You are on page 1of 3

Kejayaan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan gaya kepemimpinan transformasi pengetua (Shukor, 1995).

Kepimpinan transformasi ialah suatu strategi atau stail baru dalam bidang kepimpinan. Kepimpinan transformasi adalah pemimpin yang memperkukuhkan ikatan jeleketan (cohesive) dalam suatu cara antara pemimpin dengan pengikutnya sehingga berjaya mempertingkatkan tahap motivasi dan semangat di antara satu sama lain. Seterusnya berupaya meningkatkan kehendak, keperluan dan motivasi lain. Dengan itu beliau berupaya menanam dan mempertingkatkan iltizam dan kecekapan melalui pemuasan dan motivasi terhadap kerja. Secara umumnya, kepimpinan transformasi sebagai satu set kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah, mencipta wawasan, membimbing perubahan itu dan melaksanakan perubahan dengan berkesan. Seterusnya perubahan yang dibawa itu akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi di kalangan orang bawahannya. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan keberkesanan organisasi mencapai matlamat dan wawasan yang ditetapkan. Berdasarkan pemerhatian, amat sesuailah kepimpinan transformasi dijadikan amalan di kalangan pengetua dan guru besar bagi merealisasikan matlamat menjadi sekolah yang berkesan. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang. Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua, antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan. Pengetua harus mempunyai visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang. Selain itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang holistik iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta bersedia menghadapi sebarang persaingan dan cabaran. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah. Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu yang mudah untuk mentadbir ratusan orang guru dan beribu bilangan pelajar di sesebuah sekolah. Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian perancangan yang rapi dan ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala masalah dan halangan dapat diatasi dengan mudah. Berdasarkan Kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa kualiti kepemimpinan pengetua memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah (Hills, 1982; Powell, Farrar dan Cohen, 1985; Etzioni, 1998). Oleh itu, ilmu kepengetuaan dalam memiliki kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan

lagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah. Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan kata lain pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan menggunakan pelbagai stail kepimpinan mengikut situasi dan keadaan. Berdasarkan Abdul Ghani (2005) menegaskan bahawa pengamalan gaya kepemimpinan transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan prestasi guru (perlakuan warga organisasi) dan sikap guru (komitmen guru) sejajar dengan kajian Zainal Abidin (1997) dan Khalid (1997). Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada sekolah. Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan. Beberapa kajian mendapati, gaya atau tingkah laku kepemimpinan yang diamalkan oleh pemimpin sekolah mempunyai pengaruh yang besar terhadap kepuasan kerja seseorang guru (Sweeney, 1982; Patrick, 1995;Hipp, 1996; Lunenberg & Ornstein, 2000). Selain itu, pemimpin sekolah yang mempunyai hubungan baik dengan guru mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada guru untuk membantu mencapai matlamat organisasi. Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan seperti majlis jamuan makan malam, gotong royong atau solat hajat. Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa. Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan. Sebagai kesimpulan, pengetua adalah kunci kepada kejayaan proses transformasi sekolah. Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, Pengetua mestilah berusaha untuk membawa sekolahnya kepada arah kecemerlangan demi membantu negara dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan.

Bibliography 1) Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan Organisasi, perspektif, pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2) Hills, P.J. (1982). A dictionary of education. London: Routledge & Kegan Paul. 3) Powel, Farrar, & Cohen. (1985). The shopping mall high school. Boston: Houghton Mifflin Company. 4) Zainal Abidin Che Omar. (1997). Pengaruh kepimpinan transformasi pengetua ke atas komitmen kerja guru. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 5) Khalid Ashari. (1997). Hubungan gaya kepimpinan dan gaya kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan dan motivasi. Usul kajian Master Pendidikan Universiti Sains Malaysia. Tidak diterbitkan. 6) Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership, Educational Leadership, Vol 39 (5), Feb 1982, m/s 346-352.

You might also like