You are on page 1of 14

Dapatan Kajian

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke atas alam persekitaran dan mengakibatkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau arasaras radiasi kepada mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

8.2 Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian


Antara jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Taman Garing Permai ialah pencemaran udara, air, dan pencemaran tanah. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahanbahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, barah, asma, dan anaemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. Pencemaran air pula berlaku apabila berlakunya perubahan sumber air dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian


Melalui pemerhatian saya, salah satu punca pencemaran alam sekitar ialah kenderaan. Pelepasan asap dari kenderaan yang melalui lebuh raya utara-selatan bersebelahan Taman Garing Permai, dan kedudukan kilang simen di kawasan sekitar Rawang menyebabkan pencemaran udara berlaku. Antara bahan pencemar yang dilepaskan dari kenderaan ialah habuk, asap dan gas lain seperti karbon monoksida. Enjin kereta yang kurang baik juga akan melepaskan asap yang lebih ke udara. Manakala kilang simen pula akan menyebabkan habuk simen berterbangan di udara dan mencemarkan udara. Tambahan pula habuk ini mengandungi merkuri, arsenik Selain itu, pembangunan yang pesat membangun turut menjadi punca pencemaran alam sekitar di Taman Garing Permai. Misalnya kerja-kerja pembinaan jalan raya, pembinaan bangunan seperti pusat perniagaan dan pasar. Malah aktiviti pembinaan ini telah menyebabkan pasir, tanah, dan simen yang ditimbus telah mengubah landskap sungai di kawasan sekitar Rawang. Di samping itu, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat menjadi punca pencemaran alam sekitar di Taman Garing Permai. Penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah seperti sisa-sisa makanan, beg plastik dan sebagainya di tepi jalan raya atau ke dalam sungai. Tambahan pula, pembinaan di Pusat Bandar Rawang turut mengundang pencemaran bunyi dan udara. Oleh itu, saya menyedari bahawa keprihatinan terhadap kepentingan alam sekitar, semangat patriotisme dan perpaduan amat penting agar pencemaran dapat dikurangkan.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian


Melalui pemerhatian saya, salah satu kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ialah kawasan perairan tercemar. Bahan buangan yang dibuang seperti sisa-sisa makanan dan beg plastik terapung di permukaan air menyebabkan air sungai kotor. Selain itu, kualiti air akan terjejas. Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai. Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar. Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi. Tambahan pula, pelepasan asap dari kenderaan menyebabkan udara tercemar. Bahanbahan seperti karbon monoksida yang dilepaskan dari kenderaan akan mengganggu sistem pernafasan dan menjejaskan kesihatan kita. Penyakit-penyakit seperti asma, batuk, dan bronkitis akan merebak dengan mudah. Semuanya adalah berpunca daripada pencemaran udara. Di samping itu, pencemaran bau turut berlaku. Sisa-sisa makanan dan sampah sarap yang dibuang di sekitar Pusat Bandar Rawang akan mereput dan menghasilkan bau busuk. Bau busuk ini sukar untuk ditahan. Oleh itu, saya merasakan bahawa semangat patriotisme dan perpaduan amat penting supaya kita dapat menangani masalah pencemaran ini dengan efisien.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
Melalui pemerhatian saya, salah satu cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Dengan ini, penduduk di Taman Garing Permai dan kawasan sekitar Rawang akan menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab seterusnya tabiat membuang sampah sarap di merata-rata tempat dapat dikurangkan. Selain itu, kempen mencintai alam sekitar harus dijalankan. Melalui kempen ini, penduduk akan menyedari kesan dan bahaya pencemaran yang berlaku di Pusat Bandar Rawang kepada kesihatan manusia sejagat. Dengan kesedaran ini, adalah diharapkan mereka akan berganding bahu untuk menjaga keindahan alam sekitar dari sebarang pencemaran. Di samping itu, pemasangan alat Catalytic Converter dalam kereta perlu diperluaskan kepada umum. Penggunaan Catalytic Converter dalam ekzos kereta dapat mengurangkan pelepasan karbon monoksida di udara. Alat ini juga dapat menukarkan karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida. Seterusnya, petrol tanpa plumbum harus digunakan.

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Dengan ini, pelepasan gas-gas yang berbahaya dapat dikurangkan. Akhirnya, kita haruslah prihatin terhadap masalah pencemaran di kawasan kita dan cuba menangani dengan sebaik mungkin agar kita dapat hidup dengan penuh keselesaan dan kesihatan kita akan lebih terjamin, seterusnya berbangga dengan keindahan negara kita.

Bahan Grafik
Peta Minda

Pelepasan asap dari kenderaan

Punca

Pembuangan sampah sarap

Pembinaan

Kawasan perairan tercemar

Hidupan akuatik terancam Kesan

Pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan

Udara tercemar

Penyakit merebak

Bau busuk

Menguat kuasakan undang-undang Mengadakan kempen cintai alam sekitar Cadangan Memasang catalytic converter Menggunakan petrol tanpa plumbum

Rajah 1: Peta Minda pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan

Rajah aliran

Punca
Pelepasan asap dari kenderaan

Kesan
Udara tercemar

Cadangan
Menggunakan petrol tanpa plumbum

Rajah 2: Rajah aliran pencemaran udara

Rumusan
Sebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di Pusat Bandar Rawang. Kegiatan penduduk di Pusat Bandar Rawang bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan, keuntungan dan menyediakan banyak kemudahan tetapi membawa kesan negatif. Punca- punca pencemaran yang terdapat di Pusat Bandar Rawang ialah pelepasan asap dari kenderaan dan kilang, pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat dan pembinaan di Pusat Bandar Rawang. Kesan-kesan pencemaran di Pusat Bandar Rawang ialah pencemaran bunyi, visual,

pencemaran udara, bau dan air. Cadangan bagi menangani masalah pencemaran ialah penguatkuasaan undang-undang, mengadakan kempen cintai alam sekitar, pemasangan Catalytic Converter dan penggunaan petrol tanpa plumbum. Sebagai konklusi, saya berharap penduduk di Pusat Bandar Rawang dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah pencemaran ini boleh dikurangkan pada masa yang akan datang. Jika masalah pencemaran dapat diselesaikan, kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.

Lampiran
Lampiran 1 - Surat kebenaran membuat kajian

Lampiran 2 - Surat makluman kepada ibu bapa

Lampiran 3 - Gambar

Sampah-sarap dibuang ke dalam sungai

Catalytic Converter

Sampah-sarap akan menghasilkan bau busuk yang sukar ditahan

Kilang Simen

Bahan pembinaan seperti pasir akan mengganggu sistem pernafasan kita

Rujukan

1. Buku teks Mohd. Jamil Bin Mohamed, HJ.Rodzli bin HJ. Hashim, HJH. Mahani binti HJ.Mahbab. (2004). Geogafi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn. Bhd.

2. Buku Rujukan S. L. Kang, Rufina Mansor.(2009). My Resos Geografi PMR,Petaling Jaya: PEP Publications Sdn. Bhd.

3. Internet http://www.google.com http://www.scribd.com

You might also like