangan (di Malaysia-bahasa Baba dan Nyonya)

Pertembungan kelas
Golongan atasan dan bawahan di India, yang berkelas dan berkasta.

Pengembaraan
Dalam keadaan tidak stabil itu, bahasa pijin digunakan.

Perbezaan bahasa pijin dan bahasa rojak.


Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.