You are on page 1of 19

PENGENALAN

DR. MOHD AFFWAN

Maqasid berasal daripada perkataan maqsud atau

maqsad yang membawa erti kehendak, matlamat atau tujuan. Justeru, Maqasid Al-Syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalilnya menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Maqasid didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan (manafaah) dan menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan (mafsadah).

Ilmu Maqasid al-Syariah adalah suatu cabang ilmu

yang penting dalam islam. Mereka yang memahami konsep Maqasid al-Syariah akan berasa kagum dengan keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam sebagai al-Din. Mengetahuinya juga merupakan suatu syarat penting untuk berijtihad dan berkemampuan mengetepikan amalan taqlid buta.

Kesemua hukum syariat yang ditentukan oleh Allah SWT

adalah demi kebaikan para hamba-Nya sama ada disegerakan atau ditangguhkan. disegerakan bermaksud kebaikan segera termasuklah kebaikan di dunia dan segala nikmat yang dikecapi. ditangguhkan bermaksud kebaikan di akhirat iaitu mendapat syurga yang kekal abadi dan dijauhkan dari azab neraka. Hukum syarak adalah hanya suatu medium untuk mencapai tujuan tersebut (disegerakan/ditangguhkan). Tiada satu hukum pun yang sia-sia atau tidak mendatangkan faedah langsung. Maka segala perkara yang disyarakkan pasti ada kebaikan untuk dicapai atau kemudaratan yag ingin dijauhi.

Tujuan utama hukum syarak diturunkan ialah

mencapai segala bentuk kebaikan dan menolak segala bentuk keburukan atau kemudaratan. Namun apa yang penting dan harus kita ingat, setiap hujah ataupun dakwaan sebegini perlulah disokong dengan dalil al-Quran atau al-Sunnah bagi membuktikan kebenaran atau kepalsuannya.

Perkataan rahmat dalam ayat ini bermaksud memberi

segala bentuk kebaikan dan menjauhi segala bentuk keburukan di dunia dan di akhirat. Hikmah Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam untuk memberi keselamatan kepada manusia di dunia dan di akhirat dengan melakukan dan menyeru kepada segala bentuk suruhan dan kebaikan serta menjauhi larangan dan keburukan.

Hikmah perintah mengerjakan solat:

Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut, ayat 45: Bermaksud: sesungguhnya solat itu akan mencegah (pelakunya) daripada melakukan kejahatan dan kerosakan
Hikmah perintah beruasa:

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183: Bermaksud: diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat sebelum kamu, agar kamu (sentiasa) bertaqwa

Hikmah perintah menjalankan hukum Qisas:

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 179:

Bermaksud: dan dalam Qisas itu ada (jaminan bagi meneruskan) kehidupan kamu (tanpa bahaya)
Hikmah perintah agar sentiasa bertaqwa:

firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 189:


Bermaksud: dan bertaqwalah kepada Allah (sentiasa) agar kamu mendapat kejayaan

Contoh hikmah yang telah diberikan merupakan

sebahagian daripada topik perbincangan dalam memberikan sedikit gambaran mengenai pengertian Maqasid al-Syariah. Ayat-ayat al-Quran tadi membuktikan bahawa adanya, wujudnya matlamat atau tujuan di sebalik pensyariatan agama yang diajar kepada umat manusia. Imam Al-Syartibi pernah menyatakan bahawa manusia sendiri tidak berupaya untuk menghitung pelbagai hikmah mahupun tujuan yang terdapat pada setiap hukum yang berlandaskan sumber al-Quran dan al-Sunnah. Perlu akur bahawa setiap hukum yang diperintah oleh Allah SWt mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

Sepakat para ulamak menyatakan mengenai skop

syariat yakni untuk memberi segala kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka dari segala bentuk keburukan. Menurut Imam Al-Shatibi, Allah SWT telah menetapkan syariat ini dengan mengambil kira segala bentuk kebaikan. Apa yang perlu kita fikirkan ialah segala bentuk kebaikan yang ada pada hukum ini ialah suatu anugerah dan amanah dari Allah SWT.

Secara ringkasnya, bidang pengkajian Maqasid al-

Syariah terbahagi kepada dua bidang pengkajian.

Maqasid al-Khitab ialah maksud yang tersirat di sebalik pengajaran nas atau

ayat al-Quran dan Hadith Istilah ini kebiasaannya digunakan apabila nas syarak membawa dua pengertian
1. 2.

Zahir makna nas bukan makna yang dikehendaki ; dan Makna kedua yang tersirat itulah yang dikehendaki.

Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103;
Bermaksud: Ambillah (sebahagian) daripada harta-harta mereka sebaagai sedekah (zakat)

Zahir makna ayat diatas mengatakan mengatakan ia memerintahkan Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian harta para sahabat sebagai sedekah. Namun dalam tersirat, perintah ditujukan bukan hanya pada Nabi Muhammad SAW sahaja bahkan ia merangkumi seluruh orang beriman khususnya para pemimpin. Manakala, maksud harta, sebahagian harta yang dipanggil nisab. Pengambilan harta mestilah berdasarkan syarat-syarat tertentu dan bertujuan membahagikannya kepada orang-orang yang berhak. Ia dikenali sebagai ibadah zakat.

