You are on page 1of 1

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN PERMAINAN KOMPUTER GOTRANS DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK PELAJAR TINGKATAN DUA

Disediakan oleh: EMRAM BIN YUNUS

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian permainan pendidikan Matematik bagi tajuk Transformations tingkatan dua yang dinamakan sebagai Gotrans. Perisian permainan pendidikan Gotrans ini telah dibangunkan menggunakan perisian Game Maker 6.0 dan sesuai digunakan sebagai alat pengukuhan pembelajaran. Model pembangunan perisian yang digunakan ialah Model ADDIE dengan menerapkan tiga teori asas pembelajaran iaitu teori tingkah laku, teori kognitif, dan teori konstruktivisme serta memperkenalkan konsep teori pengajaran penyelesaian masalah Polya. Kajian ini merupakan satu kajian kuasi-eksperimental dengan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan tidak seimbang. Sampel kajian ini adalah seramai 64 orang yang terdiri daripada 31 orang kumpulan rawatan dan 33 orang kumpulan kawalan. Kajian ini juga bertujuan menentukan keberkesanan perisian Gotrans dalam pembelajaran matematik. Keberkesanan perisian Gotrans diukur berdasarkan markah ujian pra dan ujian pasca pelajar yang dianalisis menggunakan ujian ANCOVA dalam perisian SPSS 15.0. Hasil kajian mendapati min markah kumpulan eksperiman adalah berbeza dari ujian pra (M=39.24) dan ujian pasca (M=66.27) serta signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan, (F= 279.01, p =.000 < .05).

You might also like