You are on page 1of 2

PKPIM Mewakili Malaysia Untuk Program Lawatan ke Kemboja Sempena Ibadah Qurban 1432H/2011M Pada 5 sehingga 7 November yang

lepas, hasil kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan

Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) seramai 41 orang delegasi mewakili Malaysia untuk Program Ibadah Qurban di Kemboja,. PKPIM telah menghantar seramai 3 orang wakil, iaitu Presiden sendiri, saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Setiausaha Agung, saudara Mohd Shazni Abdullah dan Exco Sekretariat Perhubungan Antarabangsa, saudara Amir Asyraf bin Mohammad Redzuan. Program Ibadah Qurban di Kemboja telahpun bergiat sejak enam tahun yang lepas. Selain dari membantu menunaikan ibadah Qurban, GPM juga membawa bantuan berupa makanan, pakaian dan naskah-naskah Muqaddam untuk diedarkan kepada masyarakat Islam yang memerlukan disini. Program yang berlangsung selama tiga hari itu padat dengan lawatan ke kampungkampung berpenduduk majoriti Islam, sekolah kelolaan Cambodian Muslims Intelectual Alliance (CMIA) disamping juga ke Tuol Sleng Genocide Museum yang terletak di ibukota Kemboja, Phnom Penh. Bermula pada 5 November, delegasi yang tiba di Phnom Penh International Airport bergerak terus ke CMIA International School yang diuruskan oleh Pengarah Eksekutif CMIA, Ustaz Farid Hossein. Selepas itu kami meneruskan lawatan ke anak yatim CMIAGPM yang terletak berhampiran. Pada petangnya kami mengunjungi Tuol Sleng Genocide Museum. 'Tuol Sleng Genocide Museum' merupakan sebuah muzium di Phnom Penh, ibukota Kemboja. Tapak ini pernah digunakan sebagai 'Security Prison 21' (S-21) oleh rejim komunis Khmer Rouge daripada kenaikan kuasa pada tahun 1975 sebelum kejatuhannya pada tahun 1979.

Diiketuai oleh Pol Pot, tahanan yang dituduh sebagai penentang rejim beliau ditangkap dan dibawa ke S-21; bekas tapak sekolah yang digunakan sebagai tempat menyeksa dan membunuh tahanan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan, dilaporkan mencecah 20,000 orang (jumlah sebenar tidak diketahui, mungkin lebih banyak).

Keesokan harinya pada 6 November, para delegasi memulakan program Qurban dan pengagihan daging, beras di Kampung Chrow Meatry dan Kampung Thom. Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan

Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) bersama Pertubuhan Intelektual Muslim Negara Kemboja (CMIA) berjaya mengumpul dan menyumbangan sebanyak 143 ekor lembu dan 11 ekor kambing untuk diedarkan kepada 83 buah kampung di 14 buah negeri dalam Kemboja. Selain itu sumbangan beras kepada 1150 keluarga juga disempurnakan dengan jayanya bersama 1000 naskah muqaddam. Setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana program Ibadah Qurban di Kemboja berjalan dengan lancar dan berakhir tanpa sebarang kejadian yang tak diingini. Selain daripada dapat meningkatkan jaringan antarabangsa, delegasi juga dapat

memperkayakan diri dengan kefahaman terhadap sejarah dan isu semasa mengenai masyarakat Islam dan negara Kemboja itu sendiri dalam program kali ini. Diharap program kebajikan sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Segunung penghargaan dan kasih sayang kepada CMIA yang menjaga kami sepanjang keberadaan kami di sini dan GPM yang telah memberi kami peluang untuk menyertai Program Ibadah Qurban pada edisi kali ini. :: Hidup Biar Berjasa :: DISEDIAKAN OLEH: AMIR ASYRAF BIN MOHAMMAD REDZUAN EXCO SEKRETARIAT PERHUBNGAN ANTARABANGSA (SPEKTRA)

You might also like