Didalam surah surah al-Taubah ayat 103:

Bermaksud: Ambillah (sebahagian) daripada harta-harta mereka sebaagai sedekah (zakat)


Setelah kita memahami maksud sebenar ayat, ambillah

sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah dan kita memahami apakah maksud sebenar yang dikehendaki. Kita pasti tertanya-tanya mengapa diambil harta mereka yang sah untuk dibahagikan dan diagihkan kepada orang lain? Mengapa ianya harus diagihkan hanya kepada beberapa asnaf yang telah ditetapkan? Apakah ikmah disebalik pengumpulan dan pengagihan harta tersebut? Maka jawapan kepada setiap persoaln ini dinamakan Maqasid al-Ahkam.

Pendekatan Usul al-Fiqh adalah merupakan satu kaedah penentu hukum yang umum, yang menjurus ke arah car-cara untuk mengistinbat hukum (megeluarkan hukum syarak berdasarkan nas-nas al-Quran al-Sunnah, al-Ijma, Qiyas, Ijtihad, Ihtihsan, dll.

Maqasid al-Syariah merupkan sebagai satu kaedah penentu hukum yang mengambil kira faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan serta tidak bercanggah dengan perinsip asas, seperti faktor masa, tempat, zaman, keadaan dll.

Pendekatan ini menjurus kepada penelitian terhadap sebab sesuatu

hukum syarak itu diputuskan. Sebagai contoh, apakah sebab arak diharamkan? Jelas kerana memabukkan dan menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam masyarakat. Dari sudut Maqasid al-Syariah pula perbuatan mamabukkan menimbulkan kemudaratan (mafsadah) pada diri sendiri dan orang lain. Kaedah penyebab ini memberi fokus kepada usaha untuk menilai rahsia di sebalik sesuatu hukum atau lebih dikenali sebagai masalik altalil dalam ilmu Usul al-Fiqh. Hukum yang sama akan difatwakan berdasarkan kaedah Qiyas apabila ianya memberi kesan negetif yang sama atau lebih memudaratkan. Sebagai contoh, penyalahgunaan dadah. Kaedah penelitian terhadap isu penyebab menjurus ke arah penelitian terhadap sebab (talil) sesuatu hukum syarak itu diperintahkan.

Pada dasarnya, pendekatan ini melibatkan penelitian

secara penilaian atau penelitian logik terhadap nasnas yang mensabitkan Maqasid al-Syariah. Penelituan dan penilaian ini boleh berlaku dalam dua situasi sama ada penelitian terhadap semua dalil atau sebahagian daripadanya. Kaedah penilaian logik akal, melibatkan penelitian secara penilaian dan penilaian logik terhadap nas-nas yang mensabitkan Maqasid al-Syariah.

Adalah penting untuk kita megetahui dan memahami

rasionaliti di sebalik sesuatu hukum itu. Hukum-hukum yang tidak diketahui tujuan dan rahsianya akan bertukar menjadi undang-undang jumud dan mampu memenuhi kehendak manusia dan situasi semasa. Perasaan bosan, malas, terpaksa, dll, amat mudah dirasai jika tidak mengetahui kepentingan, kelebihan dan ganjaran sesuatu amalan yang diamalkan. Menurut Imam al-Shatibi, dalam kitabnya AL-Muwaffaqat, Maqasid itu merupakan roh bagi sesuatu malan. Apa yang dimaksudkan oleh Imam al-Shatibi ialah tanpa memahami Maqasid seolah-olah fiqh itu tanpa roh; bagaikan tubuh manusia tanpa roh, kaku bahkan mati.

Maqasid al-Syariah meriupakan matlamat-matlammat yang ingin dicapai oleh

syarak dalam pensyariatan hukum. Umumnya, Maqasid ini tertumpu kepada penganjuran manafaah dan penolakan mafsadah.
Maqasid al-Syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syarak. Ia bukannya

suatu yang asig daripada dalil-dalil syarak, bahkan terkandung di dalamnya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ilmu Maqasid al-Syariah merupakan suatu cabang ilmu yang penting dalam

islam. Mereka yang memhami konsep ini akan merasai kesempurnaan Islam.
Skop asas syariat islam adalah untuk memberikan kebikan kepada manusia

dan menjauhkan mereka daripada segala keburukan.


Kepentingan memahami ilmu Maqasid al-Syariah bagi seorang mujtahid dan

pengkaji hukum tidak boleh diabaikan demi untuk memastikan penilaian hukum yang dibuat terhadap sesuatu masalah itu selari dengan tuntutan syarak.

Menambah keimanan mengukuhkan akidah Ketahanan dan kekuatan pada intelektual Menyelaraskan kehendak dirinya dengan kehendak syariat Merealisasikan iadah

You might also like