You are on page 1of 8

1-0 Pendahuluan Rujukan lengkap bagi artikel yang diulas ini bertajuk Rokok Punca Penyakit Kronik dikarang

oleh Khairunnisa Sulaiman terbitan Utusan Malaysia dan bertarikh 3 Jun 2012.

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung. Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

Terdapat beberapa jenis bahan kimia yang terkandung di dalam rokok. Antaranya, Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.

Tentang bahaya rokok pada umumnya saya rasa sudah banyak yang tahu, apa lagi bagi orang yang tiap hari menghisap rokok, soalnya kan dalam setiap bungkusan rokok terdapat tulisan tentang bahaya rokok, seperti ini. MEROKOK

MEMBAHAYAN KESIHATAN.

Meskipun terdapat notis pada bungkusan yang

menyatakan bahaya merokok. Namun, masih terdapat ramai yang merokok.

http://ridwanaz.com/kesehatan/ingin-tahu-lebih-detail-bahaya-rokok-bagi-kesehatan-kita/

2-0 Isu Utama Artikel ini memaparkan akibat dan kesan dari merokok kepada masalah dari segi kesihatan dan kehidupan sosial perokok. Kesan rokok terhadap kehidupan sosial masyarakat telah menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Di dalam artikel ini juga Setiap

menjelaskan kandungan bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok.

satunya member kesan yang tertentu. Nikotin, tar, sianida, benzena, cadmium, metanol, asetilena, amonia, formaldehid, hidrogen sianida, arsenik sehinggalah karbon

monoksida. Artikel ini juga melaporkan kajian menunjukkan 20 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia adalah perokok.

3-0 Tujuan Dalam artikel ini penulis membincangkan kesan bahan kimia yang terkandung di dalam rokok yang boleh membahayakan kesihatan. Bahan yang terkandung di dalam rokok ini seperti nikotin, tar, sianida, benzene, cadmium, methanol, arsetilena, ammonia,

formaldehid, hydrogen, sianida, arsenic sehingga karbon monoksida.

Jika dilihat semua bahan kimia yang terkandung di dalam rokok ini adalah amat berbahaya untuk diterima oleh sistem badan manusia. 1. Nikotin mungkin menyebabkan perokok merasa tenang namun tar mengandungi lebih 4,000 bahan kimia dengan 60 daripadanya bersifat karsinogen iaitu pencetus kanser.

2. Karbon monoksida pula sejenis gas berbahaya yang jika disedut dengan banyak boleh mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan sukar bernafas dan cepat letih.

3. Aceton dan toluidine - yang juga terdapat dalam rokok pula biasanya digunakan masing-masing sebagai penanggal cat dan pelarut industri antaranya terdapat dalam pencuci lantai.

4. RoketMetanol pula terdapat dalam bahan api roket; napthalene adalah ubat gegat; DDT ubat pembunuh serangga manakala butane biasa digunakan dalam pemetik api.

4-0 Pandangan penulis

Di dalam artikal ini, penulis berpendapat iklan merupakan medium utama yang menyebabkan budaya merokok ini mudah melular kepada golongan dewasa mahupun remaja. Selain itu, isu bekalan rokok juga mendorong setiap orang terlibat dalam masalah ini kerana bekalan rokok sangat mudah didapati dan mampu miliki tanpa ada sebarang kekangan. Hal ini menyebabkan statistik pengidap penyakit kronik adalah tinggi oleh rakyat Malaysia. Sintom penyakit kronik akan mula kelihatan kepada perokok tegar adalah selepas 15 tahun dan apabila didiagnosis ia selalunya sudah terlewat. Sekiranya ini berlaku, ianya amat sukar untuk diubati kerana sistem badan tidak lagi berfungsi seperti biasa. Tragis dari kesan merokok ini juga bukan hanya kepada perokok namun perokok pasif juga amatlah tinggi risikonya untuk mendapat penyakit kronik. Bagi kaum wanita pula, kesan merokok juga boleh mengakibatkan masalah putus haid awal, batuk, otot lemah, bronchitis dan lain-lain lagi.

5-0 Perbincangan

Pada pendapat saya isu ini perlulah diambil tindakan serius bagi menyelamatkan nyawa manusia. Tindakan bijak perlu dilakukan seperti membuat kawalan terhadap iklan-iklan rokok, mengawal harga rokok dengan menaikkan harga, melarang merokok ditempat awam, memberi kompaun yang tinggi atas kesalahan berhubung perkara yang melibatkan rokok dan menaikkan cukai kepada pengimport rokok kenegara ini. Hal ini perlu dilakukan tindakan segera bagi mengelakkan kerugian kepada negara dan rakyat.

6-0 Rumusan Secara kesimpulannya, di dalam isu rokok ini, semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini serta menyedari punca berlakunya masalah ini. Setiap perokok haruslah menyedari bahawa merokok hanya merugikan dan

membahayakan kesihatan. Sekiranya tiada tindakan diambil, peratus rakyat Malaysia dijangka mengidap penyakit kronik adalah tinggi dan hanya melahirkan belia yang tidak bermutu dan tidak sihat dan ianya bertepatan dengan slogan Hidup Sihat Tanpa Rokok. Oleh yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar negara kita bebas dari anasir yang tidak sihat seperti rokok ini.

You might also like