You are on page 1of 13

HNS 2013 : KENEGARAAN

PENSYARAH : EN. MAZDI BIN MARZUKI

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 NO. 1 : Bincangkan jenis-jenis kerajaan beserta contoh yang sesuai.

NAMA : RIZALI BIN AB. RAHIM NO. MATRIK : D20112054654

Pendahuluan Menurut Wikipedia, definisi kerajaan ialah badan dalam suatu pertubuhan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan melaksanakannya dalam sesuatu kawasan tertentu. Walau bagaimana pun, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai pendapat yang lebih spesifik tentang definisi kerajaan. "Kerajaan bukan lagi terhad kepada "maintenance of law and order"dan memungut hasil. Tetapi peranan Kerajaan sudah diperluaskan sehingga terlibat dengan semua gerak-geri ekonomi, sosial dan politik dalam sebuah negara yang merdeka". (Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad). BusinessDictionary.com menyatakan bahawa kerajaan bermaksud A body of people that sets and administers public policy, and exercises executive, political, and sovereign power through customs, institutions, and laws within a state. Jenis-Jenis Kerajaan

A.

DEMOKRASI

Demokrasi berasal dari perkataan Yunani, Demos atau pun rakyat dan Kratos atau pun pemerintahan yang membawa maksud pemerintahan oleh rakyat. Juan Dahl (1992) menyatakan konsep demokrasi ialah satu sistem politik dimana anggotanya saling bergantung antara satu sama lain, dari segi politik dan mereka memiliki kemampuan yang diperlukan untuk memerintah diri mereka sendiri. Oleh yang demikian Demokrasi ialah satu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Pada awalnya cuma terdapat dua jenis demokrasi didunia ini iaitu :a. Demokrasi Langsung atau pun Direct Democracy Demokrasi jenis ini merupakan demokrasi yang melibatkan peranan rakyat secara langsung dalam proses membuat keputusan atau dasar pemerintahan. Ia dilaksanakan melalui penyampaian pendapat secara terbuka oleh rakyat atau melalui referendum ( pungutan suara) bagi membolehkan pentadbir
2

mengetahui kehendak rakyat. Demokrasi jenis ini juga dikenali sebagai pure Democracy kerana ia digunakan pada zaman Yunani. b. Demokrasi Berpewakilan atau pun Indirect Democracy Demokrasi jenis ini dilaksanakan melalui penglibatan wakil yang dilantik oleh rakyat bagi mewakili suara dan pandangan mereka dalam membuat keputusan atau sesuatu dasar. Sistem ini juga akan mewujudkan pilihan raya dan partiparti politik. Pengaruh budaya, ekonomi dan masa menyebabkan wujudnya banyak cabang demokrasi yang telah diubahsuai sama ada bagi kebaikan bersama atau kelebihan pihak yang memerintah. Antara Jenis-jenis demokrasi yang wujud ialah : i. Demokrasi Terpimpin Demokrasi Terpimpin merupakan demokrasi yang bersifat kuku besi dimana media massa dan suara rakyat dikawal. Pemerintahan membenarkan parti pembangkang wujud bagi memastikan istilah demokrasi kekal, selain itu pihak pembangkang tidak mempunyai fungsi lain. Antara contoh Demokrasi Terpimpin ialah ketika Ferdinand Marcos berkuasa di Filipina. Beliau mewujudkan Martial Law sebagai alat bagi memastikan pihak rejim terus berkuasa. ii. Social Democracy Demokrasi Sosial berasal dari ideologi sosialisme di negara-negara Barat. Istilah Sosialisme diperkenalkan oleh Robert Owen (1771-1858) pada tahun 1827. Beliau bersama-sama dengan Saint Simon dan Fourier merupakan penganut fahaman Sosialisme. Robert Owen mengimpikan prinsip pembahagian sama rata kerana beliau melihat sendiri tekanan yang dihadapi oleh golongan bawahan kesan ideologi Kapitalisme yang bermotifkan keuntungan semata-mata. Demokrasi jenis ini lebih hampir kepada sistem komunis.

iii.

Liberal Democracy Dikatakan inilah tahap demokrasi yang ideal seperti yang diterapkan dalam sesebuah sistem demokrasi yang sebenar (pure democracy). Jenis demokrasi ini memberikan rakyat kebebasan mutlak untuk bersuara, kebebasan politik, kebebasan untuk berhimpun, hak asasi dijamin malah ketelusan dalam pilihanraya. Demokrasi jenis ini memerlukan kematangan politik yang tinggi. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, Indonesia dan Thailand. Salah satu keburukan sistem ini ialah kerajaan mudah untuk ditumbangkan melalui gerakan revolusi.

iv.

