You are on page 1of 4

BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.

0 Pengenalan Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Kebolehan memahami Kemahiran Proses Sains membantu pelajar menguasai ilmu sains dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, penyelidik memfokuskan kajian untuk mengetahui tahap kefahaman dua Kemahiran Proses Sains iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh perlu dicapai di dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Hasrat untuk mencapai taraf negara yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi Sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020. Antara cabarannya ialah:

"menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2005: 2)."

Namun begitu, bersediakah Malaysia dalam melaksanakan usaha ke arah pembentukan status negara maju ini? Apakah usaha awal yang perlu dilakukan untuk memenuhi criteria sebagai pemegang status ini? Perlu diingat bahawa dalam memartabatkan nama Malaysia sebagai salah sebuah negara maju di dunia menjelang tahun 2020, masyarakatnya memainkan peranan yang amat penting. Pembentukan masyarakat yang mempunyai semangat ingin tahu dan mencuba, bercelikkan sains, berfikiran terbuka, berkeupayaan membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan berbudaya sains dan teknologi perlu diwujudkan. Oleh itu, kurikulum

pendidikan sains yang telah digubal merupakan satu pendekatan yang dijangka dapat menghasilkan warga negara yang berbudaya sains dan teknologi. Daripada kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepentingan menguasai KPS dalam usaha menggalakkan minat dan kecenderungan serta pemahaman yang lebih mendalam tentang sains. Maka, melalui kajian ini penyelidik cuba memfokuskan kajian terhadap tahap kefahaman pelajar-pelajar dalam menguasai dua KPSB iaitu kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis.

1.3 Pernyataan Masalah

Tujuan mengkaji tahap penguasaan dua kemahiran proses sains iaitu kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mengawal pemboleh ubah kerana ramai guru sekolah menengah yang mengajar mata pelajaran Sains mendapati bahawa ramai di kalangan pelajar masih kurang menguasai kemahiran proses sains terutama bagi kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran mengawal pemboleh ubah. Di samping itu, selaras dengan hasrat KBSR dan KBSM, strategi pengajaran dan pembelajaran sains perlu memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupuk nilai murni yang berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman, dengan memberi keutamaan kepada pendekatan inkuiri penemuan (Abu Hassan Bin Kassim 2001).

1.4 Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: a) Meningkatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid tingkatan dua

1.4.1 Objektif Kajian Kajian in secara terperincinya untuk mencapai objektif: a) Meningkatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah dengan menggunakan modul menjawab soalan pembolehubah dan hipotesis.

1.4.2 Persoalan Kajian a) Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam kalangan murid menengah rendah dengan menggunakan modul dan tanpa menggunakan modul.

1.4.3 Hipotesis Kajian a) Tidak terdapat perbezaan yang signifikasi dalam tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis bagi murid yang menggunakan modul dan tidak menggunakan modul.

1.5 Kepentingan Kajian

Sebagaimana yang diketahui, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap penguasaan KPS bagi kemahiran mengawal pemboleh dan kemahiran membuat hipotesis. Maka sedikit sebanyak kajian ini dapat membantu pelbagai pihak dalam merealisasikan salah satu objektif di dalam Kurikulum Sains ini dapat dicapai dengan jayanya. Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains. Mereka adalah terdiri daripada penggubal kurikulum, tenaga pengajar di institusi pendidikan dan pelajar pendidikan sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan yang sebenar di sekolah. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat ini, pihak kementerian khususnya Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dapat merancang pelbagai latihan dan modul untuk membantu guru-guru Sains dalam memperolehi pengetahuan berkaitan KPS dengan lebih baik. Latihan atau modul yang dibina mestilah bertepatan dengan objektif pembinaannya dalam membantu keberkesanan proses P&P serta penguasaan KPS. Aktiviti minds-on dan hands-on perlu ditekankan untuk membantu guru-guru memahami dengan jelas teknik pengajaran dalam mengendalikan eksperimen, projek atau perbincangan. Selain itu, kajian ini turut dapat membantu guru-guru Sains mendapat maklum balas terhadap kefahaman serta kelemahan pelajar di antara ketiga-tiga KPS yang dikaji dalam menyelesaikan sesuatu masalah Sains. Jadi, keadaan ini dapat menentukan KPS yang manakah perlu dititikberatkan atau ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

membolehkan pelajar menguasai KPS dengan baik untuk masa depan. Guru-guru juga dapat memilih kaedah rawatan yang bersesuaian bagi membantu pelajar dalam menguasai KPS dalam proses pembelajaran mereka. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tahap KPS seseorang pelajar dalam pelajaran. Diketahui bahawa sains adalah sebagai proses inkuiri yang secara amnya membawa maksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Jadi pembelajaran secara penemuan berlaku apabila pelajar menyiasat sendiri dengan melakukan eksperimen dan mencapai kesimpulan sendiri dan guru memainkan peranan dalam memberikan pelajar memahami konsep Sains yang dipelajarinya. Seterusnya, tahap KPS pelajar dapat ditingkatkan apabila pemilihan strategi P&P oleh guru berkesan dan oleh sebab itu sedikit demi sedikit hasrat kerajaan untuk mendapatkan nisbah 60:40 pelajar sains dan pelajar sastera di peringkat Universiti akan tercapai.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: a) Wujud kesukaran untuk mengawal kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen daripada berinteraksi antara satu sama lain b) Kajian ini hanya melibatkan pelajar menengah rendah di sebuah sekolah sebagai sampel kajian, oleh itu dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar menengah rendah di semua sekolah.

1.7 Rumusan

Bab ini menghuraikan tentang latar belakang, rasional, objektif, tujuan, hipotesis, kepentingan
dan batasan kajian. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kafahaman pelajar dalam

KPS yang melibatkan kemahiran mengawal pembolehubah dan kemahiran membina hipotesis dalam subjek sains menengah rendah.

You might also like