You are on page 1of 3

PERANAN KONDUKTOR MUZIK 1. Konduktor memastikan perancangan dan pelaksanaan kualiti muzik dilakukan dengan sempurna. 2.

Konduktor adalah tenaga kreatif yang paling penting dalam sebuah konsert selain daripada pemuzik, penyanyi atau ahli muzik solo. 3. Bagi sebuah konsert orkestra, konduktor bertindak sebagai seorang Pengarah Muzik. 4. Kepentingan seorang Pengarah Muzik dalam sebuah konsert adalah terletak kepada kepakarannya menggambarkan mood muzik sesebuah konsert. 5. Merancang mood yang baik sehingga sampai hari persembahan. 6. Pengarah Muzik bertanggungjawab terhadap mutu muzik bagi sesebuah konsert. 7. Konduktor bertindak sebagai pengajur dan pengarah artistic. 8. Konduktor mula merangka,merancang secara kreatif muzik yang akan dipersembahkan. 9. Konduktor dipilih berdasarkan latar belakang dan kepakaran yang mahir dalam semua jenis muzik ( tempatan atau antarabangsa)

Senarai lagu berdasarkan konsep persembahan(Tema, mesej dan objektif konsert). Berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh Penerbit atau Pengarah Artistik, perkara pertama yang harus dilakukan oleh Pengarah Muzik adalah 1. Pilih lagu yang bersesuaian dengan tema, mesej dan objektif konsert. 2. Mengenalpasti latarbelakang lagu yang dipilih. Jika lagu berbentuk instrumental (Simfoni klasik), dia harus mencari maklumat yg boleh diperolehi dari buku atau internet. 3. Pada tahap ini mood asal lagu tidak perlu diambil kira kerana muzik untuk lagu tersebut boleh digubah semula mengikut keperluan konsert. 4. Untuk konsert yang bersifat peribadi pula (jamuan orang kenamaan dan VVIP) senarai lagu yang dipilih haruslah juga mengambil kira lagu kegemaran VVIP yang diraikan.

5. Bagaimanapun Pengarah Muzik haruslah sentiasa merujuk kepada Penerbit dan Pengarah Artistik dalam pemilihan lagu sebelum keputusan dilakukan. 6. Setelah pemilhan lagu dilakukan, pengarah Muzik akan membuat kajian.

Senarai artis, ahli muzik solo bersesuaian dengan lagu yang telah dipilih. 1. Bagi konsert yang bersifat mencari keuntungan, artis terkenal boleh digunakan untuk membantu jualan tiket. 2. Artis asal lagu yang.dipilih juga boleh digunakan, 3. Ahli muzik solo perlu divariasikan mengikut jenis alat muzik (suara juga diklasifikasikan sebagai alat muzik), semua alat muzik moden, etnik, brass, woodwinds, suara, piano dan puisi kualiti muzik seseorang artis atau ahli muzik solo juga harus diambil kira sebeIum pemilihan dilakukan. 4. Kualiti mutu permainan muzik, penampilan, dan disiplin. Faktor lain yang perlu di ambil kira adalah jumlah peruntukan, dimana kualiti seseorang artis yang tinggi selalunya akan seiring dengan jumlah bayaran tinggi yang dikenakan. Namun, jumlah artis dan ahli muzik solo ini boleh dihadkan bergantung kepada keperluan. Memberi saranan terhadap pemilihan ahli muzik iringan. 1. Kualiti muzik di dalam sesuatu konsert juga bergantung kepada kualiti muzik iringan yang dihasilkan oleh ahli muzik yang digunakan. 2. Pengarah Muzik bertanggungjawab menyenaraikan alat muzik iringan yang akan digunakan di dalam persembahan . 3. Senarai alat muzik ini bergantung kepada jenis muzik yang akan digunakan sama ada orkestra, ryrthm section (kombo), strings, penyanyi latar, koir,tradisional, etnik atau gabungan di antara jenis muzik tadi. 4. Penggunaan ahli muzik yang baik juga mengurangkan masa latihan kerana selalunya ahli muzik sebegini berkebolehan membaca notasi dan mudah memahami kehendak Pengarah Muzik dan konduktor (jika ada). 5. Di samping itu juga, kos dapat dikurangkan jika ruang latihan disewa untuk latihan konsert. Namun jika persembahan melibatkan sebuah orkestra simfoni, Pengarah Muzik harus berbincang dengan konduktor dan pengurus orkestra sebelum sesuatu keputusan dilakukan. Menetapkan stail dan bentuk setiap gubahan muzik. Seterusnya pengarah muzik menetapkan stall dan bentuk gubahan sama ada berbentuk orkestra, strings, brass, woodwinds, rhythm section dan juga menentukan stail muzik yang digunakan seperti pop, jazz, big band., Latin, tradisional, dan sebagainya. Pengarah Muzik juga boleh menentukan mood lagu yang hendak digunakan. Pada tahap ini, Pengarah Muzik sudah boleh menggambarkan kesan emosi terhadap penonton bagi konsert yang bakal dipentaskan. Pengarah Muzik harus memberi taklimat dan penerangan kepada penggubah yang telah dilantik untuk setiap lagu sebelum proses menggubah muzik dilakukan.

Memilih Penggubah muzik berdasarkan kepakaran. Penggubah muzik selalunya diperlukan pada konsert yang berbentuk orkestra dan mempunyai konsep tertentu. Penggubah muzik bertanggungjawab untuk menyusun atau menggubah kembali lagu asal mengikut panduan yang ditetapkan oleh Pengarah Muzik. Namun sedap penggubah mempunyai kepakaran dalam bidang muzik tertentu, sebaiknya penggubah muzik yang dipilih adalah berdasarkan kepakaran jenis muzik mereka sendiri, Ini adalah untuk mempastikan supaya muzik yang digubah mempunyai nilai estetika yang tinggi. Maklumat Tepat. Membantu mempastikan maklumat yang digunakan dalam semua bahan cetakan tepat seperti pencipta lagu, lirik dan nama penggubah muzik. Pengarah muzik juga perlu memastikan supaya maklumat yang digunakan dalam semua bahan cetakan dan paparan adalah tepat seperti pencipta lagu asal, pencipta lirik dan penggubah muzik. Maklumat yang tepat adalah sangat penting supaya keseluruhan pengurusan konsert dapat dijalankan dengan cara profesional dan cekap. Membantu konduktor semasa sesi latihan. Semasa proses latihan muzik diadakan sebelum berlangsungnya konsert yang sebenar, akan sering berlaku masalah teknikal dalam segi muzik seperti kesilapan di dalam gubahan muzik dan masalah kekurangan serta pertukaran ahli muzik pada saat- saat akhir. Pengarah Muzik perlu senantiasa bersedia untuk memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbuI. Pengarah Muzik juga perlu berbincang bersama konduktor muzik sebelum sesuatu keputusan dilakukan (Sekiranya Konduktor dan Pengarah Muzik adalah individu yang berbeza.

You might also like