Statist Democracy Terma demokrasi ini sering digunakan bagi membezakannya dengan Semi Democracy. Terma ini diperkenalkan oleh William Case untuk menilai tahap demokrasi di Malaysia. Menurut William Case, Statist Democracy mempunyai pembangkang yang diiktiraf dan rakyat yang terdiri dari pelbagai jenis etnik bebas untuk membuang undi. Sistem ini juga memperkenalkan sistem personal, iaitu parti yang berjaya menguasai sesebuah negeri lebih dominan berbanding kerajaan. Walaupun kerajaan mempunyai kuasa dalam negara tetapi ia mempunyai kuasa terhad kepada negeri yang dikuasai oleh pembangkang. PAS sebagai contoh lebih dominan di Kelantan berbanding kerajaan pusat. Amnya, Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut: Perlembagaan samada ianya secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, Perlembagaan akan mengunakan doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
-

Pilihan raya yang bertujuan untuk memilih pegawai-pegawai awam, dikelolakan secara bebas dan adil.

Rakyat tanpa mengira ras diberi hak mengundi. Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya). Kebebasan akhbar, media dan berpersatuan

B. MONARKI Kerajaan beraja merupakan sistem pemerintahan yang paling tua di dunia. Kerajaan beraja atau pun monarki melantik raja sebagai ketua negara. Menurut istilah Yunani, monarki berasal dari perkataan monos Archein yang membawa maksud satu pemerintah yang merujuk kepada raja. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta diseluruh dunia. Ianya merosot kepada 240 buah pada abad ke-20. pada dekad kelapan abad ke-20, hanya tinggal 40 takhta sahaja. Hanya enam sahaja yang dianggap sebagai monarki mutlak iaitu : a. Arab Saudi b. Brunei c. Bhutan d. Oman e. Swaziland f. Vatican City Kita memang tidak boleh lari dari menyentuh teori Hobbes apabila membincangkan kerajaan monarki. Ini kerana teori beliau menyatakan dalam bukunya yang bertajuk "Leviathan, manusia secara semula jadi mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau. Sebaliknya, ada manusia yang membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: p.376]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana raja mampu mewujudkan negara dan menggunakan kuasanya sebagai undang-undang bagi mengelak jenayah berlaku didalam negaranya. Terdapat perbezaan antara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara. Antaranya adalah Raja menjadi Ketua Negara sepanjang hayatnya sementara Presiden biasanya memegang jawatan ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan dengan raja

dari negeri lain dalam persekutuan berdasarkan Majlis Raja-Raja. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan, iaitu raja yang mempunyai kuasa yang terhad oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.

Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, yang mana ianya jauh berbeza dari konsep raja yang sebenarnya. Kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya tetapi bukan dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa orang sultan. Bagi kebanyakan negara, raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain menjadi simbol, raja biasanya bertindak sebagai ketua agama serta Panglima Besar angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya, Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan. C. DEMOKRASI BERPARLIMEN Dalam sistem berparlimen, badan perundangan yang tertinggi kuasanya ialah parlimen. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum, yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali. Parlimen ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui mandat yang diberi kepadanya oleh undi rakyat. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Britain, Jepun, Malaysia, dan India. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua, iaitu:a. Sistem Demokrasi Berparlimen yang terdiri dari dua dewan. Pertama, dewan yang yang dipilih oleh orang ramai melalui pilihanraya umum dan yang kedua, dewan yang ahli-ahlinya dilantik oleh ketua negara atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat sedemikian. Malaysia, Britain dan India Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini.

b.

Sistem Demokrasi Berparlimen yang mempunyai hanya satu dewan. Ahli-ahli dalam dewan tersebut dipilih secara langsung oleh pengundi. Singapura, Denmark dan Sweden antara negara yang mengamalkan sistem ini. Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini yang akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undang-undang untuk perbahasan dan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa, termasuk pembangkang, boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi lazimnya ini dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang ini diteliti oleh parlimen. Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap :-

a.

Bacaan pertama, di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada ahliahli parlimen;

b. c.

Bacan kedua, di mana perbahasan umum diadakan. Bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji fasal demi fasal.

Selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat, rang undang-undang tersebut akan dikemukakan di dewan kedua pula, di kenali sebagai Dewan Negara. Ia bagi negara yang mengamalkan parlimen dua dewan. Dalam Dewan Negara, perbincangan juga diadakan sebanyak tiga peringkat bacaan. Selepas diluluskan oleh senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara-raja atau presiden untuk ditandatangani. Selepas ditandatangani dan diwartakan, maka ia akan diterima sebagai rang undang-undang. Semua rang undang-undang dan dasar dikemukakan oleh cabinet, oleh yang demikian maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatu dasar. Walau bagaimanapun menteri-menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Menteri-menteri dan birokrasi (pentadbiran) kedua-duanya bertanggungjawab melaksana segala undang-undang mahu pun dasar yang telah diluluskan. Badan perlaksanaan ini dipanggil eksekutif atau pun pentadbiran awam. Perundangan (Legislature) dan eksekutif adalah dua cabang terpenting dalam sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan sangat rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam sistem demokrasi berparlimen ini selalu digelar sebagai satu percantuman kuasa Justeru itu juga ada ahli teori yang mengatakan bahawa sistem demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan semangat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Ini ialah badan kehakiman (judiciary). Satu perbezaan yang menarik tentang badan ini di antara demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden ialah kehakiman dalam sistem yang pertama itu kurang kuasanya jika dibandingkan sistem berpresiden. Badan kehakiman di negara-negara demokrasi berpresiden seperti Amerika Syarikat lebih bebas dan berkuasa jika dibandingkan di negara-negara demokrasi berparlimen seperti England, Jerman dan Kanada. Ini kerana mengikut teori demokrasi, badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun perlantikan oleh ketua negara itu adalah di atas nasihat perdana menteri, iaitu ketua parti memerintah dan seorang ahli politik. Hakim-hakim tidak boleh disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah di bawah jagaan satu Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri. Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaanya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesuatu sistem politik itu.

D. SOSIALIS Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Ada yang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain kerana kepercayaan beliau bahawa pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan tempat syarikat mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mumgabe dan Ho Chi Minh. Sekali imbas, perkataan "sosialisme" dan "komunisme" seolah-olah satu perkara yang sama. Ini kerana ia berasal dari pemikir yang sama iaitu Robert Owen tetapi pada hari ini dua perkataan ini bermaksud perkara yang berbeza. Kedua-dua fahaman ini terpisah selepas akhir Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia. Golongan sosialis yang menjadi pengikut Lenin dipanggil komunis. Sesetengah yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan.

E. KOMUNIS Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah
9

luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme merupakan satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang di ekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme adalah berakar umbi dari fahaman Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam istilah zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme. Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat. Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis: a. b. c. d. e. f. g. h. i. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea) Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) Laos (Republik Demokratik Rakyat Laos) China (Republik Rakyat China) Cuba (Republik Cuba)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:
10

a. b. c. d. e.

Cuba Laos China Vietnam Korea Utara

Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur(kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kemasukan pelabur asing serta kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri. Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah. PENUTUP Terdapat pelbagai jenis kerajaan didunia hasil ciptaan dan pemikiran manusia yang mana ianya senatiasa mempunyai kelebihan dan kekurangan. Setiap jenis kerajaan ini pasti akan berubah mengikut kemajuan pemikiran manusia. Sebagaimana kebimbangan yang disuarakan oleh pemikir terkenal Will Roger Ancient Rome declined because it had a senate, now whats going to happen to us with both a House and a Senate?

11

RUJUKAN Mohd. Kamal Kamaruddin,(2011).Pengajian Malaysia dan Kenegaraan.Kuala Lumpur:Global Mediastreet Sdn. Bhd. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andy (1983).Sejarah Malaysia.Selangor:Macmillan Pub (M) Sdn. Bhd. Pusat Pendidikan Luar UPSI (2011)HNS2013 KenegaraanPerak Darul Ridzuan:UPSI.
http://jefrihutagalung.wordpress.com/2009/05/04/bentuk-pemerintahan-monarkikerajaan/

http://analisis-wacana.livejournal.com/39956.html http://sukosenseipa.blogspot.com/2008/01/1.html http://www.slideshare.net/dediroma/bentuk-negara-sistem-pemerintahan-di-dunia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerintahan_beraja

12

13

You might also like